Saturday, June 4, 2011

Modifikasi Proton Satria



Pertanyaan yang diajukan
fadhil
: bro.. kasi cite sket budak2 mod satria.. berminat nk dapatkn info2 menarik dr bro.. thanks!
Jawapan kami

Thanks bertanya pada Fadhil ..Ok berbalik pada pertanyaan Fadhil.. sememangnya Model satria sudah nampak sporty .. ini memudahkan lagi modifikasi dilakukan hanya sedikit sentuhan sudah nampak cantik dan tak perlulah banyak bajet modal pengubahsuaian dilakukan...
_______________________________
1) Modifikasi pada Enjin
Selalunya bila sebut modifide kereta ajer berkait dengan pengubahsuaian bahagian enjin.. Kalau ikut prosedure sekarang convert enjin cuma dibenarkan 25% saja jadi kena ikut spec dalam geran asal kereta kita..

Kalau dari enjin asal. 1.3 maksimun untuk 1.5 saja yang lepas JPJ. sama ada nak masuk enjin 4G15 standard magma 1.5 atau nak masuk 4g91 - 1.5 dohc masuk engine 4g91 karburator. 4g91 ada 2 spec.iaitu karburator atau injektion.Kalau kamu nak masuk enjin 4G91t sudah cukup memadai..endorse pun senang..masuk 4G91 takde masalah tapak enjin. setiap pertukaran enjin kenalah dapat endorsement dari puspakom dan jpj. ini keperluan standard.enjin 4G91 1500cc boleh didapati dalam bentuk carb atau EFI. jika kamu guna carb, proses conversion lebih mudah kerana tidak memerlukan ECU dan sistem wiring yang kompleks.jika guna EFI lebih rumit. tapi EFI lebih ekonomi dan berkuasa.

Kalau masuk enjin 4G61 senang sikit nak endos klau tak silap la sebab tak banyak nak modified pada tapak mounting. .manakala 4g92 mivec nie enjin 1.6 twincam ada sistem vvt. maknenye pada satu rpm akan ada satu sentapan kuasa dr rpm 5.5krpm ke redline. 4g92 pula ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang memanggilnya dengan nama engine MIVEC...ini adalah antara keluarga engine mitsubishi yg latest lepas technology vr4.. oh ya, 4g92 ini juga terbahagi kpd 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yg biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yg standard...dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (ber turbo).....

kalau masuk enjin 4g93 - 1.8 sohc@dohc NA @ turbo. Syarat utama kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..
_______________________________
2) Modifikasi Bodykit Satria
Disini apa yang saya perhatikan kebiasaan selalunya Proton Satria standard banyak orang yang convert kepada model Mivec atau menjadi Model Satria GTI

a) Bodykit Satria Mivec

Kalau pakai bodykit ala-ala mivec ni tak banyak part kena tukar cuma kena cari bonet depan mivec lah .. memang cun cun masuk jer.. ada gak orang masuk bonet mirage asti cuma bonet tu macam panjang sket

b) Bodykit Satria GTI

tapi kalau masuk bodykit Satria GTI ni agak susah sikit banyak kerja nak buat pada bodykit untuk menjadikan seakan2 GTI sebenar... cuma nak cari bumper original GTI ni payah.. sekarang ni kebanyakkan yang pasang bodykit GTI semua yang fiber aje..
_______________________________
3) Part aksesori Proton Satria
OK bila dah siap luaran mulalah kita mencari part-part aksesori kereta yang lain-lain.. antaranya aksesori sesuai untuk Satria GTI macam kat bawah ni..



_______________________________
Ekzos Muffler kereta..
Cuma Kalau nak tukar Muffler banyak makan modal, banyak kena tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah.. Kalau Satria standard ramai pakai stright flow ada pick up sikit tapi agak bising.. kalau pakai S flow ni agak jimat minyak dan senyap sikit bunyinya... tapi kalau Satria GTI sesuai pakai muffler 2 corong asap tu...

kadang kala ramai membuat sangat berlebihan xtreme, modified ekzos muffler Straight piping terus bawah tangki dan ade pulak yang buat dari satu ekzos then pecahkn kepada dua piping ekzos memang kompom tak leh. Tidak dibenarkan samasekali…mendatangkan bunyi amat bising lebih dari 90db juga salah tidak dibenarkan
_______________________________
Seat Bucket
Seperti yang kita tau Kalau model GTI mmg siap ada seat Recaro ni... tapi kalau nak gempak lagi dan ramai orang buat dengan menukar seat standert kepada sport bucket (tak kesah lah apa jenama pun) cuma kena buat welding tapak bawah untuk ikat nut screw..

