Friday, September 23, 2011

kesan embun, hujan dan panas pada kereta


Pertanyaan Yang diajukan..
Guest: salam bro, nak tanya apa kesan jangka panjang embun pagi pada body kereta??
saleha: a'ah yer kesan embun ape yer kat keta..leh sbb karat ke?
Jawapan Kami..
Thanks pada Guest ( entah tak tau nama) dan Saleha.. Cuma maaf kerana agak lambat balas

Majoriti penduduk di Malaysia, garaj kat rumah mereka kecil dah penuh dengan barang- barang, bila parking kereta di situ jadi sempit ruang.. Atau pemilik mempunyai dua tiga biji kereta mana muat nak masuk dalam satu garaj.. Atau mereka malas nak pusing kereta masukan dalam garaj, pastu esok pagi nak reverse keluar Atau rumah mereka memang tak ada garaj berbumbung.. Nak buat macam mana kalau dudok rumah flat... Jadi kereta mereka semua terdedah dengan embun pagi, hujan dan panas...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kesan kereta terdedah pada
embun pagi, hujan dan panas

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Ini teori aku, tak taulah teori yang aku guna nih salah atau betol. Kalau salah tolong betolkan..Mengikot Mitos yang kita selalu dengar jika kereta kita terdedah pada faktor semulajadi pancaran matahari, hujan dan embun pagi akan meninggalkan kesan jangka masa panjang menyebabkan cat pudar dan boleh menyebabkan body karat.

Jika kita duduk di kawasan Bandar atau di kawasan perindustrian perlepasan sisa gas sulfur dioksida yang dilepaskan ke udara membentuk satu pencemaran.. Gas sulfur dioksida akan bergabung dengan wap air ( embun pagi ) atau air hujan akan membentuk asid sulfurus dan asid sulfurik.

Bahan terampai diudara ini akan membentuk hujan asid..Asid yang terhasil ini akan meluntur dan menghakiskan cat dan mempercepatkan proses pengaratan pada kereta..Dalam keadaan suhu yang tinggi ( cuaca panas ) pula akan mempercepatkan tindak balas bahan kimia dan kadar pengaratan body kereta tersebut lebih cepat..

Secara amnya, air hujan atau embun pagi dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.
Jika Sampel air hujan pada pH 4.2 sahaja pun, jika dialirkan ke atas kepingan besi (ferum-Fe) Air hujan yang berasid menghasilkan proton tambahan dan memberikan besi cas positif.
4Fe(s) + 2O2(g) + 8 (aq) -> 4Fe2+ (aq) + 4H2O(l)

Bila besi berindak balas dengan lebih banyak oksigen, ia kemudiannya meninggalkan kesan keatas kepingan besi tersebut membentuk oksida besi (karat)
4Fe2+ + (aq) + O2(g) + 4H2O(l) -> 2Fe2O3(s) + 8H+ + (aq)
_______________________________


Kesan jangka masa panjang
kesan jangka masa panjang menyebabkan body karat terutama pada bahagian bumbung kereta bonet, pintu atau body kereta menyebabkan kecacatan kepada kenderaan anda.Karat yang teruk akan menyebabkan body kereta berlubang kebocoran. Jika kerosakan karat yang serius biasanya karat tersebut telah merebak hingga ke bahagian tulang body kereta...kosnya membaikinya agak mahal...
_______________________________

Siram Body kereta setiap pagi..
Setiap pagi sebelum start kereta nak pergi kerja tu....curah air paip kat seluruh kereta.atau siramkan body kereta dengan air bagi membuang embun-embun yang melekat, terutama di atas bahagian bumbung. ini kira dah memadai dahh...
_______________________________

Siram Cermin Kereta setiap pagi..
Kalau cermin kereta korang macam berembun, berkabus ajerr setiap pagi .. Siramkan pada bahagian cermin hadapan untuk menghilangkan kesan cermin berkabus kesan pemeluwapan yang menghalang pandangan mata sebelum memulakan pemanduan.. Pasang aircond dan hala ke cermin tu...Buka cermin sikit ajerr...so akan hilang kabus tu... cermin jadi berkabus sebab udara kat luar sama sejuk atau lagi sejuk daripada udara kat dalam kereta.
_______________________________


Cucilah Kereta korang ye..
Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan
kesan kotoran dan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.
_______________________________


Wax Kereta korang selalu
Cuba korang Wax kereta korang pada hujung minggu atau sebulan sekali luangkan masa sikit... kerana wax dapat memberikan perlindungan kepada lapisan cat dan body kereta korang.. Selain tu membersihkan kotoran dan pencemaran ianya memberikan perlindungan terhadap serapan air terus kebody (air embun dan hujan) dan pancaran matahari.. Pilih wax macam silicon plak untuk menjaga permukaan cat daripada calar calar halus, hujan dan embun..
Sebenarnya nampak beza kalau kereta yang selalu di wax dengan yang tak di wax langsung.. kotoran macam lumpur.. senang nak hilang sebab dia melekat pada permukaan yang licin.. kalau time hujan atau embun pagi pun.. Sangat senang dibersihkan..
_______________________________


Pasang Canvas Car Cover
Misal kata kalau kita tak ada garaj kereta misalnya yang tinggal di rumah flat.. kalau kita nak tinggalkan kereta agak lama, kita boleh bungkus pakai canvas car cover.. Ada jual kat kedai aksesori tak berapa mahal pun harganya.. cuma rajin tak rajin ajer korang nak bungkus selubung kereta tu...
_______________________________


Kalau manusia pun terkena hujan dan panas pun boleh demam ... ini kan pula kereta.... Ambil berat pada langkah-langkah penjagaan dan perlindungan kereta supaya kereta korang lebih tahan lama ... Kalau kereta sentiasa bersih pun hati senang melihat kereta bersih, berkilau dan berseri..

