Saturday, October 22, 2011

Tip Cari kereta Terpakai ( Proton & Perodua )


Pertanyaan Yang diajukan
· syukry salam
· syukry saya nak beli kereta 2nd hand tapi tak tahu kereta apa nak dibeli.nak beli saga FLX 1.6 tu rasanya x ok sbb rmai bg tau mudah rosak.myvi 1.5 tu mahal
· syukry kereta apa yang ok dengan bajet bulanan rm400,muka rm4k...tolong la saya..
· syukry satu hal lagi...saya org trganu dna kalau boleh kereta tu boleh buat travel dr penang ke trganu.hehe
· syukry saya ingt nak ambik savvy je..tp takut savvy ni xbleh smpai kat kampung je..

Jawapan kami..
Thanks pada Syukry bertanya… Maaf lambat balas Jawapannya..
Mencari sesebuah kereta ni lebih kurang mencari calun isteri jugak kan, bukannya mudah. Apatah lagi kalau nak cari kereta second hand buatan tempatan…
_______________________________
Tip Memilih Model Kereta
_______________________________

1)Setiap jenis model mempunyai kriteria tertentu seiring dengan keperluan anda
Contohnya
-Masih bujang dan suka bergaya
-Sesuai untuk yang berkeluarga

-Travel untuk perjalanan jauh
-Mudah untuk bergerak dan lebih jimat.
-Mementingkan prestasi lebih dari segalanya.

2) So pilih model kereta ni kena fikir betul-betul kesesuaian kereta tersebut dengan diri anda untuk memudahkan aktiviti seharian anda dalam jangka masa yang panjang…
_______________________________
Pilih Kereta mengikut kesesuaian Model

A) Kereta jenis sedan
Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona dan Proton Waja Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu yang lengkap untuk kegunaan seisi keluarga, termasuk memiliki ruang yang luas untuk penumpang dan tempat penyimpanan barang-barang

B)Kereta sedan bersaiz kecil.
Kalau kita tengok purata jualan kereta Sedan bersaiz kecil adalah yang paling laris, mungkin faktor harga mampu dimilik.. yang pastinya
ruang dalamannya masih boleh dikatakan luas untuk penumpang dan tempat penyimpanan barang-barang..Biasanya juga boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Iswara, Wira dan Saga BLM

C) Compact car Kereta
Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Proton Savvy dan Tiara Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat. Memangnye kete stock Compact dari Proton Savvy dan Perodua nih lebih jimat dari kereta yang lain.. logical thinking...bila kereta kecik... maknanye jimat la minyak...

D) Model MPV
Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 atau 7 tempat duduk, MPV lebih selesa dan lebih praktikal.

E) Model hatchback
Kereta coupe atau hatchback lebih digemari anak muda kerana kelihatan lebih Sport dan bergaya..Contohnya Model Proton Satria dan Satria Neo.. Bagi Satria GTI pula lebih kepada prestasi enjin dan rekabentuk yang sport.. Tetapi model dua pintu juga cepat jatuh harga

F) Model Minivan
Minivan juga boleh digunakan untuk membawa penumpang, Tapi rasanya lebih kepada membawa muatan dan isi barang.. Contohnya Perodua Rusa dan Proton Juara
_______________________________
Pilih Kereta mengikut kesesuaian CC
-Jangan beli kereta cc kecil kalau anda biasa Travel jalan jauh, elok cari kereta cc sederhana
seperti 1.6 dan 1.8 Kereta cc besar, jalan jauh lebih menjimatkan dan pemanduan yang mantap.
-Kalau kereta tu besar tapi CC dia kecik, kena pulak bawak body dia yang berat. apatah lagi jika kereta tu automatic.. Sure kuat mentedarah minyak aje
- Di bawah ni saya bagikan sedikit panduan untuk kita pertimbangkan Model kereta mengikut CC yang digunakan.. Untuk penjimatan minyak dan prestasi kereta tersebut..


( sila Klick untuk memperbesarkan gambar)

( sila Klick untuk memperbesarkan gambar)

3)Tak ada satu pun 'manufacturer' kereta sama ada Proton atau Perodua yang mahu membuat kelemahan pada produk kenderaan mereka secara sengaja. Setiap jenis model kereta ada kelebihan dan kekurangan tetapi bergantung bagaimana anda menggunakan kereta mengikut kriteria yang disebutkan tadi.. Sila baca entry saya berkenaan Generasi Kereta Perodua dan Generasi Kereta Proton

4) Bagi yang minat buat modifikasi, kereta Proton dan Perodua yang paling mudah, murah dan senang nak dapat spare part kerana PROTON punya part boleh cari barang-barang Mitsubishi, manakala PERODUA adalah sebangsa dengan Daihatsu Mira, Modeno dan sebagainya dari Jepun, so melambak-lambaklah sare part di kedai-kedai ”potong kereta”.
_______________________________
Tip beli kereta terpakai
_______________________________
1) Survey Kereta
Cuba Survey dan cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak. kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je...

