Tuesday, March 22, 2011

Bayar Saman elak Blacklist

Pertanyaan yang diajukan..
PeeJay: Bro, aku nak tanya tentang saman kereta ni..aku ada satu saman ekor atas kereta yang aku tengah pakai sekarang ni..dan juga 2 saman atas kereta yang orang lain pakai (kereta orang ni atas nama aku)...aku nak setelkan saman kereta aku ni sementara ada diskaun 50% ni....soalan aku...kalau aku just setelkan saman kereta aku ni kan..nanti bila aku nak renew roadtax kereta aku ni,adakah aku masih lagi dalam senarai blacklist tak. bolehke nak renew roadtax kereta aku????(sekiranya orang yang pakai kereta atas nama aku ni masih lagi tak setelkan 2 saman tuh)..or adakah aku boleh renew roadtax kereta aku tuh tanpa ada masalah?apa beza kalau klu kena saman polis ngan JPJ? Dua2 kan sama ajekan?Boleh tak berikan penjelasan ttg saman ekor dan mcm nak buang blacklist ni.

Jawapan Kami..

Maaf kerana Tak perasan email ni... so baru nak jawab.. sebenarnya sekarang tengah hangat isu Saman-saman ni.... nak jawab pun rasa serba salah...

aku rasa kau kena bayar semuanyer..polis dan JPJ bukan kira sapa yang pakai kereta tu..
janji saman atas kereta kau... dorang saman atas
kereta..bukan atas pembawa kereta..

Perbezaan antara Saman JPJ dan Saman PDRM
Sekiranya anda disaman oleh pegawai JPJ risikonya adalah amat tinggi. Ini kerana bayaran kompoun JPJ adalah mahal berbanding saman PDRM. Sebagai contoh, anda memandu tidak memakai tali pinggang keledar. Saman yang dikenakan oleh pihak JPJ adalah sebanayak RM 300, manakala saman oleh pihak PDRM adalah sebanyak RM 70.
Penyenaraian hitam bagi pihak JPJ adalah serta merta. Maknanya di sini sekiranya anda disaman oleh JPJ dan tidak membayar kompoun maka lesen memandu atau cukai jalan anda tidak boleh diperbaharui.
Bagi saman PDRM senarai hitamnya lambaat sedikit.

JPJ boleh mengeluarkan 2 saman sekaligus pada satu kesalahan.

Sebagai contoh, anda mempunyai kereta dan kawan anda telah meminjam kereta anda.
Kawan anda telah disaman oleh pegawai JPJ atas kesalahan lesen memandu tamat tempoh. Saman 1 adalah ke atas kawan anda tadi. Saman yang kedua pula adalah ke atas anda sendiri atas kesalahan membenarkan kawan anda memandu kereta anda kerana memandu dalam keadaan lesen memandu tamat tempoh. Jadi kena berhati-hati apabila kawan hendak meminjam kenderaan kita. Perlu diingat tabiat pemandu di Malaysia terlupa untuk memperbaharui lesen mereka.

Saman POL 257..

Saman POL 257 -Saman on the spot kepada pesalah trafik semasa kesalahan dilakukan dan pesalah dikehendaki menurunkan tandatangan pada surat saman Contohnya bagi kesalahan termasuklah menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan, melanggar lampu isyarat ,tidak memakai topi keledar, borang POL 257 mestilah digunakan, iaitu saman on the spot kerana melanggar kesalahan lalu lintas.

Notis Pol. 170 A (Permintaan Butir2 Pemandu)

Notis Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah. Notis Pol.170A merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat di butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Notis Pol 171 (Tawaran Kompaun)

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. dalam surat Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Hadir Ke Mahkamah

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.Jika yang diterima itu adalah saman di bawah Seksyen 53 APJ 1987, maka ianya adalah saman yang sah. Penerima saman tersebut hendaklah hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di dalam saman tersebut. Kegagalan untuk hadir boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan ke atas penerima saman tersebut.
Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah bagi menjamin ketelusan dalam sistem poenguatkuasaan lalulintas. para pemandu dan pemilik akan dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM.
Senarai Hitam -Blacklist
PDRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam proses untuk menyenarai hitam semua saman trafik (POL.257 dan POL.170A) sekiranya pesalah trafik masih lagi gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Tindakan yang diambil ini selaras dengan peruntukan undang-undang berikut:

I. Seksyen 109 APJ 1987 - Liabiliti tuan punya kenderaan; dan
II. Seksyen 17 APJ 1987 - Kuasa pendaftar berlesen

Apabila anda tidak membayar kompoun yang belum selesai dengan JPJ atau PDRM.:
1.
Pengguna yang kena 'blacklist'
2. Tidak boleh memperbahrui lesen memandu.
3. Tidak boleh memperbaharui cukai jalan.

