Sunday, January 22, 2012

Diy Lampu Neon, LED Strip pada kereta

Pertanyaan yang diajukan..
mannerohardy salam bro :) blt tlg buatkan diy utk pasang lampu LED kat bawah dashboard/kat tepi sama pembuka pintu/bonet belakang utk keta viva tlg tunjuk ajar sambungan wayar yg betul ...
Fazaq Mikhael camana nak pasang kalimantang sebagai neon light  pasang kat bawah skirting atau belah bawah bumper depan atau belakang.. Nak kasi terang seterang lampu rumah ..
Jawapan kami..
Thanks pada mannerohardy dan Fazaq … Maaf agak lambat balas….So saya cuba terangkan sedikit berkenaannya secara ringkas
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pemasangan Lampu Neon & LED Strip pada kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pemasangan pelbagai lampu sama ada Neon dan LED pelbagai warna pada kereta boleh dianggap acsesori tambahan untuk mencantikkan lagi kereta korang semua.. Antaranya macam kat bawah ni

A) Lampu Kalimantang / Fluorescent
Kadang kalau kita tengok kaki modified letak lampu hijau, biru, merah dekat bawah kereta, bawah skerting, kat bumper depan atau belakang.. Entah ler apa yg nak disuluh kat bawah kereta tu.. senang nak carik duit sen jatuh bawah kereta kot masa nak bayar parking... terikut sangat movie Fast & Furious...
Pemasangan wiring lampu kalimantang mudah tetapi   kena pasang Electronic ballast 12V punya baru boleh hidup lampu tu.( tak sama macam lampu kalimantang kat rumah punya yerr).. Boleh cari Electronic ballast 12V kat  kedai elektrik atau hardware...  Cuma ada risiko sikitlah, takut bila basah boleh short circuit … selalunya diorang tampal dengan silikon seal untuk melindungi  terkena air pada sambungan soket kalimantang... lagi satu risiko mentol lampu kalimantang akan pecah bergesel pada jalan berbonggol atau terkena batu .. so kena pasang suis on/ off  untuk waktu terdesak jumpa roadblock JPJ..
_______________________________
B) Lampu Neon
Kalau nak agak selamat bubuh lampu kat bawah kereta, ramai pasang lampu neon... tapi jangan le beli cap ayam... beli yang siap ada special case ( cover plastik) untuk protect dari air dan habuk. Jadi risiko short circuit tu kurang.. Tapi pastikan wiring lampu  neon tu tidak bersambung terus dengan lampu headlight kena pasang suis lain kat dashboard.. kalau ada JPJ tutup aje la suis tu...
Ok lampu neon ni lebih senang pasang pasal kedai acsesori kereta ada jual benda ni... siap ada 
dimmer control pulak untuk adjust kasi  terang gelap cahaya lampu neon ni... Dimmer controler ni gak sebagai suis on/ off lampu neon tersebut... lagi satu kena pasang fius untuk elak short circuit pada wiring..

_______________________________
C) LED Strip
Sekarang dah banyak kereta letak LED strip ni...sekali pandang macam kereta berhias pun ade gak.. mana tak nya.. kat grille depan, kat keliling celah door trim.. siap ada kat headlamp dan nombor plat belakang pun diorang letak...LED strips ni juga cantik untuk interior dalam kereta..

