Friday, August 19, 2011

Tip Tayar Motorsikal Pancit


Pertanyaan yang diajukan
Guest: Halu singgoh. Kawe nok balik kampung. nok tau pasal taya muto ado tip dok nak jln jauh ni abe taku pulok ?
Guest: nak tanya pasal tayar bocor mcm nak buat, ade tip cara atasi klu pancit tengah jalan?
Jawapan Kami
Thanks bertanya pada Guest (tak ade sebut nama).. Maaf agak lambat balas jawapan tersebut..
Apa pun saya cuba kongsikan seperti dibawah ini..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Tayar Motorsikal Pancit
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau nak jalan jauh seperti nak pulang ke kampung .. Harap lah dapat bawa sekali peralatan seperti di bawah untuk persediaan kalau motorsikal pancit di tengah jalan

_______________________________

A) Kalau Tayar Guna Tube Getah

Kalau nak balik kampung atau nak rider perjalanan jauh.. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan.Kalau korang pakai tayar bertiub ( bukan tayar tubeless) agak payah sikit kerjanya..First periksa tayar kalau ada paku cabut dulu paku tersebut. Pastu bukak tayar keluarkan tiub tersebut menggunakan tool pembukak tayar..
Keluarkan tiub lama .. Tengok apa masalah tiub tersebut..
Kat sini ada 2 pilihan
-Kalau bocor kecil boleh tampal
-Atau tukar tiub baru
_______________________________
Tampal Bocor Kecil Pada Tayar Motorsikal
kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut. Benda ni senang ajer tampal rubber patch dengan gam yang di sediakan kemudian urut-urut sikit kasi gam rata dah ok balik.

_______________________________
Tukar Tiub Baru
Motorsikal
Periksa tempat bocor pada tiub.. kalau bocor teruk tukar tiub baru ajer lagi senang. cuma kena ada lah spare tiub motor...
Tapi sebelum tu kena betulkan pelapik getah alas pada rim dulu, Pastu masukkan balik tiub tersebut kedalam tayar.. pastu pump angin tayar secukup rasa.. pasang balik tayar kat motorsikal..

_______________________________
Stringkan Lidi Rim
Penggunaan Rim Lidi yang longgar menyebabkan lidi senang patah atau bengkok atau tiub tayar kerap bocor bergesel sikit-sikit lama-lama lidi rim boleh masuk dalam tiub dan menyebabkan angin bocor . Sebab itu lah sebelum masukkan tayar pada rim kena betulkan pelapik alas pada rim dulu.


Kalau lidi yang bengkok teruk atau ada yang patah lebih baik ganti tukar lidi yang baru dan string semula.

kalau ade yang longgar lidi rim tu baik lah pergi buat string lidi tu. kalau rim aloi sedikit gelong, kasi string lidi dan buat balancing cun..
_______________________________
B) Kalau Tayar Guna Tubeless
(tayar tanpa tiub di dalamnya). Tayar ini lebih selamat dan tahan lasak berbanding tayar-tayar biasa. Struktur dalamannya lebih kuat serta teguh & tidak memberikan impak yang besar jika ia tiba-tiba pancit. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana ketika pancit.

Korang juga boleh menampal sendiri kebocoran pada tayar jika berada dalam situasi kecemasan dengan cepat dan pantas, berbanding menukar tiub bagi tayar biasa. Jika bocor, harga bagi menampal tayar jenis ini lebih murah dari harga tiub motorsikal. Harga tayar tubeless agak mahal sedikit tetapi amat berbaloi demi keselamatan anda.

first periksa tayar kalau ada paku..tarik kuar dulu paku dari tempat yang bocor tu..tarik guna playar kalo susah guna tangan.
Kena ada set tire repair kit termasuk cacing tubeless.. Letak gam dulu pada cacing tu.
Masukkan cacing pada alat skru tu, pastu cucuk ke dalam tayar pada tempat yang ada lubang tadi..pastu tarik semula cacing tu sikit, bagi die terkeluar pada permukaan tayar..
Sesetengah kedai/kit tayar pancit ader sediakan sekali gas canister ni .. cucuk je kat tayar dan pam angin guna gas termampat dalam tong gas canister.. kalau tak ada gunakan pump angin.. sehinggalah agak agak keras
Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan
_______________________________
Balancing Sportrim
Kalau ada rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit...Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.

Jangan guna tayar bengkak berkemungkinan Sportrim telah bengkok ,angin akan keluar dan tayar boleh pecah
_______________________________
C) Penggunaan Tire Guard Sealant
Tire Guard sealant dimasukkan kedalam tube/tubeless melalui lubang angin. cairan Tire Guard sealant akan meliputi dalam tayar dan membentuk sebuah lapisan yang melindungi tayar dari dalam.

Memang kalau guna
Tire Guard sealant ni kita tak sedar pun tayar kiter bocor tercucuk paku ke, skrew ke duri ke, dawai kerr..bila bocor jer terus tampal automatik memang berkesan mencegah kebocoron tayar..

Putar rim tayar hingga posisi lubang angin berada dibawah dan buka nut penutup tayar. Buka tutup botol, pasang pipe tube pada botol yang disediakan.