Kerajaan pada 11 Ogos 2010 telah memberikan kelonggaran sehingga 28 Februari 2011 bagi memberi tempoh untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak termasuk saman ekor. Dalam tempoh ini, tindakan senarai hitam ditangguhkan bagi membolehkan pemilik kenderaan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen kenderaan Motor (LKM). Selain itu, pesalah trafik juga tidak akan dikenakan sebarang mata demerit bagi saman-saman yang diselesaikan dalam tempoh ini. Saman-saman boleh diselaikan secara ansuran atau sekaligus.Walau bagaimana pun masih perlu menyelesaikan semua saman-saman yang telah dikeluarkan oleh JPJ/Polis dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan tidak disenarai hitamkan.

-Kalau korang nak bayar saman POL. 170A lak, korang kene bayar dalam masa 60 hari untuk dapat diskaun 50%, 61 – 90 hari untuk 30% diskaun. Lepas dari tempoh ni, tadek diskaun dah.

-Kalau korang nak bayar saman POL. 257, kene bayar dalam masa 30 hari untuk dapatkan diskaun 50%. Kalau bayar selepas 31 – 60 hari tarikh saman, dapat diskaun 30%. Kalau lepas dari tarikh mahkamah, tadek la diskaun.

Berikut adalah Saman yang tidak diberikan rayuan - semua saman yang diisukan semasa operasi sikap, kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah, kes kemalangan jalan raya dan mempunyai waran tangkap.

Tindakan senarai hitam dan mata demerit semula selepas tempoh kelonggaran tamat iaitu mulai 10 Mac 2011. Individu yang memiliki saman tertunggak tidak akan dibenarkan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sehinggalah semua saman tertunggak diselesaikan.

Secara Jujurnya pendapat aku...

Bukan masalah tak nak bayar cepat saman ekor, tetapi para pengguna jalan raya tidak dimaklumkan tentang saman ekor secara bertulis. Mereka hanya tau ketika hendak memperbaharui cukai jalan.Memanglah boleh cakap.... "kan kemudahan menyemak saman melalui sms ade... so tak de alasan kata tak tau ada saman ekor!!!".

Ramai antara pengguna yang kena 'blacklist' oleh pihak JPJ mempunyai saman POL.170A bertahun-tahun yang lalu.Tetiba ajer muncul saman ekor..yang selama ni tak pernah di blacklist.. Sedangkan mereka tidak pernah menerima sebarang notis saman tersebut.Mungkin diorang tak pernah memperbaharui alamat surat menyurat atau kediaman terkini. Atau mereka ni jenis pindah randah... Kalau saman on the sport POL 257 saman bertanda tangan tu aje yang dibayar kat kauter selama ni.

setiap saman yang dikeluarkan polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibuat sah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.Tetapi tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13Perlembagaan Persekutuan.

Saman ekor yang dikeluarkan oleh PDRM bukanlah berbentuk saman, tetapi hanya notis mengesahkan maklumat.Untuk menentukan bersalah, dikenakan saman, perlu dibawa ke mahkamah.Yang menentukan bersalah adalah mahkamah, bukan polis, bukan JPJ. Jika mahkamah jatuhkan hukuman bersalah barulah boleh blacklist..

Ada tak pandangan lain... mana lah tau ade bab-bab yang tertinggal..boleh lah korang kongsi ye kat sini .. Maaf kalau artikel ini tidak berasas dan menyinggung.. ini hanya pandangan aku sahaja.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

51 comments:

Sham said...

macam dianiaya je kes saman ekor ni...

ayie said...

nak elak dari saman ekor..

hmm ada nama kat entry yee

MataHati @ MH said...

pernah terkena saman ekor ni dulu. tak pasal2 kena saman rm300 sebab langgar lampu hijau kat kawasan sekolah. gila apa nak langgar traffic light time buak sekolah melintas.. aku teraniaya, aku tak pernah langgar traffic light

♕ Mr.IX ♂ said...

masa lesen P dulu pernah kena saman, nasib baik tak kena gantung lesen P dulu...

faiz said...

saman ekor ni patut dibatalkan...

