Thursday, November 24, 2011

Air Balang Kenduri Kahwin Resepi Air ABC Rock


Semenjak ni kami agak sibuk sikit .. Musim orang cuti sekolah .. time tu lah musim orang kahwin... Sebenarnya kami agak kesibukan dengan side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang ".. Syukur Alhamdulillah dalam masa terdekat ni banyak tempahan membuat air balang khususnya untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kahwin ....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok Antara lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan dekat Dewan Jubli Intan Pontian baru-baru ni...

Ni tengah sebuk sikit bancuh air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin.. kesemuanya 10 jenis air minuman telah tersedia..


Ok kami selit untuk selingan Promosi Tersebut...


Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...

Biasa lah kalau kanak-kanak kecil pasti teruja nak merasa... Selalu yang bebudak kecil ni nak minum air Milo ais ajerr..


Hah .. Ni masa tetamu datang memang kena serbu dan berbaris tetamu nak ambik air... perrgghh tak terlayan beb...


Masih sibuk melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam... Kan banyak pilihan ... Tinggal pilih nak air yang mana...


kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... Yang pasti ramai yang kata semua sedap belaka tau...


Tak putus-putus tetamu yang menikmati air dalam balang ... larissss-larissss... Sebabnya mungkin ianya satu tarikan dan tetamu boleh menikmati apa sahaja air yang di sediakan..


Boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...


Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee...

Kami Ucapkan Selamat Pengantin Baru pada kedua mempelai tersebut...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air ABC Rock
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air ABC Rock ( Air Batu Campur ) antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Rasa nya tak susah kalau nak buat sendiri tapi agak banyak sikit ingredient. Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...




BAHAN-BAHAN
( Hanya untuk 2 cawan)
Ketulan ais atau ais kisar
1 sudu halwa kundur
1 sudu halwa buah pala atau buah kabung
2 sudu air gula Melaka
2 sudu Ibu Sirap
2 sudu susu sejat
1 sudu jagung atau cendol
1 sudu sagu masak atau biji selasih
2 sudu kacang merah atau sudu kismis2 sudu kacang kisar20gm cincau
2 skop aiskrim vanila
Cara Membuatnya
campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas atau cawan. Masukkan ais yang telah dikisar ke dalam cawan. Kalau tak ada selalunya saya pakai ais cube jenis hancur ajerr.. Senang sikit… last sekali klu nak letak aiskrim vanila lagi sedap..Sedia untuk dinikmati

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

14 comments:

ABU said...

mmg kenala business ni time cuti2 macam ni.. banyak majlis kahwin.. mashukkk..:D

suka tengok gambr2 tu.. ramai yg terlike air balang tu.. wah hebak la.. tengok gambr aku pun dah jadi haus ni.. minum jap..

ayunda maajis said...

haah..pengantin tgk jer la air tu dr jauh yer..hahaha

Alan said...

harga boleh kurang sikit tak..sebab nanti Ayunda nak air balang ni time kawin..kopak ler duit aku nanti hehehe...

khairul said...

byk balang tu bro..sure masuk lebat ni ..

Woofer Storm said...

tak pena dgr pun abc rock ni bro..hehe


*bro,teringin nak jumpa bro.hehee

asrul rae said...

Bagus kot kalau crew pakai apron n tutup kepala.

Kat apron tu letak nombor telefon.

tehr said...

bisnes baik masa cuti ni
ramai yang kawin

selamat pengantin baru untuk kedua mempelai

Yastro said...

ABC Rock....wooohh aku rasa cam teringin je abc tu bro...sodap..sodap...sodap tue...

nabilah_2908 said...

kalau sy dtg kenduri mcm ni..sure confius juga nak pilih air mana..hehe..

mcm kenduri kawin sepupu sy yg lepas...ada sediakan 4 jenis air...sudahnya..semua2 air sy rasa...hehe.. :)

dhiera said...

saya tak pernah pegi wedding yg ada variety air macam ni~ terbaek wooo

terasa macam nak gini time wedding sendiri nt~

farouq said...

murah rezeki bro . alhamdulilah:)

ayisy said...

Fuhhh... Macam2 jenis air zaman skrg. Huhu. Tapi paling meleleh selalunya cendol, ABC.

Kat Batu Pahat ada cendol sagu rumbia. Layannn!

logorithm said...

Berwarna-warni! Mungkin akan lebih menarik kalau balang-balang tuh disusun mengikut turutan warna pelangi.

Mungkin next job boleh buat konsep pelangi nih. ;-)


Terbaru dari Logokoko:

[U] Pakcik kitar semula menunggang secara berbahaya demi sesuap nasi

[U] Video detik-detik keruntuhan Jambatan Tenggarong!

[U] Dilarang membuang SAMPANG!

kayrul-shah said...

kalau la kat kajang nie ada air balang nie kompem aku try semuanya masa g kenduri