Friday, November 11, 2011

DIY Hydro Fuel System kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Ackmal Maaf encik saya bertanya, saya pakai kereta honda civic 1986 twin cab. bleh x tuan bg saya maklumat ttg hydrofuel. ramai kata jimat & bole wat sdiri. le bagi tip x nk watnye dan kesan buruk baik klu psg? tq

logorithm Afzainizam reti buat HHO generator tak? Betul ker HHO generator berupaya menjimatkan penggunaan minyak dan sejauh mana keselamatan penggunaannya?
Jawapan kami..
Thanks pada yang bertanya... So hope, Maaf entry jawapan ni begitu lama tertangguh pasal ... Saya harus mencari maklumat demi maklumat kerana pada mulanya saya sendiri tak berapa jelas maklumat tentang hydro fuel sytem ni pada masa tu...

Mengikut sejarah, Pada tahun 1800 – 1820 Anthony Carlisle dan William Nicholson
merupakan apperintis penemuan experiment electrolysis hydrogen dalam air.. Dan pada zaman sekarang... Teori mereka ini lah menjadi asas yang diguna pakai pada sistem hydro fuel yang menggunakan gas hydrogen..


Apa bila minyak petrol / diesel naik mendadak.. Ramai yang lari guna NGV tetapi upah pemasangn NGV pun dah naik melampau...memang siot jer diorang...amik kesempatan... but ada kekurangan sikit dengan NGV iaitu kereta akan slow sikit(pick up tak ade).. Maka sekarang ramai yang beralih arah menggunakan Hydro fuel pula… dan pada hari ini saya cuba bincangkan secara ringkas ..



Saya telah pergi ke sebuah bengkel kereta.. saya ternampak ada pelanggan yang memasang Hydro fuel brand GT Power hydrogen system pada kereta mereka.. Jadi saya cuba tanya dan minta penjelasan pada mekanik tu ... so penerangan yang di berikan tu dan apa yang saya faham dan di campur ngan sedikit maklumat lain-lain..macam kat bawah ni

HYDROFUEL
Merupakan proses elektrolisis yang menghasilkan gas Hydrogen di mana kegunaannya sebagai pemangkin pembakaran dalam enjin. Proses Elektrolisis berlaku menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O dari sumber tenaga bateri 12 volt. Ok maksudnya proses elektrolisis ni separate kan molekul air jadi atom hidrogen dengan oksigen ( gas Hydrogen ) dan disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa.

Oksigen = membantu pembakaran
Hidrogen = memBAKAR..

Kebaikan Hydrofuel
Banyak yang mengatakan ianya dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar(petrol) sebab pembakaran lebih sempurna..
Tapi bagi saya kalau penjimatan ni kena juga tengok jenis kereta, keadaan semasa kereta dan CC enjin jugak sebenarnya ( di fahamkan hanya 2000cc kebawah ajerr yg bleh buat)

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Basic HydroFuel System

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
First, Cuba tengok dan fahamkan diagram Hydrofuel System ni bagi kereta yang menggunakan carburator dahulu (klik utk besar gambar)

OK Kalau nak lebih faham saya terangkan lebih lanjut lagi

1. Sistem tu melibatkan 2 unit tank sebenarnya... satu tank untuk generator hidrogen dan satu tank lagi sebagai botol penapis hidrogen
2. Dari sumber tenaga bateri 12 volt. Melalui terminal elektrod positif dan negatif. Maka terjadilah Elektrolisis akan meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O
menghasilkan gas Hydrogen ( di tank generator hidrogen )
3. Gas hidrogen yang dihasilkan akan disalurkan ke dalam air sebuah bekas bubbler ( botol penapis hidrogen)
4. Gas Hydrogen dari bekas bubbler seterusnya disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa.

Ok nak lagi faham cuba tengok video kat bawah ni, macam mana Hyrofuel sistem ni berfungsi dan menghasilkan gas hidrogen menjadikan ianya sebagai pemangkin pembakaran dalam enjin..




