Monday, September 5, 2011

Lepat Pulut VS Lontong Jawa


Pertanyaan yang diajukan..

tuan man : unik burasak tu x pernah mkn pun lepat pulut & ketupat palas penahla

tuan man : luar biasa kali ni biasa baca pasal moto keta je.yg ni mmg lain la. Penah ngajar johor ada Munjung, tapi aku tak sure samade dia ni adat Jawa, atau asal Melayu.pasai aku orang utara. One thing for sure, ia adat yg baik. HOW TO DO MUNJUNG

Jawapan kami..
Thanks pada tuan man.. cuma soalan macam tak habis ajerr... Tak aperr...Seperti mana yang korang tahu aku berdarah keturunan campuran bugis Sebelah Abah dan jawa Sebelah Emak.. Pagi syawal macam ni baru dapat makan makanan pertembungan tradisi supaya anak-anak nya mengenal identiti darah keturunan mereka ...
_______________________________
Tradisi Masakan Jawa
_______________________________

Adat "munjung" atau "ngunjung"
Di Johor khususnya bagi masyarakat Jawa bila menghampiri ke hari raya.. adat "munjung" atau "ngunjung" bermula di hujung bulan Ramadhan..Sehinggalah hari raya.. Biasanya seminggu sebelum hari raya emak akan sibuk masak juadah hari raya seminggu awal dan kemudiannya akan diberikan kepada jiran tetangga dan Saudara mara terdekat. Kemudian jiran tetangga dan Saudara mara akan membalas juadah ngunjungan dengan masakan mereka pula.. Masa ini ketupat.. lauk pauk kuah kacang.. rendang.. sambal jawa.. lodeh.. akan penuh semeja.. dan kami akan saling merasa masakan masing-masing….Bila jiran kita bagi juadah ngunjung, seelok-eloknya kita membalas juadah ngunjungan tersebut dengan masakan kita pula .. Kalau rumah jiran sebelah hantar lauk pauk guna pinggan dan dulang.. Tapi kalau rumah jauh pula kebiasaannya bungkus atau hantar guna mangkuk tingkat jerr.. Sebenarnya aku respek ngan Kaum jawa ni..klu bab-bab ngunjung ni pasal diorang mementingkan ikatan persaudaraan sekampung, ada semangat kejiranan, saling berkongsi suka duka menyambut lembaran dan sanggup menerima dan membalas budi baik orang dan paling penting niat dia bersedekahh...

OK kali ni aku nak ceritakan sikit tentang masakan tradisi sebelah emak yang berketurunan Jawa pula
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ketupat Nasi
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau korang pergi kerumah orang Jawa pastinya diorang buat ketupat... Tak ada ketupat, maknanya tak ada raya bagi mereka..Kalau korang nak tau ketupat berasal dari orang Jawa, kemudian tradisi ini menyebar ke seluruh pelusok nusantara..

Ketupat atau bahasa Jawa disebut kupat . makna ketupat itu sendiri ngaku lepat atau mengakui kesalahan..Bagi masyarakat jawa ketupat mempunyai makna simbolik.. Kelongsong daun kelapa yang dianyam cukup rumit, ini melambangkan berbagai macam kesalahan yang kita lakukan. Ketika ketupat dibelah akan nampak isinya yang menggambarkan kesucian manusia setelah memohon ampunan atas kesalahan yang telah diperbuat.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi: Lepat Pulut Jawa
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kaum Jawa mempunyai tradisi membuat 'lepat pulut' . Seperti ketupat, ia juga dibungkus dengan daun kelapa tetapi bentuknya panjang dan direbus sama seperti ketupat nasi.Isinya diperbuat daripada beras pulut. Lepat pulut sedap dimakan dengan rendang.


- Rendam beras pulut semalaman.Toskan hingga air betul-betul kering, dan gaulkan kelapa parut serta garam.Ambil sehelai pucuk muda daun kelapa Lipat tiga daun kelapa muda jadikan kelongsong
-
Isikan beras pulut didalam kelongsong daun kelapa ditekan2 sikit biar mampat


-Kelongsong yang diisi beras tadi ,diikat di tengah dan dua disisi bungkusan tu dengan kuat menggunakan tali.

-Kemudian masukkan dalam periuk dan rebus selama empat jam . Bila dah masak tos air dia dan sejukkan.. pastu barulah dihidangkan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi: Lontong Nasi Jawa
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Lontong Jawa ni dikatakan berasal dari masyarakat jawa tengah di panggil "Tepo" boleh dikatakan sama macam nasi impit biasa tu cuma Lontong jawa di bungkus dengan daun pisang, bagi membangkitkan rasa dan aroma bau daun yang berlainan dari lontong biasa.. Lontong jawa sedap dimakan dengan Sayur Lodeh..

-Beras setelah dibasuh dan ditos terlebih dahulu .. Ambil daun pisang gulungkan daun pisang memanjang.
-Ikat hujung daun dengan getah atau tali rapia pun boleh.. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos, isi 2/3 saja.. pastu ikat hujung kelongsong yang satu lagi..