Mohd Ridhuan said...

gerun kalau pkiir bab saman ni...
uhhuuuhhu

ayunda maajis said...

saman ekor tu mcm tak patut jer kan kan kan..

Prince Halilintar said...

bagus la info ni..dpt la knowledge sikit..tapi stuju la dgn opinion bro..kite mane lah taw klu xhantar surat bertulis klu kene saman ekor..tgk2 kene blacklist..adeh

mie said...

gue penah kena saman dengan jpj...
memang seksa nak bayo..

Firdaus Kasim said...

kalo first time kena saman dari JPJ, mmg merana la kau.. aq dulu first time kena, asyik pusing kedai motor, JPJ n mahkamah.. sbb satu je : nak renew road tax.. time tue budak2 an? x taw apa2 lg

Adii NakHeran said...

BRO,, TANIAH,,
POSTING BRO NI SENTIASA JADI PERHATIAN WA NI,,
BARU MINGGU LEPAS BARU KENA SAMAN TAK PAKAI BELT SEAT DARI PDRM,, SURAT KALER HITAM,, DLU PENAH KENA NGN JPJ MASA TAK TAMPAL P DLU2,, DAPAT SURAT KALER MERAH

Alan said...

leceh saman ni

Miss Tira said...

Tengok antara JPJ dan PDRM rasa JPJ lagi ganas. Boleh keluarkan 2 saman serentak tu. Gerun.

HEROICzero said...

gud info. aku kena saman, x bayar2 lagi. saman polis. bulan 4 ni road tax mati. aduh

Yastro said...

Nasib baik haritu check tak de saman...rase lega gak..

Apepun pada gua, mmg le semer ni nyusahkan tapi pokok pangkalnya mende ni nak mendidik pengguna di jalanraya...
gua tak tau la bila penduduk kat negara kita ni boleh bawak keta dgn elok sikit...bukannya langsung tak de yg ok or berdisiplin bila memandu..ramai gak...
tp bila sekumpulan kecil yg merempit ngan keta tanpa menghiraukan keselamatan org lain gua rasa, tu yg susah...ade masenya gua nampak yg pakai ketayap pun sama gak...kemana hilangnya disiplin yg di tuntut dlm islam?? Hmmmm....

nabilah_2908 said...

mcm satu penganyayaan utk saman ekor tu...

setakat ni..sy belum pernh kena saman....hope biarlah ianya berkekalan mcm ni.... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KESAN KOMEN MELALUI EMAIL

NICK IRFAN said...

aku setakat ni xpnh lagi kena saman

NOOR FATIN said...

berhati2 di jalan raya. kdg2 saman ni akan menyedarkan kita tntang kesalahan samaada yang sengaja atau x.. huhu..

xpenah lagi kena saman sebb xde keta dan moto :P

ParkAir said...

Baru aku tau rupanya mahkamah yg jatuhkan blacklist atau tak, bukannya JPJ... patut la pihak pembangkang dok bising tentang saman ekor ni.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, saman semua dah setel sebelum tarikh akhir yang diberikan.

Pernah juga kena saman ekor. Menakjubkan apabila saman itu sampai setelah genap satu tahun peristiwa memandu melebihi had itu berlaku.
Bila ditanya kenapa agaknya berlaku kelewatan yang teramat sangat, maka jawapannya; memang begitu. Saja nak tahu, tapi lepas tu, bayar je...

Perkongsian yang panjang lebar dari admin amat dihargai.

TQ

AngahSayang2314 said...

ye la tul kata bro tue... yg penting angah tak ada saman...hehehee

lalink7 said...

wahh banyak info entri niee..ehh bukan entri nie jela..entri lelain jugee...

master_red_lion said...

korang2 yg bayar saman sblm habis tempoh diskaun 50% patut bangkit dan buat bising...

Diskaun 50% masih diberikan!!!! hahahahahahahahahah XD

mykhalis said...

suka dengan post ini..sbb khalis baru kena saman jpj..tapi rasanya dapat surat saman pdrm..bukan macam contoh jpj tue.. cuma nak tau..lepas kena saman leh tak wat rayuan??

Ada apa dengan DARA

Qayyum said...

Kalau kena saman boleh ambik lesen x?