Sebenarnya kita boleh buat sendiri sistem ni kita boleh buat dan design sendiri.. Barang-barang dia pun ingat kat belakang rumah boleh dapat ..
a) Bateri - Apabila kita tekan pedal atau pulas handle minyak, koil akan mengeluarkan tenaga letrik yang akan mengecas bateri motor, secara tak langsung ianya sebagai sumber tenaga untuk proses elektrolisis menghasilkan gas Hidrogen..
b) Satu kabel kena lekat kat body, satu lagi masuk fuse 20-30 amp dan kalau boleh voltage regulator atau relay yang 3 kaki tu untuk cut voltan berlebihan dan cuba letakkan sekali suis kawalan tambahan letak kat sama ada sebelum bateri atau letak kat dashboard senang control. Enjin hidup baru system boleh hidup. Ni untuk safety je.
b) Tank Generator Hidrogen - Di dalam Tank Generator Hidrogen terdapat plate katod dan anod dipasang secara bersilang yang dilapik dengan getah dan disinilah berlakunya proses Elektrolisis untuk menjadi gas hidrogen
c) Botol Penapis Hidrogen- Tujuan memasang bekas bubbler ni adalah untuk kurangkan risiko dan menapis wap air dari masuk enjin.

*** Apa pun kena calculate size tank, heater/bubbler, supaya gas hydrogen dihasilkan mencukupi untuk supply ke manifold.. Tank juga kena cari yang cukup tahan kepanasan
*** Satu lagi safety device ni ada pressure release valve tujuan nya sebagai pelepasan gas berlebihan
e) Getah Hose - gunakan hos pneumatic (hos ni keras dan tak mudah kemek atau patah) terus ke intake angin. dan soket penyambung Pipe joint (bentuk T, L & I ) Benda ni boleh cari kat kedai aquarium dan kedai motor
f) Hydrogen Cell Plate - kena cari besi tahan karat. Seeloknya jenis stainless steel electrode plate. kerana kalau kita guna besi biasa ianya jangka masa ketahanan cepat teroksida (karat)...

Di bawah ni pelbagai cara dan contoh nak buat Hydrogen Cell Plate
Perlu juga tahu kira-kira buat anggaran nisbah HHO/ Amp
Contoh Kalau plate besi 1"x1" = 0.25A atau 1 cell = 2 plat = 2.14volt
kalau lebih pemasangan plate hanya akan menyebab kan lampau panas di dalam Tank Generator Hidrogen... ( air didalamnya mengelegak macam air masak dalam ceret air)

a) Guna Plate steel berlubang-lubang
CONTOH. Plate 3" x 5" (berlubang)
Kalau buat lubang akan kurangkan resisten Amp tak besar tapi Output HHO kurang..





a) Guna Plate tanpa lubang
CONTOH. Plate 3" X 5"
Kalau guna plat out put lebih tetapi Amp tinggi





c) Guna Dawai buat gelung-gelung ( spiral)
Selalunya cara ni guna wire Mesh stainless steel (SS wire size 1.6mm) mengunakan teknik Spiral Wire dan senang nak buat tetapi ada efect sikit, tabung akan cepat panas dan sedut ampere yang banyak.. Sebabnya 2 wire tu hanya perlukan 2.2Volt sahaja untuk hasilkan HHO gas... dan jika pakai 12-14Volt lebihan volt tu akan ditukar kepada Panas... kalau tabung panas sangat... bukannya HHO gas yg tapi wap air yang masuk dalam enjin... so design ni rasanya tak praktikal..





d) Guna pipe rod


e) Guna kepingan loyang




f) Gunakan kepingan pembaris besi


g) Guna dawai kawat steel


Cara Sambung Hydrofuel ke Enjin
1. Satu hos ke Intake manifold pergi ke kaborator ( bukan hos yang pergi ke airfilter)
2. Satu hos lagi ke kaborator neck vakum intake