_______________________________
Head lamp, CCFL Projector
Yang kiri HeadLamp yang biasa ajer,tapi yang kanan tu smoke head lamp dalam tu hitam .. cantik gak bila tengok orang pasang..

Yang ni Double CCFL Projector, lampu projector ini ada lensa / kaca pembesar ,cuma kena buat wiring sikit.. kalau pasang lampu HID memang cahaya dia terang benderang ..silau matawoooo...kalau lampu putih jpj nampak memang kena saman ..JPJ larang pun sebab kilauan dia mengganggu orang dihadapan. guna je laaa halogrn bulb warna kuning , janji jangan guna lampu HID..Kebanyakan jenis lampu ni jenis plastik, tapi tahan gak laa..

Lampu ni cantik memang cantik pasal ada nampak cahaya ring eye bila on switch..Kadang lampu cam ni siap ada LED day running light keliling lampu tu.. tapi masa jpj buat operasi kene jaga sikit. berani buat, berani tanggung la.
_______________________________
Rear Tail Lamp, Side signal
Ok beralih pula pada lampu belakang Tail lamp ada macam macam jenis... cantik woo

Cuma kadang tu silicon gam dia tak berapa baik selalu bila hujan lebat air masuk bertakung kat bahagian dalam ...

Yang ni side signal ... selalu warna kuning ajer cuba tukar ngan warna kristal ni lagi nampak cun sikit...
_______________________________
Absorber , spring & Stabilizing bar

(Absorber & spring) Sebaik-baiknya kita pilih jenis absorber & spring ni ikut keperluan kereta masing-masing, bukan main ikut brand atau ikut orang je.Pilih springs dan shock yang sesuai dengan handling dan ride termasuklah dari segi cornering, langgar jalan tidak rata dan juga lalu bumper jalan..Kalu Nak lowered, tak kisah..... tapi guna la suspention yang bagus. nak tukar spring, better pakai spring yg memang bagus cam Eibach, Apex dll.. Absorber pun kena tukar gak, baru lah match ngan spring. Apa pun Tolong jangan potong spring yer, bahaya sangat.
(Stabilizing bar) Pemasangan Stud Stabilizing bar ni berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. kebaikkan Stud Stabilizing bar selain performance ia juga dicipta utk safety bile brlaku kemalangan..utk keberkesanan menyeluruh..pasang pd full site..kalau nak cilok kat highway confident walaupun dengan kelajuan 140km keatas..tetap tak membuai-buai time bile mencilok dan layan corner...Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport)
_______________________________
4) Pasang Sunroof
kalau ada duit lebey leh pasang sunroof ni.. pergh! nampak ganas satria tuh..sunroof nak pasang better beli kat kedai potong..siap pasang,wiring dan surat jpj. cari yg sama model... tak payah nak potong2 pillar tuh...

Cara paling mudah untuk menukar bumbung adalah dengan menukar keseluruhan bumbung yang menggunakan sunroof ini kerana ianya lebih selamat daripada menebuk bumbung asal dan memasang sunroof. Ini kerana bumbung asal apabila ditepuk ‘roof sub assembly’ akan turut dipotong.keburukan bile pasang xbagus n air masuk n JPJ kaco kalu kite malas endose...ambil langkah yang bijak.. daftarkan pemasangan sunroof anda.. sebelum kereta anda ditarik ke JPJ berhampiran….
_______________________________
5) Pasang Vertical Scissors door
Ni sudah kira di katakan Xtream modified... Sememangnya menjadi impian bagi hampir semua kaki kereta,makeup lawa-lawa pasang pintu Scissors.. buka pintu kereta menaikkan pintu Scissors Door ketika hendak masuk dan keluar kereta... Canggih nampaknya... Tapi harga boleh tahan ade orang yang kata kalau nak pasang aje jejak RM 5000 dan ada gak yang pasang sampai berbelas ribu lebih gak

kalau dua pintu smart sebab pintu panjang sket kan.. macam satria ni memang nampak canggihkan.. Cuma masalahnya pintu ni tak leh lah buka tutup macam kereta biasa selalu... pastu kekadang bracket jd loose..arm scissor dia tak tahan.....nak tutup pintu kemas-kemas pun susah...
_______________________________
Nasihat Kami
Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. “Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan,"Awas Kereta Anda Boleh Disita

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

35 comments:

I wong (依之汉) said...

Datang memberi salam sebab ada yang beri link ke blog ni dari blog saya.

Tak tahu nak komen apa pasal kereta sebab saya ni jenis kalau takda benda tu memang takkan ambil port.

