Tuesday, November 29, 2011

Claim Insurans Motorsikal Langgar Kereta


Pertanyaan yang diajukan...
naza
: salam..saya baru mengalami accdent.motor laju keluar simpang tanpa berhenti..dan melanggar kereta saya..moto da disabit kan salah..tetapi bengkel kata
naza : walaupun moto salah..saya kena cover kerosakan kereta saya menggunakan insurance
saya..

Jawapan Kami...
Terima kasih bertanya ... Maaf agak lewat membalas...
Saya bukan agen insuran tapi saya, Saya nak bantu jawab pun tak berani nak cakap... cuma apa yang saya nak katakan kat sini macam kat bawah ni...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Macam Mana Claim Insurans
Motorsikal Langgar Kereta Atau Kereta Langgar Motorsikal

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jika Motorsikal yang langgar kereta, walaupun dalam kes diatas motorsikal yang salah. Nilai insurans motosikal rendah dan jumlah sikit sangat, walaupun motorsikal itu first party insurans cover. Dalam kes ni, Selalunya syarikat insurans tidak mahu bayar.. Atau insurans motorsikal tak mampu untuk tanggung baiki kereta tersebut. Terutama bila damage nya banyak dan jumlahnya sampai ribu-ribu ... Lagi malang nasib kita kalau Motosikal yang melanggar kereta tu memang tak ada insurance dan road tax. So macam mana nak claim insurans tersebut?
_______________________________
First kena fahamkan dulu..
Bab insurans motorsikal, lain sedikit dari insurans kereta.

_______________________________
A) Kalau insurans kereta
Kalau insurans kereta, ada knock for knock. Orang langgar kita, kita repair, First claim dengan insurans sendiri, lepas tu pihak insurans kita akan claim pula dari Insurans pesalah. Jadi NCD kereta kita tidak terjejas. Contohnya Kereta langgar kereta



Maksudnya disini, dalam Kes kereta kita kena langgar, insurans pelanggar tu yang akan bayar kita. Dan bukannya tolak dari insurans kita. Tengok siapa punya salah? Maka insurans dia akan bayar.

1) Cuma kalau buat insurans 1st party ni insurans kita akan bayarkan dahulu,
pastu dia akan claim dengan insurans orang yang salah tu..

2) Sekarang ni kebanyakkan insurans dah tak nak terima untuk buat 3rd party cover kecuali kita terus buat renewal dengan insurans sebelumnya. Tidak digalakkan ambil 3rd Party Insure sebab jika berlaku kemalangan kenderaan kamu kira “burn” kena keluar duit sendiri repair..
3rd party hanya cover kerosakan orang yang kena musibah. Lagi pun jika masih berdegil juga hendak 3rd party coverage mesti lakukan Inspection di Puspakom. Pihak Puspakom ada keluarkan satu repot barulah pihak insurans bersedia dan sudi untuk beri perlindungan.
_______________________________
B) Kalau insurans Motorsikal
Insurans motorsikal pula lain sikit, tiada knock for knock. Maksudnya disini "Orang langgar atau kita yang melanggar, tak boleh claim dari pesalah "



1) Sekiranya insurans 1st party, boleh lah hantar bengkel panel yang boleh buat claim insurans. Selalunya anda akan berjumpa dengan adjuster untuk confirmkan harga repair dan barang apa yang perlu direpair atau dibolehkan repair. Duit Claim insurans akan terus pergi ke bengkel panel yang buat repair.

2) Sekiranya menggunakan 3rd party, anda perlu keluar duit sendiri dahulu, bila sudah siap repair motorsikal, barulah kita boleh claim insurans. 3rd party juga membenarkan anda claim dari insurans pesalah, tetapi pihak insurans boleh menolak claim sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan..
_______________________________
Kes Motorsikal Langar Kereta Atau Kereta Langgar Motorsikal
_______________________________
Back to the point, tentang pertanyaan saudara naza.. Selalu dengar .. kalau si bawak motorsikal tu yang salah..dia akan kena saman RM300 sahaja sebab kesalahan mengakibatkan kemalangan. Tetapi kereta yang rosak tak boleh claim pada motorsikal tersebut..