Ibu said...

a'salamualaikum bro,saya nak tanya sikit pasal isu saman ni,ada orang cakap kat saya,kalau saya ada saman parking menghalang lalu lintas dari majlis pembandaraan,saya tak boleh menghidupkan roadtax kereta saya.betul ke?.setahu saya saman dari JPJ dan PDRM aje yang kita kena settle baru kita boleh mempebahrui roadtax kereta.tolong saya bro berkenaan isu ini.saya tengah bingung dan keliru skrg.kerajaan malaysia dah buat undang2 baru ke?t.kasih

fazrul ridzuan said...

aku ade saman PDRM tapi surat saman hilang nak buat macam mane...kene bagi nombor i/c ke macam mane?

moru kuatkot said...

Salam bro aku dah abai notis jpj slama 11 bulan.notis tu jpj sruh aku ubah balik body kancil aku jd original blik pastu p jpj tunjuk kt depa...tempoh notis tu 10 hari.pastu jpj tu kata law aku gagal hadir lam tempoh 10 hri tu aku akn di saman..masalah dia dah 11 bulan aku tunggu surat saman tu xsampai2 pun..apa nasib aku ni?mcm mana nk settle kes ni??

Fiq said...

salam, baru ni aku di kejutkan dengan kehadiran ayam(polis) bermotosikal yang menganggu mood aku dan member sedang lepak, habis semua diperiksanya selain lesen dan roadtax, apa yang menghairankanku bukan aku sedang menunggang moto ketika itu. Tugasnya pula untuk menjaga keamanan bukan mencari kesalahan.

Ryosuky Aizawa said...

Kalau saman ada 4 dan jpj telah blacklist jd nk clear blacklist tuh kena bayar semua lar 1200 tuuu gaji 1500 belen 200 ja makan megi lar bulan nii

Muhammad Hasif said...

kalau kne blacklist saman pol.257, layak ke nk buat lesen dan mendapatkan lesen memandu?? di atas Ada d nyatakan apabila anda tidak membayar kompoun yang belum selesai dengan JPJ atau PDRM.:
1. Pengguna yang kena 'blacklist'
2. Tidak boleh memperbahrui lesen memandu.
3. Tidak boleh memperbaharui cukai jalan..

Adakah saya layak untuk membuat lesen dan mndapatkan lesen memandu TANPA selesaikan saman2 sya terlebih dahulu..sya mempunyai 7saman bnlai RM3370..sya xmmpu untuk slesaikan saman2 bkenaan krana sya tidak bkerja dan sya masih lagi mnuntut d ipt..5 drpd 7 saman tersebut dpt ketika mahu pergi ke kelas..antara sbb untuk sya mhu membuat lesen terlebih dahulu adlh kerana untuk mengelakkan terus disaman dan faktor yuran membuat lesen yg semakin hari semakin meningkat.. mohon pencerahan..

Zain 2015 said...

Sampai mati saya ni macam dh bole ambil lesen. Saman dh beribu ni. Macam mna nk bayar ni.ambil Lesen pula dh mahal.. klu x pakai motor mcm mna nk cari duit?

want psp! said...

Assalamualaikum.nak bertanya..selepas saya check detail saman..ada 19saman polis dan 11 saman jpj.masalahnya sebelum ni saya kerja tidak menentu..baru sekarang dapat mengumpul duit sikit2 utk bayar saman.jadi bagaimana cara yg terbaik utk selesaikan semua saman tu?mnyerah diri di mahkamah atau hanya bayar dikaunter..sebab jika hndak bayar dikaunter..amaun sangat tinggi..sy da penat nak lari dari roadblock..sbb smlm pun baru je dpt saman lagi..tolonglah abg2 dan kakak2..sy takde cara lagi..014-7329769

Unknown said...

Bnyk kali dh kena saman ekor cek msg ada 17 saman speed trap..boleh je smbung roadtax..saman sign je bahaya..blaklist trus

Unknown said...

Bnyk kali dh kena saman ekor cek msg ada 17 saman speed trap..boleh je smbung roadtax..saman sign je bahaya..blaklist trus

AdexSuperb said...

Dah settle da saman ni? Mcm mne procedure? Berapa kena bayar? Mengalami nasib yang sama ni. Dah kene blacklisted hmm

AdexSuperb said...

Hmm sama lah😱taktau nak buat apa sekarang. Nak buat lesen pon tak boleh sbb nama dah kene blaclist. Nak byar beribu ribu pulak tak cukop duit

AdexSuperb said...

Hmm sama lah😱taktau nak buat apa sekarang. Nak buat lesen pon tak boleh sbb nama dah kene blaclist. Nak byar beribu ribu pulak tak cukop duit

AdexSuperb said...

