Thursday, February 17, 2011

Scooter Wanita dan tip2 penjagaan

Soalan yang diajukan:

black cat said... ada x penerangan penjagaan utk scooter???

Jawapn kami:

Scooter berasal dari scoot yang ertinya berlari kencang. Etimologi kata scoot berasal dari bahasa Skandinavia iaitu “skjOta” yang maksudnya menembak.Scooter mempunyai enjin kecil berkuasa diantara 50cc hingga 150cc..tetapi sekarang skuter pun boleh pecut diantara 250cc hingga 900cc.. enjin skuter terletak dibahagian bawah tengah tempat duduk dengan enjin satu selinder dan kebanyakkannya menggunakan transmisi automatik ... senang nak bawak tinggal press minyak je.. terus jalan..

Scooter yang sesuai untuk Wanita

so kali ni aku nak tanya pendapat korang mengenai motor Scooter dengan gegirl and ladies.Sesuai tak kalau mereka bawak scooter ni...

Pendapat aku,scooter lebih sesuai digunakan oleh kaum perempuan.. Majoriti wanita kat luar sana pon memang suka pilih scooter...sebab dia senang nak bawak..tak payah susah payah masuk gear....lagi satu kalau wanita bawak scooter pakai baju kurung, kain tu tak la terselak kan.sebab dia memang ada tempat letak kaki kat motor ni.naik skuter kedua mesti kaki terkepit gitu...alahaiii ayu lagi tu! hehe..motor jenis ni memang nampak ladies sangat..hehe

Antara Scooter pilihan wanita

Tip2 Penjagaan Scooter

Bagi kaum wanita kat sini aku ajar macam mana Menjaga Scooter

Khusus buat kaum wanita...Amalkan memeriksa dan luangkan masa meneliti setiap bahagian skuter anda. Ikuti jadual penjagaan dicadangkan pengeluar scooter, menggunakan pelincir dan alat ganti tulen dan berkualiti.

1)Penukaran minyak hitam dilakukan mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km..Tapi aku selalu servis minyak hitam, aku tukar ikut kekerapan perjalanan. contoh kalau motor aku jalan 1000km tapi dah sebulan aku gune minyak hitam tu, maka aku tukar. contoh ke2 lak, walaupun motor aku belom sebulan tapi aku dah jalan 2000km maka aku tukar jugak. minyak engine penting woo!
walaubagaimanapun, aku tau poket kite selalu tak berduit, jadi set dulu jenis minyak ape nak pakai pastu beli extra ble dpt gaji. kan senang.

minyak hitam yang di syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) so elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey...Penggunaan Shell VSX untuk skuter pilihan yang baik kerana kualiti Shell VSX adalah yang terbaik bagi rangkaian minyak pelincir Shell Advance. Pelincir semi-sintetik ini mempunyai tahap kestabilan oksida yang lebih baik pada suhu operasi enjin yang tinggi dan ini menjamin prestasi serta perlindungan bagi enjin pada cuaca panas dan perjalanan jauh.

2)Servis air filter. Lakukan Servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara Servis Karburetor..setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.

3) Penggantian palam pencucuh pula perlu ditukar setiap 10,000 km untuk memastikan percikan api sentiasa berada dalam keadaan baik.

4)Periksa Brake berfungsi,Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe.

5)Periksa air bateri selalu dan pastikan ia berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.

6)Periksa keadaan belting.. tukar belting dalam kira 1700km...lebih kurang dalam 2-3bulan sekali .. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase. cuba check belting dengan melipat tali belting tengok kalau ada crack walaupun sikit, bagus tukar terus sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali

7) Minyak gearbox, tukar 1st kalau boleh time 500km pertame sebab time ni la banyak geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, aku tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tp max 10000km. ni pendapat aku ye,

8)Periksa motosikal anda untuk mengenalpasti kerosakan kerosakan kecil yang lain sebelum ia merebak menjadi kerosakan lebih besar.

Sayangi motosikal anda dan cuba ambil masa untuk membersihkannya sendiri kerana ia membantu anda mengenal pasti kerosakan. Sentiasa pastikan setiap bahagian bergerak lancar dan dalam keadaan baik

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

44 comments:

Hanisah Safian said...

banyaknye scooterrrr! O_O

ayie said...

perghh byk maklumat dapat.. klu pempuan xth gak xth la..hehe

Yastro said...

Gua suka nouvo bro....

Fadzli Amir said...

laki pun suka gak, bukan pempuan je...lagi satu bab2 jaga menjaga ni malas sikit...mungkin lebihkan kat kete...tapi tiap bulan hantar kedai la tuka minyak hitam bagai...hehehehe

NICK IRFAN said...

aku xminat sgt scooter sbb aku rasa scooter utk pmpuan.. hehe

Miecyber said...

Skuter sekarang memang cute cute belaka....

Sebab Miecyber's Blog lambat loading sebelum ini...

fiezah91 said...

hehehe..x reti pakai moto..tp kena tau jgk ni.. hehe

black cat said...