- Susun kelongsong lontong kedalam periuk bersilang silang
-Merebus lontong ini memakan sekurang-kurang 5-6 jam

- Bila dah masak di sejukkan dan di Tos airnya .. kemudian boleh lah di potong dan dihidangkan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi: Ketupat Palas Jawa
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Di Johor sesetengah masyarakat jawa ada juga buat Ketupat palas , Bentuk sama ajer, cuma agak kelainan sikit kerana ketupat palas diperbuat dari pulut bercampur kelapa parut. Ia juga menyerupai lepat pulut jawa cuma lepat pulut dibuat dari daun kelapa muda. Kalau kita makan ketupat palas Utara dan pantai timur di letakan kacang dan ketupat palas yang manis adalah dari Kelantan. itu perbezaannya dengan ketupat palas negeri lain..Ketupat palas enak dimakan bersama rendang dan serunding.

Kepada sesapa yang tak pernah tengok Daun Palas ni hah rupa nya?


- Ambil Sehelai daun Palas, daun dibersihkan dan dibuka. Jangan sampai koyak
-
Daun digulung macam orang gulung buat rokok daun tu, Lipat dua pada hujung daun tu dan buat bentuk kon
-
isikan dgn beras pulut bercampur kelapa parut dalam kon tersebut.. Tekan-tekan biar mampat

- Setelah pulut bebetul padat, pusingan perlu dilakukan untuk memperkemas atau memperketat dan simpulan segera dilakukan. dibahagian akhir balutan buat simpulan pada bucu ekor bagi ikatan kemas.
*Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala,
*ketupat palas betina
, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas

-Setelah selesai bolehlah potong ekornya dan direbus. Kalau nak cun lahh


-Masukkan air. Pastikan tuang air sehingga separuh dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering.
_______________________________
Adengan yang tak sanggup..

Ha..ha... benda ni yang aku tak sanggup jaga air rebusan jangan sampai kering.... wehhhh aku tak sanggup nak tunggu beb.... kalau aku dah Cabutttt Lariiii....
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks & Selamat Hari Raya Aidilfitri..

19 comments:

Edy Zaidi said...

salam hari raya ke-9

yeahh..time ngunjung tu best...macam2 lauk ada...hehe

Yastro said...

Haa...bab2 ketupat aku dh besa ngat dah..tapi tang lontong jawa tu aku tak penah buat dan rase lg kot..makcik2 aku pun x buat yg tu...besanya ketupat tu aku makan ngan kuah lodeh..ketupat daun palas,lepat pulut jawa tu rasanya satu ketika dulu je laa...la ni makcik2 aku pn semernya dh maleh nk buat yg tu...terasa rugi bila hilang mende2 tradisi nih...

Kakzakie said...

Dino royo mangan kupat
mangan karo aneka kari
hidangan jawa memang hebat
sekali makan mesti nak lagi

Selamat Hari Raya lagi dari kakak. Kalau tak faham 2 baris pertama tanya dgn mak....:)

Ct Arina said...

ibu aku rebus ketupat segera je. cepat & mudah. haha =D tp nenek aku wajib buat ketupat palas. pastu cicah dgn kaya. wong jowoooo ;D

alif haris said...

eh lontong nasi jawa tu mcm dah tak pernah nmpak skrg kan ..jarag da huhuhu

haha kesian smpai termonung nuggu ketupat ^^

Prince Halilintar said...

1st time prince dengar adat munjung ni..menarik juga makanan org jawa ni especially lontong nasi jawa tu..

encikReza said...

agak²nya
ada chance tak aku nk merasa?
especially lontong tuh...

ayunda maajis said...

woh..ketupat dia anyam panjg..woh 1st time tgk ni..nk nk nk..

Nizam Ijam said...

saya xminat makan ketupat..hu2

nabilah_2908 said...

kalau kat rumah nenek saya area JB...payah nak jumpa ketupat...

mcm yg sy pernh katakan pada entri yg lepas...bnyk jumpa laksa johor..nasi briyani..lodeh..tu pun dgn nasi himpit + serunding kelapa.. :)

kalau nak makan ketupat..kena tunggu orang Melaka balik JB...baru merasa..hehehehe.. :)

tp yg lontong tu sy pernah rasa...ikut makcik balik kampung dia kt kota tinggi...dua tiga rumah pergi..mesti ada lontong.. :)

kayrul-shah said...

ketupat palas paling terbaik la bagi org utara...

ayie said...

perghh best gila..bila nak hantar kat saya sikit bro???

Papa Mifz said...

wife den org jawo..:)

Saiazuan said...

sedap ni :D

LiFe KaMi said...

Selamat hari raya dan maaf zahir batin..
lengkap kat sini cara2 buat ketupat yer..hehe
nak juga rasa makan lontong nasi jawa tu..semua nampak sedap jer..

Alan said...

akupun x sanggup nak tunggu lama lama hahaha

aziekz said...

meh...mai kemamang,,,mkn kepok lekor..sedap,,penat mkn pulut ni,,,

tp klu ketupat nasi daun kelapa,,,ngan rendang ...fuh..sedap..

MataHati @ MH said...

keh keh keh.. aku cuma tahu makan ketupat jerr..
nak buat ketupat langsung x pandai..

dah lama x makan etupat ubi

adyra said...

Daun palas ni mana nak dpt pat singapore?