Ketika melalukan survey, perkara dibawah boleh dijadikan rujukan :
* Berapa banyak kos yang anda mampu
* Jenama kereta apa yang hendak anda cari
* Tawaran yang terbaik
* Semakan harga market di internet
* Lawatan ke kedai
* Pinjaman, Insurans dan Road Tax - Siapa Uruskan
* Waranti - Ada tak

2)Tengok Tahun Keluaran Kereta Tersebut
Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan susah nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama.. Tentu banyak masalah dibelakang hari nanti..

Ada beberapa teknik dan cara untuk kita boleh kenalpasti tahun kereta tu dikeluarkan. -Pertamanya, daripada geran kereta itu sendiri.
-Kedua, daripada model/no flat kereta itu pun
kita boleh tahu.

Yang senang tengok nombor Pangkal Plate kereta tersebut, jadi kita dapatlah agak tahun kereta tersebut dikeluarkan..


Ok kat bawah ni saya berikan sedikit panduan memilih model kereta Proton dan Produa mengikut tahun pengeluaran kereta tersebut dipasaran..


( sila Klick untuk memperbesarkan gambar)


( sila Klick untuk memperbesarkan gambar)

3)Tengok Mileage
Biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.

Bagi menganggar keadaan/status kereta mengikut tahun dikeluarkan pula, purata penggunaan normal sesebuah kereta untuk setahun adalah 20000km. Jadi kalau kereta yang hendak dibeli baru berusia 2 tahun, tapi mileage yang dicatatkan sudahpun melebihi 100000km, saya nasihatkan carilah sahaja kereta lain. Alasannya, kereta yang anda hendak beli tu, dah jadi macam teksi - terlampau banyak sangat berjalan. Risiko kerosakan enjin adalah lebih tinggi.

4) Memeriksa kereta terpakai
Perkara yang paling utama dan mustahak semasa memeriksa kereta terpakai ialah pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap/malam. Logiknya, tentu susah untuk anda melihat kebocoran/kecacatan yang ada kalau anda membuat pemeriksaan di dalam gelap. Lagi afdal kalau anda bawa seorang rakan mekanik pada hari tersebut.

5)
Semak Status Kereta
Pastikan tahun kereta itu dikeluarkan, kenapa kereta tu hendak dijual dan juga status kereta. Penting untuk kita tahu tahun kereta itu dikeluarkan, tujuannya adalah
1)Urusan pinjaman bank
2)Supaya kita boleh menganggarkan keadaan/status kereta itu.

Urusan pinjaman bank
Pastikan anda membuat kira-kira sebelum membuat keputusan. Supaya anda tak rasa terbeban dengan hutang kereta tersebut.. Harga tersebut anda mampu bayar dengan kadar bulanan dan tempoh tahun yang ditawarkan..

Untuk makluman, kereta yang melebihi 10 tahun usianya, tidak lagi boleh memohon pinjaman dengan bank. Hendak tak nak, terpaksalah buat pinjaman dengan 'Credit' atau pemberi pinjaman kenderaan berlesen seperti Aeon. Walau bagaimanapun maksimum cuma boleh ikat 5 tahun dan kena bayar 10% deposit mengikut harga kereta sekiranya anda buat loan dengan 'Credit'. Berbeza dengan bank, maksimum anda boleh ikat pinjaman sehingga 7-9 tahun bergantung kepada usia kenderaan. Untuk deposit, sesetengah kedai kereta terpakai bijak menguruskan hal ini, dan jika anda bernasib baik, kemungkinan besar anda tidak perlu membayar apa-apa deposit untuk kereta tersebut.
-Bank statement mesti kukuh.. kalau tiap-tiap bulan balance tinggai RM10... susah jugak tu.. pastikan tiap bulan anda ada menyimpan sebelum menghantar dokumen anda untuk membeli kereta anda.
-Jika anda berusia bawah 25 tahun dan pertama kali membeli kenderaan, sediakanla seseorang yg sanggup jadi gerento. ini akan memudahkan urusan anda.