Sekian.

Ct Arina said...

dulu kete impian ni. skang tidak lagi sbb dunia dah moden.. zaman dah maju.. hahaha

::FAIZ FARISH:: said...

aku minat satria....

Yastro said...

Banyak modipied banyak le RM yg akan kuar...hanya yang betul2 "cinta" je akan dan sanggup buat modified cmni...

NICK IRFAN said...

aku x thu sgt psl satria ni sbb kt tmpt aku jarang org pakai kete ni

pawaka19 said...

aku suka tengok ko tulis blog..detail abis..mmg sesuai jadi doktor vetelinar.sbb ko suka mengkaji.

dulu aku pernah wat ujian kerja.kata org tu aku ni lebih kepada menjadi seorang penulis sbb aku ke arah artistik.


kata org ujian tu lak.bila org tu ke arah menjadi seorang pengkaji n analisis..ia lebih kepada IQ n intelek yg tinggi.

keep it up bro.

ABU said...

blog ni pasti menjadi rujukan terbaik.. like :D

ayie said...

kereta satria kalau modified lawa2 serius memang kereta paling mahal di dunia.. tapi satu tak gemar kereta satria sebab terlalu rendah..huhu..nak masuk dalam tu sakit je badan

nabilah_2908 said...

hmm..kalau bnyk duit..sedap juga modify kereta kan... ;)

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro..informasi yang menarik! lepas ni cerita sikit ttg honda EK..sejarah dan model EK di dunia =)

NOOR FATIN said...

wah info yg bagus. baru tau kereta tu boleh modify. hehe

iwan_dextrous said...

yg penting brg lebih kurg same ngan wira.hahaah

ayunda maajis said...

wow pasang sunroof. canggih sgt dh tu..huhu

Faaein Talip Roy said...

seronok aje baca2 pasal keta ni.. teringin nak suh abg sy antau keta lama dia kat sini.. tapi tunggu dia ada bajetlah.. huhuhu...

Betta sp said...

kalo da modified keta nie, mmg da xsrupa mcm keta satria la

aziekz said...

menarik..even..saya tak mmpu nak modify2 kete...but...this blog bnyak info ttg kete..input berguna..xder la jd pndiam bla borak bab kete...heee, siap rekemen kan surf entri ni...thanks

MataHati @ MH said...

satu jer harapan aku.. semoga next generation satria mampu menembusi pasaran luar negara

Alan said...

aku x minat sangat kereta satria ni..rasa lemas kalau duduk kat belakang..

Shamsuddin Amin said...

Lori2,
tyr empat putus sambungan...
sori2,
bru dapat balas kunjungan...^^

caye la...
thanks infonye...
ak mmg tgh gune satria ni... hehe

tehr said...

aku berkenan benar dengan kerusi tu
hehe
tapi mungkin tak sesuai lagi dengan orang tua
huhu

bersepah-sepah said...

dekat gambar tu tulis 4g92 - 1.6 sohc mivec! ade ke mivec 1.6 yg sohc?

rex said...

Satria mmg cun..aku lebih suke mirage dr satria gti..

rex said...

Salam bro..bajet sunroof agak kasar brape skali ngn colour balik bmbung.

rex said...

Salam bro..nk tnye ni..agak2 brape bajet sunroof..

leyno said...

salam bro... mcm mne nk bagi pickup satria 1.3 kaburator tanpa modify...

Hantuletto said...

Salam bro, nak tanya kalau saya masuk engine vr4 lepas 2 tukar block 4g61t agak2 boleh lepasnak endorse x? Body 1.3.thanks bro

Unknown said...

Biasa bape rm ye klo nk convert gti ..*untuk body luar saja .. Cam bumper semua tu .. ??

azizi musaa said...

Biasa bape rm ye klo nk convert gti ..*untuk body luar saja .. Cam bumper semua tu .. ??

snipx said...

mcm kenal je kereta satria kuning nih... mcm kereta ambe je..

ipoenk adjah said...

Ni katmane tempat bro?

ipoenk adjah said...

Ni katmane tempat bro?

anak selangor95 said...

Salam bro . Agak2 satria 1.3 std masuk bumper mivec lepas ke dgn jpj
?

VJS STAR LINK LIMO ,VAN SERVICES said...

bro bahagai mana nak hubungi kamu . siapa perlukan sunroof satria dan lampu depan dan belakang . anyway ....SELAMAT HARI RAYA .....

Zack Zam said...

Boleh x kalau kereta satria..kita masukan bumper depan ek9??

Zack Zam said...

Boleh x kalau kereta satria..kita masukan bumper depan ek9??