LED Strip ialah Light Emitting Diod ( LED)  yang dipasang pada satu litar memanjang dimana  anod dan katod di lengkapi  perintang 1ohm  bagi menghadkan arus 12v menjadi 9v sahaja memasuki LED dan disaluti dengan sejenis getah sintetik jernih ( waterproove) sebagai bahan penebat/perlindungan kepada litar LED.
Pemasangan LED Strip ni jual ikut kaki atau meter kat kedai acsesori kereta ...LED Strip ni  flexible boleh lentur dapat memutar ke dalam bentuk apapun dan ada macam macam colour pilihan nak warna merah, biru, putih semua ada.. pemasangannya senang hanya tampal dan lekatkannya pakai double tape ajerr..
-Kalau kita tahu basic wiring.. LED strip just plug n play saja ikut terminal negativ & positive... Wayar positif (wayar merah) boleh connect saja dari fuse bay..  Kalau nak selamat tarik wiring baru saja... kalau main connect-connect dengan wayer lain takut litar pintas plak..
-Wiring baru ambil karan dari bateri dengan fius sendiri, dari bateri positif terminal > fius > suis > LED (wayar merah) fius bergantung kepada panjang LED strip itu, antara 5A - 10A pasal LED tak kuat guna karan sangat.. Mula-mula  cuba menggunakan fius 5A dulu kalau tak boleh tukar pula ke10A kalau tak boleh juga check wiring mesti ada short circuit mana-mana.
-Tapi kalau sambung wiring led sambung pada  lampu besar (headlamp) pastikan ampere fuse pun di kasi besar sedikit.. contoh kalau fuse ori 10A.. tukar ke 15A..
-Wayar negatif (wayar hitam) pula sambung GROUND (sambung body kereta)
_______________________________
D) RGB LED Strip
Selain dari LED Strip ada satu lagi jenis lain iaitu RGB LED Strip.. RGB LED ni maksudnya Red Green Blue diod, mengandungi kombinasi tiga warna LED ( merah, hijau, biru) digunakan dalam satu.
seakan sama LED sedia ada  tapi lain sikit dari segi efek Flash pencahayaan LED lebih cerah sikit...
RGB LED ni sebenarnya dilengkapi dengan Controller dan  IR Remote yang mengawal flash cahaya yang keluar..  RGB LED Strip ni  flexible boleh lentur dapat memutar ke dalam bentuk apapun dan waterproove ... Wiring RGB LED Strip ni sama ajer... Cuma ada penambahan dengan memasang RGB LED Controller dan  IR Remote bagi membolehkan LED menyala mengikut frekuensi.. Selalunya bagi kaki modifide audiosistem kereta akan guna RGB LED Strip akan mencantikkan specker box kereta mereka ... jadi LED tu akan di control berkelip-kelip ( lip- lap) dengan perbagai warna lerr sebenarnyerr ..

_______________________________
E) Flexible Neon el Wire
Flexible Neon Wire berbeza dengan LED strips...Sebenarnya flexible neon  wire ini adalah jalur lampu electroluminescent yang fleksibel dimana cahaya yang di keluarkan selari tak ada nampak bintik-bintik macam LED strips... 
Flexible Neon el Wire juga waterproof,  boleh di letakkan di bahagian luar kenderaan dan juga di bahagian dalam kenderaan kat keliling dashboard kenderaan,tujuan nya bagi membuat kesan effect terang dan ranggi didalam kenderaan.... ada sesetengah pasang Flexible Neon el Wire pada headlamp buat macam Ring Angel Eye pun boleh...
Pemasangan flexible neon wire lebih mudah dan simple ajerr... cuma kena pasang DC inverter input - 12V  bagi  menukar arus terus kepada arus ulang-alik..

_______________________________
Pesanan kami
Walaupun kita anggap ianya sebagai acsesori hiasan kecil semata-mata ... Saya nasihatkan... Pemasangan  terutama penggunaan lampu berwarna (contohnya lampu warna biru/hijau/ungu/merah) pada kereta sebenarnya tidak dibenarkan pihak berkuasa JPJ... So jangan ambil risiko yerr. Hati-hati lah bila jumpa roadblock Trafic dan JPJ..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

28 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

sesekali tenguk kereta yg diias dgn lapu tu nampak cantik, kadang2 menyilaukan mata kita pun ada

tehr said...

kalau kat dalam kereta, aku masih boleh terima
kalau kat luar, aku kurang gemar sikit
hehe

khairul said...

dulu pernah gak pasang lampu rumah bawah kereta

Yastro said...