Kalau kita tengok ayat pada insurans motorsikal tu sepertimana macam kat atas tu .
“Orang langgar atau kita yang melanggar, tak boleh claim dari pesalah “ .

Maksudnya disini kalau melibatkan motorsikal (motorsikal langar kereta atau kereta langgar motorsikal ) insurans kereta lah yang kena tanggung.. Jadi pemilik Kereta akan di sarankan oleh pihak bengkel dan insurans Claim gunakan insurans sendiri untuk membaiki kereta sendiri. Tetapi kita kena pastikan Insurans kereta kita tidak akan kehilangan NCB sebab kita tak bersalah ( Motorsikal langar kereta) .. Tetapi sebaliknya jika pemandu kereta yang pulak yang salah ( kereta langgar motorsikal ) maka NCD kereta kita tidak terjejas... Ini kalau tak silap saya lah ... kalau salah tolong betulkan sebab saya pun tak berapa tau pun..



Tetapi kalau kita rasa ianya tak adil bagi kita.. Kalau kita rasa berani nak lawan bolehlah Fight kes tersebut dalam mahkamah.
1) kena lapor polis tentang kemalangan
2) Segera maklumkan kepada pihak insurans (notified sahaja)
3) Boleh ambil jalan penyelesaian Settle of court
4)Polis akan buat investigation.. dan kita akan dapatkan peguam masuk dalam court.. Lepas tu Hakim yang akan putuskan macam mana lepas tu..
5) atau Anda boleh menggunakan khidmat peguam untuk berurusan terus dengan pihak Insurance.. Selalunya peguam akan buat surat untuk menuntut jumlah claim membaik pulih kenderaan tersebut kepada pesalah dan insurans pihak tersebut . tapi nanti tolak caj peguam 20%

Kalau rasanya agak susah sangat ..
Cuba dapatkan khidmat nasihat Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau rujuk ketetapan BNM pada pihak Insurans.. Mungkin diorang boleh membantu mencari jalan terbaik mengenai masalah tersebut..
_______________________________
Perhatian pada semua...
So kita kena hati-hati sikit takut Motorsikal langgar kereta kita .... Kita juga yang susah... Walaupun sama- sama bayar insurans dan road tax... Motorsikal tak kena bayar tapi insurans kereta sendiri yang keluar...
Kes ni memang nampak macam berat sebelah.. Hakikat sebenar itu yang terjadi pada insurans kenderaan kat Malaysia ni....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

26 comments:

cikguden said...

hati2 la dengan motosikal ni. terima kasih untuk info

afendi ariff said...

ni yg buat aku rasa nak langgar je org yg bawak moto ni...
heh!

tehr said...

memang berat sebelah kalau orang yang suka hati je buat salah
kita pula yang susah2 keluarkan duit

khairul said...

gabra klu xciden ni

ABU said...

bagusnya info ni.. even aku tak pernah terlibat dgn pembayaran insurance tapi nnti kalau ada apa apa yg terjadi mmg blog ni la yg aku cari.. sumber rujukan thnks infornya ya..

ayunda maajis said...

Aduhh..mana aci cm ni kn bro kn kn..cian la kt org yg bawak kete ni..

Yastro said...

Alhamdulillah...aku takat ni lom pernah kene claim ataupun mengclaim insuran....

LiFe KaMi said...

memang insuran motor tak bole nak claim kerosakan kereta kerana charge yang berbeza, kena pilih juga insuran yang bagus sebab kalau insuran yang biasa2 banyak songeh,macam taknak bg claim jer..