MENYUKAI PENERANGAN ANDA!!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
...´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶

iwan_dextrous said...

hihihi..x minat r scoot..ahakz

tpi motor scoot nie org ckp lg sng jge...

mie said...

tu dia...
gue kurang minat dengan scooter..
eheheeeee

Fizi said...

wow....hebat la tips nie. rasa nak beli scooter lak...hehe

URY said...

TRm ksh konsi tips ni...
walaupun kit atak pakai skuter, dpt juga ilmu..

Sham said...

senang bawa skuter ni...main pulas trothle je...

en_me said...

me pown pakey elit 150, tp xleh jalan jauh ~ sakit telooo sehhh.. uhuhu

Mohamadazhan hjDesa said...

salam, kalau pakai motor cup biasa penjagaan lebih kurang juga kan? Saya punya ekszos kadang2 kuar asap. Cthnya awal pagi. Masalah pinston atau perkara biasa ya?

A'IM said...

wah..pasal minyak gearbox tu aku tak tau lask//thanks2

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Scooter ada minyak gearbox?

Informasi yang amat menarik. Banyak yang saya tak tahu tentang scooter. Minat tu ada...

TQ

EIPUL said...

aku pun minat gak scooter, tapi ayah kasik moto biasa je, takpe la,kalo ada duit lebih nanti bleh amek satu, keke, senang skuter ni, takyah tukar2 gear time bawak, haha

EdY Zaidi said...

xsuka scooter..berat...hehe

naz said...

sayang sekali, saya tak suka scooter hahah sloww

nabilah_2908 said...

comel je tgk perempuan bawa skuter..nampak sopan... :)

sy ni penakut sikit...bagi sy adik beradik motor..tk selamat..huhuhu...

lebih rela berasak2 naik bas dari naik motor... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BUBUR JAGUNG

sicKo^ said...

aku mimnat gak tgk scooter tapi aku takder lesen motor..

lalink7 said...

best gile penerangan niee..completee..

ehh en afzainizam nie dulu keje ape ek? nape semua anda tau niee?

mr.syazwan said...

suka tgk org naik scooter

smart

tpi ku xde lg

huhu

MataHati @ MH said...

scooter mmg secocok dgn pompuan. nampak sweet sgt kalau pompuan naik motor. lagilah bertambah sweet kalau penunggang scooter tu muka cun habis..hahaha

AngahSayang2314 said...

angah suka tapi tak ada hubby kata besar maintenance dia

Ct Arina said...

saye sukeeeeeeeeeeeeee skuter! rindu dgn scoot kt kpg. ahaks ;D

s h e e said...

baguslah en afzainizam ni...tips superb...i loike scooter...

Woofer Storm said...

gua mnt lc bro,heheheeee

black cat said...

tp still x lengkap lg...
camner ngn tayar plak...
ak slalu da prob ngn tayar..
kira dlm seminggu slalu isi angin...
bler da isi jln skit da pancit pas2 oke...
tp tiap2 kali camni tiap2 minggu....
bler antar workshop dia kter xder bcor...
tp kes smer dia isi angin pas2 bler blek umah nk naik bukit susah...means angin da kurang...
pas2 p workshop blek dia isi angin blek pas2 cek2 xder paper...
takut gak klu blaku hal mcm2 mser nk p klas kt cyberjaya umah kt pjs...ulangalik jauh 2...

rockers yang kiok! said...

salam br0?
gua nak tya.. sc00ter ni tyre dia size 14 kan.. klu maw tukaq rim n tyre 16,17 bleh ka br0?

Nor Athirah said...

erk admin.saya nk tumpg tye.saya baru jerk gne nouvo.nk tye lau nk pam tanya brapa tekanan tayar depn n brapa lak tekann tok tayar belkg?

Rafizah Assadisah said...

mohon nak share

SK Collections said...

assalamualaikum bro!

boleh bagi tips beli skuter baru x? and lagi satu boleh bagi perbandingan antara skuter-skuter kat mesia ni? mohon perkongsian dr bro. terima kasih :)

syazwan ahmad said...

aku ad ego s .. mmg sedap bawa ..
tp mnyak hitam da baper taun tak tukar ..
he he he ..
pling laju aq penah bwak 100 lbh je ..
pahtu da nk smpot .. so ad tips tak

m y n a m e i s l o n a said...

nak tnya...area KL kat mana leh repair scooter yg bagos...

Nurul Aida is said...

mana nak dpt no talefon abg ni?

Zharif Rosli said...

as salam..nk tanyer, kat maner letaknyer bateri yamaha ego lc125? hu3..

Nida Ab said...

Sangat membantu! Thanks ya :)

Unknown said...

Baru beli skuter ego avantiz. Dah 1000km tapi baru pakai 5 hari. Patut ke tukar minyak hitam?

syafariza mokhtar said...

Baru beli skuter ego avantiz. Dah 1000km tapi baru pakai 5 hari. Patut ke tukar minyak hitam?

IzTis 1510 said...

Mklumat bguna utk sy... First ride perak to Perlis...

somebody said...

tak perlu. tunggu 100000km baru tukar. lagi lama lagi bagus

somebody said...

tak perlu. tunggu 100000km baru tukar. lagi lama lagi bagus