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

31 comments:

Edy Fee said...

haha betul2..teruitamnya kereta proton..hehehe
ayah aku setiap pagi bawak air simbah kete dia sebelm anta aku ke sekolah dlu..alamak teringt citer lame..syahdu..kikiki
hurmm thanks melawat n komen panjang ..really appreciate it

aziekz said...

dlu rajin jgk main siram2 ni tp skang,,huhu...'patut la kte sye ada bntik2 embun,,,
mmg kna wax la lpas ni,,


thanks info ni.. :)

ayie said...

adeh bro.. nape post cite embun..dah la saya slalu parking luar umah..huhu..ok try ikot tips bro..iaitu..siram air..hehe

Yastro said...

Hahaha...bab2 ni yang aku paling maleh sekali...nak harap org umah pun org umah bz ngan keje umah...rasanya kete aku tu aku boleh kira bape kali je yg aku basuh...siram pepagi?? hehehe...jauh sekali laaaa...

Saiazuan said...

hmm mcm2 bnda tak sesuai dgn iklim panas hujan kat msia ni kan..

IMANSHAH said...

mujo gua selalu parking bawah garaj..hehe sayang woo

Ct Arina said...

duduk apartment payah sket nak jirus2 air ni. pastu nk cuci sendiri mmg x dpt la. anta kedai selalu boleh bankrap dbuatnye. paling teruk sebulan sekali aku cuci keta kat kedai. selekeh kan? hahaha =D tp jb selalu hujan. rugi cuci keta selalu.

Nizam Ijam said...

xde kreta lak nak jaga..hehe

Asrul Rae X said...

Thanks for info. :)

alif haris said...

ade effect jugak rupanya ye .. baru tawu .. pasni kene amalkan siram moto dan kereta tiap pagi ni hehe

Madd said...

bahaya jugak....
tips berguna

"Selamat Pengantin Baru Lan dan Fyda"

Alan said...

x tau ler pulak embun boleh reputkan kereta..tapi kalau kita mandi embun setiap pagi, boleh buat awek muda.

selain tangkap body, efek dia boleh tangkap enjin juga.nak pulak kereta dah lebih 10 tahun.nak pulak pagi2 bila start enjin..perghh bergegar satu body.

Bigdaddyz said...

kalau malas juga mcm mana ada lagi yg paling senang .....:)

Eazy Izzuddin said...

itulah dulu kancil jadi macam tu..
lepas kancil ku cat baru...
sentiasa park kereta dalam garaj..
jaga elok2..
hik2

Edy Zaidi said...

wah...1st time tau ni..thanks for sharing

khairul said...

TERIMA KASEH ATAS INFO NI BRO..

HEROICzero said...

bila bawak kete , cermin pula kabus , peh geram nya lain macam !

ABU said...

oooo mcm tu pulak, tapi ramai je yg slmba letak keta kat open area.. terok gak kesan jangkapanjang dia kan..huhuhu

en_me said...

thanx bro for the info.. ehehe

comel said...

waaa
bagus entry kali ni
kalu nak beli kereta boleh la guna ilmu dari blog ni sebagai panduan

sorry bro, da lama x blog walking ni
bz siket la since bekerja

ada masa singah2 la blog saye yeeee

Woofer Storm said...

kereta motor dua2 dah lama tak basuh bro..heheeee kereta sy tu dah mcm lori pun ada,kotor gila tapi bz memanjang smpi malas nak jaga..hehheee

nabilah_2908 said...

mmg dh jadi habit...setipa pagi sebelum kerja..mmg mandikan kete...

kalau tak pun..cuma lap cermin depan dan belakang... ;)

tp tak tau lak kesan embun ni..satu pengetahun yg baru... :)

kayrul-shah said...

bab2 siram nie yang malas nie..keta pun aku malas cuci macam mana la nak siram pepagi..heheehe

Papa Mifz said...

entry yg sgt membantu bro...

MR.Z said...

agak saintifik juga penerangan ni.. siap ada rumusan kimia lagi.. hehe.. info yang padat bro..

wanbu said...

bil air tinggi...
x sanggup nak siram kete hari2

hehe.....

Zulki Flee said...

Hari-hari selubung kereta boleh menyababkan bahagian dalaman kereta cepat rosak....betulkah?

Aima said...

Ada jugak dgr org kata biarkn ja kereta tu x yah selimut. Cuma rajin basuh n skali skala wax. Sbb kereta ni memg direka utk brhujan brpanas.
Info yg sangat brguna dr blogger. Thanks.

Syukri Nouvo said...

Diri Sendiri adakala Malas Nak Mandi
Ada Hati Nak Mandikan Kereta
Kih Kih

Syukri Nouvo said...

Diri Sendiri adakala Malas Nak Mandi
Ada Hati Nak Mandikan Kereta
Kih Kih

kunang_kunang Comel said...

thanks...
info berguna..
boleh amalkan keta sentiasa berpanas dan berhujan