Dah settle da saman ni? Mcm mne procedure? Berapa kena bayar? Mengalami nasib yang sama ni. Dah kene blacklisted hmm

ana farra said...

aritu baru je kena saman polis sbb tak bole parking kat rmh sewe,nak buat macam mana dah jalan kerajaan.semalam saya takut dok kne saman kan cuti umum pastu elok saya sampai parking polis pun sampai.alhamdulillah la kali tu terlepas,kenapa polis tu tak saman ye?sume keta lain dia saman

Raime 989 said...

Bagi no ic atau kenderaan sudah cukup di balai trafik.

Raime 989 said...

Kalau saman ada blacklist atau waran memang tidak boleh menduduki ujian undang2 berkomputer.. Kene sattle kan dulu saman blacklist atau waran.. Nak sattle diskaun 50% boleh pm saya di zul_suarez989@yahoo.com

Raime 989 said...

Nak sattle saman murah.. Emel ic ke kat saya zul_suarez989@yahoo.com nanti saya checkkan saman anda..

Raime 989 said...

Nak sattle saman polis tiada masalah.. Tak perlu pergi mahkamah kecuali saman NC (no compaun) saja kene pergi mahkamah (tengok tarikh juga nak sattle).. Saman jpj saya tak tahu..

Raime 989 said...

Kalau nak saman diskaun separuh harga pm saya zul_suarez989@yahoo.com

Raime 989 said...

Kalau nak saman diskaun separuh harga pm saya zul_suarez989@yahoo.com

Tam shahidah said...

Sy ade soalan.. Minta bantuan pencerahan bg sesiapa yg pakar.. Terima kasih..
1. Sy pernah d saman pd tahun 2009 kerana tidak memiliki lesen kenderaan (Saman sign pdrm) masa tu naik motor kepunyaan abg saudara sy...
2. Saman kedua ialah pd tahun 2014.. X bawak lesen (pergi ke kedai, cuma bawa duit d poket shja, x bwk wallet) juga saman sign pdrm.. Masa tahun 2014 ni sy bawa motor atas nama ibu sy..
--> so, skrg sy sudah mempunyai lesen dan telah membeli kereta d atas nama sy sndri.. Setelah ckup setahun kereta perlu d renew roadtax, kan..???
--> soalan sy ialah, adakah sy boleh renew roadtax kereta sy atas kesalahan lampau sy tu?
--> ade effect ke kalau nama sy dah blacklist sbb x byr kompaun pdrm dgn sy nak renew roadtax kreta sy wlaupun kereta sy masih suci tnpa ada sebarang saman d kenakan ke atas kereta sy???
Mohon penjelasan please... Tlog sy...

Tam shahidah said...

Sy ade soalan.. Minta bantuan pencerahan bg sesiapa yg pakar.. Terima kasih..
1. Sy pernah d saman pd tahun 2009 kerana tidak memiliki lesen kenderaan (Saman sign pdrm) masa tu naik motor kepunyaan abg saudara sy...
2. Saman kedua ialah pd tahun 2014.. X bawak lesen (pergi ke kedai, cuma bawa duit d poket shja, x bwk wallet) juga saman sign pdrm.. Masa tahun 2014 ni sy bawa motor atas nama ibu sy..
--> so, skrg sy sudah mempunyai lesen dan telah membeli kereta d atas nama sy sndri.. Setelah ckup setahun kereta perlu d renew roadtax, kan..???
--> soalan sy ialah, adakah sy boleh renew roadtax kereta sy atas kesalahan lampau sy tu?
--> ade effect ke kalau nama sy dah blacklist sbb x byr kompaun pdrm dgn sy nak renew roadtax kreta sy wlaupun kereta sy masih suci tnpa ada sebarang saman d kenakan ke atas kereta sy???
Mohon penjelasan please... Tlog sy...

gajah degil said...

Bro saman N/C mcm mane maksod nye?

Mirol Aidil said...

Hari tu sy kene saman sbb xde lesen memandu.... Saman N/C so kene settle kt mahkamah tp masalhnye surat saman dh hilang tarikh kt surat saman tu pon sy xingat dh... Mcm mane sy nk tau balik ye tarikh tu..? Ade sesiape leh ajarkn?

ahmad farhan said...

Saya dikenakan saman sebanyak RM300 atas kesalahan memandu motorsikal dengan lesen tamat tempoh. sedangkan kesalahan tersebut merupakan kesalahan kategori keempat , kesalahan yang tidak membawa kemalangan. bagaimanakah cara saya untuk mengurangkan bayaran saman ? ia satu jumlah besar bgi saya kerana saya student