Aku cuma guna yg stendet je la bro...x sanggup nk tgk keta aku kelip2 time malam...dah berusia bro...hehehe

Edy Fee said...

siyes aku suka tengok kete byk lmpu ni..tp lepas ke JPJ..tuuuu poblem

ABU said...

Lawa jugak keta yg bnyak lampu ni .. Tapi kalau Kat kl selalunya orng India yg bnyak letak aku tengok.. Mlayu kurang sikit..

Woofer Storm said...

kalau pandai buat ni,kereta buruk pun nampak cun waktu malam,


ada tanya kat kedai kereta,nak buat tu memang mahal.nmpak sangat dorng ni kaki kencing..

dmx said...

salam ziarah...
nice gilerr

dmx said...

salam ziarah...
nice gilerr

kutoOobambOo / ericoanaci said...

memang sakit hatilah klu siape2 pasg lampu nk macam kel.... hu3

Alan said...

aku pakai lampu led kat bawah keta.selamba je lalu time roadblock.jpj wat x kisah je janji enjin standard.

ayie said...

macam senang jekan nak letak lampu tu

nabilah_2908 said...

macam saya lak...

saya tak bape gemar tgk kereta yg meriah dgn lampu2 mcm ni..

bak kata kawan saya...macam fun fair bergerak...huhu... :)

less is better... :)

Ct Arina said...

aku teringin nak tambah LED utk lampu break.ekeke =D
bro, aku nak tanye. kereta aku tu keluar bulan 12 2009. setakat ni KM die dlm 35000++. logik kan? sbb aku x selalu travel jauh. kot2 lah aku ni x reti tgok KM kan. lepas tu aku risau pasal timing belt. kereta aku tu dah 2 taun. x penah tukar lg timing belt. ade sorg mbr aku, kereta die dah 4 taun, die dah 2x tukar timing belt. org kate, timing belt patut tukar kalau KM dah cecah 80000++ betul ke tu?

Papa Mifz said...

x berapa minat sgt kereta berlampu warna warni nih...

Rakyat Malaysia said...

diy yang menarik!

lawati blog saya

Nazz@Purple said...

bende ni le sy teringin sgt nak pasang kat keta..kasi meriah sikit..

KizZ said...

Wuyooo...erm...lampu ni nanti pakai bateri kereta ke?so cepat la habes bateri nanti??

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

cantik la.. nsb baik aku xde kereta, klu ada dah pasang yg led tu kot.. cantik lak led tu.. huhu

ayunda maajis said...

aku nak..aku nak..nk kaler pink..kalo jmpe jpj..aku kenyit mata jer..janji lepas..

Ct Arina said...

tp betul ke kalau KM dah cecah 80000 baru wajib tukar timing belt?

ku-cit said...

memang menarik hah...mcm nkpasang aje..ehehe

Somak said...

Salam,
Nak bertanya kat sapa2 yang ada information.. Tahu x mana nk carik Flexible Neon Wire tu? Berminat lah coz sebelum nie guna LED stripe xdpt effect yg diperlukan. Thanks..

AAA Jr. said...

lama tak datang menempek dekat sini. muehehe :)

logorithm said...

I budak baik... tak main benda-benda illegal nih. Kih kih kih! :-p


Terbaru dari Logokoko:

[U] Kisah si pengemis tua...

[U] Bangla

[U] AJL26: Punca kekalahan lagu Sedetik Lebih

qaisara said...

saloam bro,nk tnya mvm maner nk cari kedai yg menjual insuflex @Dynamat Extream

mannerohardy said...
This comment has been removed by the author.
mannerohardy said...

tq sbb buat topik ni ..

aku ada satu soalan lagi ...buat masa skrg ni mmg da top meletup org guna HID kat headlamp / spotlite

tlg buatkan satu diy utk pasang HID kat headlamp( 4300K ke atas )dan foglamp ( 4300K / 6000K ) tu ..

kalau malam n pastu ujan confirm jalan x clear ....kalau pasang HID mesti terang punya ....