Alan said...

perghhh aku memang tak faham bab insurans

Woofer Storm said...

kalau mcm tu bagus naik motor je.hhee

*tapi bro,naik motor tinggi risikonya..hehhe

nabilah_2908 said...

hmm...mcm tu yer....terlepas la si penunggang motor...walaupun dia bersalah..

kt sini..org bawa motor..mmg agak gila...suka hati dia je mencelah2 lagi2 kt kawasan traffic light..

dhiera said...

betul cakap nabila. macam ni, motor tak perlu tanggung apa la~

erm..

logorithm said...

Ooo... gitu citernya...

Bermakna si penunggang motosikal walaupun bersalah, dia boleh buat dek jer lah dengan si pemandu kereta yang meminta bayaran ganti rugi, sekalipun digertak segala bagai? Si pemandu memang tak leh nak buat apa-apa selain daripada membunuh si penunggang motosikal itu? :-p


Terbaru dari Logokoko:

[U] Pakcik kitar semula menunggang secara berbahaya demi sesuap nasi

[U] Video detik-detik keruntuhan Jambatan Tenggarong!

[U] Dilarang membuang SAMPANG!

Sue said...

nak minta pendapat, mcmana pula kalao mmg motor tu yang silap tetapi akibatnya memang kita yang langgar dia? Dia cedera ringan. Masalah saya bukan tentang claim insurans tu, tp PERLUKAH KITA MENANGGUNG RAWATANNYA?

Arm Dump said...

sekiranya mota Insuran 1st paty tp owner bwak xde lesen than exciden ,bleh ke ape2 claim? Mcmana nk claim? ....

mohamad ridhwan said...

Saya penunggang dan juga pemilik kereta.semalam saya kena langgar oleh seorang pemandu kereta sewaktu saya pulang dari tempat kerja.saya sudah mendapatkan lawyer untuk mendapatkan insuran si pemilik kereta menanggung semua kerosakan.cuma saya nak tau,adjuster untuk menilai kerosakan dari insuran saya atau insuran pemilik kereta?dan jika dinilai mmg moto saya total lost,adakah moto akan diletak dibengkel jugak?pencerahan diperlukan

Arm Dump said...

bg pendapat saya kes mcm M.R tu melalui pengalaman ,kerosakkan motosikal akan diclaim atas insuran kereta tu,sblm lawyer lawan kes ,pihak lawyer akan bayar semua kos baiki motosikal menggunakan duit mereka ,bayaran lain2 pula bergantung pada bukti tertentu mcm surat doc. Mengesahkan kecederaan tertentu,Surat MC dll,kalau kecederaan teruk maka tinggilah nilai claim tu,tapi bergantung juga pd jenis pakage insuran yg kereta tu guna.apapun yg lebih arif adalah lawyer anda,eloklah en. M.R minta info dr mereka..,ok

Arm Dump said...
This comment has been removed by the author.
Amirul Asraff said...

memang payah nak claim insurans moto ni. lagi2 si penunggang mto tiada lesen. habis terbang duit nak dekat seribu gara2 dia langgar belakang kereta sya. habis kna byar duit excess rm 400 + duit eset rm 530 (sbb x cover cermin) . . . dia lepas tangan jew . . hammpehh btol . . .

c qaar said...

Terima lah kenyataan ..motor mmg macam tu mencelah2.jln motor d tepi d tengah garisan dan beri laluan pd penunggang klau tak beri silap2 kena maki lagi kikiki..berpijak biarlah d bumi yg nyata

c qaar said...

Perlu lah atas perikemanusiaan

fathullah fatt said...

As slm.
Sbnrya tk ssh sgt..sikereta blh mmbuat odkfk.
(claim sendiri dan kmudian baru vlaim pada lawan)krana mlalui pguam perlu amik masa.mlbtk mhkmh kd.cara nk cpt lh ni.

helmi maimujer allen said...

Tkleh cmtu bro..biadab nama nyer cenggitu

Unknown said...

Assalamualaikum....mcm mana tu ye?

testpen said...

bagus undang2 insuran malaysia, klu motorsikal yg buat kesalahan melanggar kereta kita, kita kena tanggung sendiri insuran kita, bagus bagus,,

fieza kadir said...
This comment has been removed by the author.