Kereta Fuel Unjektion Pasang Hydro Fuel?
Saya nak bagi tau... hydrofuel sesuai pada kereta yang gunakan carburetor ajerr... Kalau kita guna kereta fuel injection ada masalah sikit pada ECU..Semua kereta yang mempunyai fuel injection (EFI) di lengkapi dengan ECU (Electronic Control Unit) atau kumputer kecil yang mengawal campuran petrol dan udara untuk timming kemasukan minyak dan pengapian.
Sebenarnya terdapat signal dalam Oxygen Sensor yang di letakkan dekat hujung exhaust untuk mengesan percampuran udaran dan fuel selepas pembakaran. Bila kereta fuel injection dipasang hydrofuel, sensor itu akan mengesan adanya pertambahan intake bukan petrol ( angin terlebih) dan akan memberi arahan untuk menambah minyak petrol dalam pembakaran enjin.Ok maksudnya kalau sensor detetct angin lebih,maka minyak pun lebih lah untuk balancekan. maka tidak ada penjimatan yang sepatutnya walaupun pun menggunakan gas hydrogen

So kena modifide sikit tambahan Map/ EFIE bagi overwrite chip di ECU bagi mengelak kadar penggunaan minyak petrol lebih tinggi lagi. Alat MAP/EFIE dipasang ‘bypass’ kepada cable signal dari oxygen sensor ke ECU tadi. Tujuan alat MAP/EFIE ini sebenarnya adalah mengawal voltage arus signal dan membuatkan ECU tertipu ( walaupun gas hydrogen dah masuk ) dengan memberitahu bahawa jangan curah / tambah petrol masuk kerana tak ada apa-apa pertambahan intake udara ( angin terlebih) .

Diagram pemasangan
MAP/EFIE ( klik Utk besarkan gambar)


Penggunaan air pada sistem hydrofuel
1.-Jangan guna air paip, air tapis, RO atau diamond kerana akan merosakkan elektrod
2.- Di kehendaki ‘top-up’ hydrogen generator dengan air suling, air beteri atau distilled water (DI)
3.Pakai air bateri...tak banyak buih yang kuar...kalau pakai air mineral lak...banyak buih keluar...
4.-Periksa paras air , jangan sampai paras minimum seminggu sekali
5.-Jangan sampai air kering pun ( tak sedar) ibarat cerek letrik hidup tanpa air camtulah hasilnye.



Hydrofuel ini adalah teknologi yg masih belum matang dan masih ada perlu ditambah baik kerana setiap benda yang dikatakan save minyak mungkin ada risiko nyer
-Mungkin kena adjust ECU kereta
-Mungkin Kena tuning balik (tuning lari )
-Enjin mungkin jahanam bila enjin tetiba HHO unit tak keluar gas kena plak tetiba air kering
-Perlu dipastikan tahap
safety device pada setiap pemasangan tersebut.. Walaupun ada yang mengatakan selamat digunakan dan tiada efect pada enjin.. Sebabnya kalau diletakkan di belakang ( bonet ), pressure release valve akan mengeluarkan gas berlebihan memenuhi ruangan dalaman kereta.. Kalau di letakkan di ruangan enjin tahap kepanasan mungkin lebih lagi..
-Tak usah buat sendiri.. tapi cari Makanik yang boleh pasang dan brand yang dipasang itu ada jaminan..
-Sebarang pengubahsuaian berkenaan enjin perlu di periksa pihak keselamatan JPJ terlebih dahulu..
-
Sebenarnya saya tak pasti ianya betul-betul menjimatkan atau tidak..

So siapa yang pernah mengunakan hydro fuel harap dapat kongsi bersama kat sini yerr...Saya pun ingin tahu juga... sebab bab-bab ni saya zero lah... Kalau ada kesalahan info harap diperbetulkan dan beri teguran pada saya yerr.. Tak berani saya nak kata ya kat sini...
_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

25 comments:

Yastro said...

Aku pun rasa semacam je baca entri nih...aku lom penah dengo lagi pasal hydrofuel...tapi aku rasa better derang gi kat mekanik yg betul2 layak dan pernah buat mende2 ni semua...kang tak pasal2 kene ganti engine lak...huhuhu

tehr said...

memang tak yakin kalau nak buat sendiri
silap gaya boleh meletup ni

Woofer Storm said...

rumit benda ni bro,sdangkan enjin kerta tak berani nak pegang..takut meletup kereta dibuatnya...hehee

Prince Halilintar said...

penjelasannya detail cuma teman xberani la nak try sendiri kat kereta, takut lagi parak pula pertrol nya...hahaha

Alan said...

pernah tengok orang pakai benda ni tapi tak tahulah betul betul jimat ke tak.