6)Semak Status Si Penjual/Pemilik Terdahulu
-Semak sedikit latar belakang si penjual. Tanyakan beberapa soalan umum untuk mengetahui lebih mendalam tentang cara pemanduan pemilik kereta itu. Contohnya : Apakah pekerjaan si pemilik kereta. Dimanakah tempat tinggalnya. Lokasi tempat kerja si pemilik kereta. Dimanakah kampungnya. Sudah bekeluarga atau belum? Jika sudah, berapa orang pula anaknya?
-Mungkin kedengaran seperti remeh atau pun melalut, namun jawapan kepada soalan yang diberikan boleh memberi lebih banyak info sebelum anda membuat keputusan.
-Contohnya : Dengan mengetahui jarak dari rumah ke tempat kerja si penjual, anda boleh menghitung anggaran mileage dalam sebulan. Begitu juga dengan jarak dari rumah ke kampung si penjual. Jika si penjual sudah bekeluarga pula, anda boleh andaikan bahawa kereta itu sudah semestinya tidak dilanyak sesuka hati jika hendak dibandingkan dengan owner yang bujang.

7) Semak juga rekod kereta
-Periksa sama ada kereta yang hendak dibeli sudah disenaraihitam atau punya saman. Penting! Takut kita pula yang terkena. Periksa rekod kereta dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ataupun Polis Trafik. Kalau tak ada, baguslah. Kalau ada, minta si penjual uruskan semua tu. Takut semua tu berpindah milik kepada kita, cari bala namanya!
-Periksa juga insurans dan cukai jalan. Kebiasaannya akan diuruskan oleh si penjual, tapi tanyakan siapa yang akan menanggung kosnya kelak. Penting juga untuk anda tahu nilai insurans dan cukai jalan. Kita beli kereta ikut kemampuan. Karang beli je mampu, nak bayar cukai jalan dan insuran tak boleh pulak.
-Pasal insuran, tengok la juga kereta tu diinsuranskan mengikut harga pasaran ataupun tidak.

8)Lakukan Pemeriksaan Fizikal
Perkara penting terakhir proses pemeriksaan fizikal dan test drive kereta tersebut.Jadi saya pernah buat entry berkenaan pemeriksaan fizikal ..
So cubalah rujuk dan klik
Tip beli kereta terpakai

* to
syukry: Bagi aku kalau boleh carilah kereta 2nd hand Produa Myvi 1.3 tahun 2005 keatas.. Bagi kereta Proton aku pilih Proton Waja 1.5 tahun 2004 keatas untuk jalan jauh ok dah tu.. Harga rasanya dalam lingkungan RM 30,000 lebih.. bulanan RM 4++ .. mungkin tak membebankan

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

20 comments:

Papa Mifz said...

biaso papa mifz kalo bab2 cari kete nih mtk tlg abg ipar jer carikan..hehe

Fadzli Amir said...

Memang tak tau nak tengok..hehehe...

ayunda maajis said...

bagus la bro..timing ko kuar entry ni mmg bgs la..hehe

Alan said...

aku sekarang ni tengah usha satria nak buat race malam minggu..cari yang harga 5 6 K je.lepas tu masuk enjin lain.

ayunda tengah cari kereta ler tu..orang nak dapat lesen tak lama lagi hahaha

Madd said...

keje belum ag ni...
tp bile dah keje...
ingt nk saving....
nk beli kete terpakai je...
uhuuhuhuhuh...

Yastro said...

Beli ikut pilihan yng terbaik dr anda dan juga bajet anda sendiri...panggil rakan2 yg boleh membantu dr segi menilai body, engine...bab2 tu yg paling penting sekali.....

MataHati @ MH said...

okay okay... mmg sangat berguna entry ni untukku yg masih mencari cari kereta 2nd hand.. better kalai kita ajak sekali yg terrer bab kereta ni time nak membeli.. baru tak tertipu dgn helah penjual

tehr said...

aku senang je
bawa rakan yang dah lama pakai kereta
bila nak pilih atau uji
tumpang pengalaman mereka
hehe

nabilah_2908 said...

bagus la entri ni....boleh kita jadikan panduan..lagi2 perempuan yg tak tau apa2(mcm saya le..hehe..)

sedikit sebanyak dpt juga pengetahuan.. :)

Edy Fee said...

lmbt agy nak beli kete..klau mmpu mmg nak bli sebaruan jew.hehehe
info bgus

kayrul-shah said...

rasa better beli yang baru je..masalah pun kurang

Woofer Storm said...

bro..rasanya lagi baik beli baru dari 2nd,takur asik rosak je pula..kdg2 benda baru beli tak meragam,bila lama skit dah kena hantar bengkel..