Cara betul : Putar rim tayar, hingga posisi sebelah sisi kemudian tekan cairan agar masuk kedalam tiub tayar.
Cara Salah : Cairan sealent tidak boleh masuk jika posisi lubang angin berada dibawah.
Kemudian pum angin tayar secukupnya, Putar tayar agar cairan sealent melapisi bahagian dalam tube tayar secara merata.

Satu botol sealant untuk satu tayar jela..kalo 2 tayar 2 botol lah. sealant ni untuk kemudahan di kala kita tak jangka..Cuma tayar berat la sikit sebab ade liquid sealant dalam tayar kan.
_______________________________
Adengan tak mau di alami...

Kadang kala nasib tak menyebelahi kita hari tu...alahai..cian nye dia… kena tolak motor. Nak mintak tolong orang tak ade sapa pun yang lalu.. jangan kata bengkel motor, Rumah orang pun tak ada kat area tu...nak call member line tipon pon tak aderr... Issshhh mintak jauhh lahh...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

27 comments:

ayie said...

nampak cam senang klu semua alat ada kat motor..huhu

khairul said...

kau tau bro..klu pancet atas Penang Bridge kana kapak sampai RM30 !! gila x guna betol

Alan said...

motor kalau pancit atau rosak memang sakit sikitlah..kena tolak ler jawapnya.

kenapa motor sekarang tak macam vespa dulu2 yang ada tayar spare kat belakang hehehe.

Nizam Ijam said...

wah..kena letak nie..

LiFe KaMi said...

kalau lalu area jalan motor ke klang ada je motor yang pancit, skali tgk tayar kena paku, byk plak tu mcm ditabur je, dalam berapa minit dtg le mamat yg bawa tiub spare,mcm dah dirancang jer..

Yastro said...

Baru je minggu lopeh moto aku pancit....seb bek tak jauh sangat ngan kdai... klau tak jenuh gak aku....

Edy Fee said...

hahaha mmg banyak la nak bawak barang skali..penuh raga moto...
hurmm tapi ak tak bawak moto..bawak bas jew.hehe

asrul rae x said...

TQ entri.



Kalau spanar tu benda wajib lah. Jalan dekat pun kena ade spanar. kalu takda rasa tak selamat.

MataHati @ MH said...

tertarik ah dgn Tire Guard Sealant tu. kat mana nak ari ek? brp harganya..

tak kisahlah tayar berat sikit asalkan selamat sampai ke tempat yg dituju

asrul rae x said...

satu lagi, pisau mesin (lipat) yang 20sen tu.

serba guna tu.

AkU said...

adeh..pening membaco instructions ...

ayie said...

ada tak cara termudah buat kembangkan balik tayar yang pancit..huhu

cikguden said...

motor guna tiub biasa je. kalau pancit terus tukar tiub. tak tampal pun. itu pun bukan main cepat pancit balik. tiub sekarang tak berkualiti tak macam dulu.

ABU said...

nice entry..oh mcm ni rupanya nak buat..kena buat sendiri ni baru mantop..aku fail bab2 teknikal ni huhuhu..

Ct Arina said...

ayah aku pun x reti nak ganti tiub. apetah lagi aku wey. haha ;D tp dgn ni ape pn boleh belajar. hihi

bro, aritu kan aku tanye pasal sevis keta kan. sekali smlm aku tgok minyak hitam asal dah gelap warna die sedangkan km lagi 800 nak sampai limit sevis. aku risau je kedai tu salah tulis km. entah2 patutnye dah kene sevis.

aShaBuLz said...

aku punya tubeless. memang jenuh nak menampal...tapi yang paling jenuh nak pump balik...adeh...sebab aku tak bawa pam tayar, cuma penampal tubeless ja...wawawa..

logorithm said...

Erk... leceh betul. Kena design tayar motor yang kalis pancit la nih...

kayrul-shah said...

banyak plak barang nak kena bawa..lecehnya...

nazrul nazmie said...

tayar tiub ssah nk dijangka...tetiba je boleh pncit

Woofer Storm said...

dulu pena kena bila motor pancit kena paku,dah la kena tolak motor berKM2..pastu kol guna telefon no yang bnyk ditampal tu.rugi bila dicas terlalu mahal ni..dugaan hidup..ermmm

Prince Halilintar said...

ni mmg kene perlu tahu..sesak2 nnt senang blh tukar sendiri je kan.

farouq said...

best. best:)

faez said...

mane nk carik TIRE GUARD SEALANT tu..?

genk kucakacir said...

pomeng!!!...motor ego lc 125 masalah tayar depan tubeless dua kali tukar dah...tapi masalah same jugak..tayar jadi bengkak beralun-alun..tolong bagitahu nak repair camner???

Muhammad Azizie said...

Maaf tumpang tanya..sy pakai tubeless..sy nk spray sportrim..sy kempis kn ckit..nk alas surt khabar..lepas dah selesai..sy pum balik..tp angin xmcok..knape ye..??

Kimie Kimark said...

mana nak cari tire guard sealant tu? contect sy plzzz. ergent 0173470821

Kimie Kimark said...

mana nak cari tire guard sealant tu? contect sy plzzz. ergent 0173470821