Papa Mifz said...

mmg detail betul entry nih...terbaik...

Daddylicious said...

membaca pun tak berapa nak faham apalagi DIY ...mahu meletop kereta ni...hehe

nabilah_2908 said...

berkerut2 dahi baca entri ni...

bagai sy yg tak tau apa2 ni..

hanya boleh kata..oh...macam tu....(dgn nada kagum) :)

khairul said...

bro boleh jadi doktor kereta lah !

logorithm said...

TQ bro! :-D

Nampaknya I kena lupakan jer nak try benda nih sebab kereta I guna fuel injection.

Lagipun... rasa macam tak konpiden pulak kalau dalam enjin kereta tertempek satu benda yang menghasilkan gas hidrogen. Silap haribulan termeletup pulak... :-p

Terima kasih atas info ini! ;-)


Terbaru dari Logokoko:

[10PG] Cara memicit jerawat tak bertauliah

[13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

[U] Edwards Syndrome

Mohamadazhan.com said...

huh! saya sendiri tak tau ttg ni.hehe.tapi tu la minyak tak tentu harga pasaran

Mael KrZr said...

mcm nk buat sndri tapi rumit sangat . Kang salah buat laen plak jadinye .

MataHati @ MH said...

tak faham sangat pasal sistem ni. tapi baca tetap baca utk tambahkan pengetahuan

dhiera said...

complicated ye..

farouq said...

pada pengamatan aku tulisan kau tentang artikel dalam blog ini penuh dengan keikhlasan:)

shuzack said...
This comment has been removed by the author.
shuzack said...

agak2 kalau pasang kat motosikal berkesan tak?

Firdaus Al Hassan said...

salam..saya ada jual hydrofuel ni.kajian selama 5 tahun..dah byk kali diiklankan di Metro. layari www.eboostergenerator.blogspot.com

qaisara said...

salam bro,nk tau lar,jikalau pasang alat nie perlu setting balik x mainjetnya?

arisha.delivery said...

saya penah bace ttg hydro fuel ni tp rate2 org akn ckp bende ni mengarut..sbb konsep tnage adlah ape yg terhasil dtg dri ape yg digune..cntoh, utk hasih hydrogen tu kite gune tnage bteri atau alternator kete..then produce hydrogen..utk hasil gas tu, alternator kne keje lebih utk cas bteri krana hydrofuel gne byk tnage..so, enjin akn bgerak lbih spy alterntor dpt cas bteri..so, myk pun lebih..jadi, ape teori hydrofuel berkesan?magik?

kajiro jiro said...

ish ni sulit sgt nak psg sendiri ni.silap haribulan boleh meletup keta ni..nak g klas sains fizik baru paham benda ni hahaha

Muhamad Zuhairi said...

KIMIA A++

MrTRanCeEviL said...

Maaf kalau terlambat, memandangkan post blog ni dah lama. Ribuan terima kasih dekat admin yang post pasal HHO ni. Ingatkan takde kawan-kawan kat Malaysia ni tahu pasal HHO ni. Anyway, penggunaan HHO dari jenis Wet dan Dry Cell ni ada banyak kelebihan kalau tahu pengiraan Output Gas HHO, Intake Fuel kepada enjin, AMP draw dan FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN unit dan CARA PENGGUNAAN bahan api jenis gas ni. Sekarang ni pun kawan dalam proses buat cutting laser s.steel sheet 316L 0.8mm untuk custom design dry cell. Untuk sistem HHO ni ramai yang salah buat pengiraan nisbah kemasukkan antara bahan api dan udara pada enjin, AMP draw dan beberapa faktor lagi2 isu keselamatan... Sebenarnya banyak kawan nak tulis ni.. Apa-apa pun PM je FB saya..
facebook.com/mrtranceevil

Unknown said...

Fuhhhhh....multi info, terbaekkk..

Unknown said...

Fuhhhhh....multi info, terbaekkk..