tapi duit muka nak cari mana??hehe

Prince Halilintar said...

tips2 yg bernas dan memudahkan bg yg nk beli kereta..=)

ABU said...

waaaahhhh gua pnat baca tapi info mmg sngt berguna thanks..

aku terfikir nak beli second car kat semenanjung ni.. baru je last 3 month aku beli kat sabh tuk family aku pakai, kereta baru.. tu yg rasa nak bli pulk kat sini, tapi second hand la..

nak bli yg bajet2 je sbb guna sekitar area kl ni je.. tenga pening nak beli keta yg mana.. agak2 bank bagi tak? sbb bru je beli keta baru..

nak beli yg bajet, bulanan rage dalam 200-300 je, tuk bujang, jalan area2 kl jak, auto.. keta apa yg sesuai.. pening oh pening..

encikReza said...

complicatednya nak beli keta 2nd ni
tu yg aku x suggest org beli keta 2nd...

Coolman said...

saga BlM 1.3 kuat makn minyak le yeah!!

APAN said...

aku xde kete lagi.naik moto je gi keje...tpi kalo nak travel jauh mcm bro yg tanya ni mmg ok la ngan pe yg ko cadangkan tu...myvi ok pe.mungkin mhl sikit kot...

Rudy Law said...

di sini saya nk minta pendapat...saya bminat dgn satu kereta d kl...dekat klang lama...ampang....tempat tu belakang balai polis brieffield...pesona manual tahun 2011 harga tawaran 34800k...soalan saya kereta tu msh baru lg tp knape owner nak jual....pada pendapat kamu org ada somthing wrong ke kereta tu????bg pendapat

www.SistemJanaDuit.com said...
This comment has been removed by the author.
WAHYUNI ELVIN said...

Hello
 Setiap orang yang melihat ini di seluruh dunia, terdapat banyak penipu di laman web ini, saya mempunyai berita gembira untuk berkongsi. Sila sertai saya untuk berbahagia dan berterima kasih kepada syarikat pemberi pinjaman. Saya baru mendapat pinjaman daripada ELINA JOHNSON LOAN FIRM yang sah.
 Ini adalah bagaimana saya mendapat kenalan mereka. Saya melihat kesaksian Puan Nuliana Novi dari Indonesia dalam forum ini mengenai bagaimana dia mendapat pinjaman daripada mereka dan dia memberi mereka e-mel kepada semua orang "elinajohnson22@gmail.com" jadi saya segera menghantar e-mel kepada mereka dan mereka menjawab e-mel saya dengan jujur, Pada mulanya saya sangat takut kerana saya telah kehilangan wang saya begitu bodoh sebelum ini. Tetapi, saya terkejut bahawa kurang dari 3 jam selepas itu, pinjaman sebanyak RP 700,000,000, saya terpakai untuk benar-benar dipindahkan ke akaun saya.

Seluruh prosesnya adalah mudah. Dan pinjaman mendesak pada kadar 2% saya mendapat cepat Tidak ada bayaran. Tiada penjamin diperlukan daripada saya. Sehingga sekarang, saya masih sukar untuk mempercayai bahawa ia adalah benar. Saya fikir saya bermimpi apabila saya mendapat perhatian dari bank saya. Sekarang hatiku penuh dengan sukacita. Saran saya adalah mudah untuk semua orang mencari dorongan tulus untuk mendapatkan bilangan pinjaman yang sah untuk memulakan perniagaan atau membiayai projek untuk menghantar e-mel kepada mereka sekarang dan anda akan terkejut bagaimana saya terkejut. Saya ingin mengucapkan terima kasih terutama kepada Nuliana novi untuk menyediakan hubungan mereka di forum ini.

 Dan jika anda memanggil mereka dan mendapatkan pinjaman dari mereka dan itu bukan semuanya, mereka mempunyai tempoh ekspatri yang juga memberi nasihat kewangan tentang bagaimana anda pergi untuk melabur pinjaman anda untuk memastikan anda tidak pernah lagi miskin dalam hidup anda dan perkhidmatan ini Adalah percuma, sila menyebarkan berita baik supaya orang lain juga boleh mendapat manfaat. Terima kasih, e-mel mereka lagi ^elinajohnson22@gmail.com
^, Nama saya Wahyuni ​​Elvin Hubungi saya, di sini adalah e-mel saya wahyunielvin@gmail.com
 Nota: semua penipu meminta yuran pendaftaran, berhati-hati, segala-galanya adalah penipuan. Semoga Tuhan memberkati kalian semua
Terima kasih