Thursday, January 20, 2011

Curi kereta ... Pencuri kereta...

Salam buat pembaca blog kami... Seperti biasa blog ni akan tetap tak putus asa menasihatkan "tolong jaga kereta korang semua yerr".... Jenayah curi kereta adalah jenayah yang mampu mengaut keuntungan lebih setengah bilion ringgit setahun.
Selangor merupakan negeri sasaran pencuri kereta di mana 20 peratus daripada kes kecurian kereta berlaku di negeri itu. Ini diikuti Johor iaitu 13 peratus dan Perak 10 peratus.
kereta jenis Toyota adalah jenama pilihan yang paling kerap dicuri. Sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,472 kes kecurian kereta Toyota. Kereta jenis Proton Sebanyak 3,873 dan kereta Perodua pula dilaporkan hilang sebanyak 921 buah pada tahun yang sama..kereta mewah seperti Mercedes Benz, BMW dan Audi juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran pencuri kereta.
Jadi, disini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat yang mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya penting sebagai peringatan. Meh kita lihat Teknik Senang aje..

Macamne nak buka pintu kereta & Hijack Scurity Sistem..
Tidak kira sama ada kereta itu murah atau mahal, pemilik tidak boleh sambil lewa terhadap keselamatan harta benda mereka sebaliknya perlu berwaspada dan memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkanNi la kelemahan kita sebagai pengguna biasa, kita tak tahu apa yg pencuri tahu.... dengan maklumat ni, kita boleh la buat sesuatu untuk mempertingkatkan ciri keselamatan kereta kita.katakan aku seorg pencuri,mana-mana sistem safety keta boleh kita hack dengan cara yang sama....
1) Pakai master Key
emm kadang kala tu boleh bukak .. kadang kala tu tak leh...

2) Bila Tak leh buka pakai Master key
Selalunya Pencuri kereta Gunakan teknik cam kat bawah ni.... Tapi ade guna gak kalau tertinggal kunci dalam kereta bolehlah ikut cara ni..

Tanggalkan getah pelapik tepi tingkap tu ..Ambil pembaris 12” jolok besi/plastik yang lock pintu tu… hah dah terbukak dah.. Tapi tak semua kereta yang boleh buka cam cara ni.. ade gak yang tak leh buka..

3) Pecahkan cermin pintu kereta..
Cara paling senang guna batu bata dan pecahkan cermin kereta utuk mengambil barang-barang aksesori berharga dalam kereta . Sapa laa yg tak terkilan...barang hilang...keter hancusss,
Jadi untuk mengatasi masalah cermin kereta di pecahkan...banyaklah kedai aksesori memperkenalkan tinted cermin khas berfungsi anti pecah..bukan tak pecah sukar dipecahkan.. Namun , sedarkah kita Tinted cermin yg ditampal dgn penapis haba khas boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang lain.. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yg tak terduga, kebakaran, terhumban dalam sungai.. adekah kita mampu menyelamatkan diri..dalam suasana cemas fikiran panic tak mampu berfikir dengan betul.. cara terbaik selamatkan diri dengan cara pecahkan cermin untuk keluar..tapi klu tinted digunakan pada keseluruhan kenderaan.. kebarangkalian terperangkap dalam kenderaan jika kemalangan berlaku adalah tinggi.

4) Copy Alarm frekuensi
Pasang sistem Alarm keselamatan yg sangat senang untuk di hijack... Ramai orang yg dah beli merasakan yg kereta die tu kebal.. siap bangga2 lagi kat member die yg die pakai bende ni, harga mahal, komfem bagus... tarak kad takleh idup kete woooo..Pencuri akan buka pintu kereta itu menerusi teknik membuat salinan kunci kawalan jauh kereta menerusi frekuensi radio. Pencuri akan menyalin frekuensi kunci kawalan jauh menggunakan alat elektronik imbasan (scanner). Atau

5) Hijack Alat Penggera
Jika anda pemilik Honda CRV, Camry, Hilux dan lain-lain kereta mewah sila awasi kereta anda, taktik terbaru pencuri CRV dengan menebuk lubang pada kenderaan dan matikan alat penggera, hanya mengambil masa tiga minit. Pencuri akan buat tebuk lubang pada bahagian kanan kenderaan bagi mematikan alat penggera. Lubang sebesar pen kemudiannya ditampal dengan pelekat bagi mengaburi polis. Bila alat penggera dapat di hijack secara otomatik pintu lock terbuka.. Pencuri ni pun sangat profesional..

6) Hijack Wire termiation holder putih
Untuk keta biasa yg tak pasang ape2 alat, pencuri akan short kan 3 wayar kat termination putih tu... Ni adalah cara camner diorang idupkan keta dengan shortkan wayar2 tertentu kat termination putih tu...
strategy pencuri ni, mula2 die pakai jumper dah cuba hidupkan kat termination putih tu... kalo tak idup, diorang dah tau, mesti ade pasang bende2 kat dalam (alat penggera keselamatan)... diorang akan trace la kabel tu, tarik bawak kuar, ketuk dashboard bawah tu, untuk trace dan tarik kuar kabel... 3 kabel wire jer yg pakai untuk hidupkan enjin
Untuk pencuri professional, diorang guna garfu bengkok camni.....Lepas tu main tarik jer sume kabel2 yg pegi ke system arus eletrik tu, Cucuk pakai garfu bengkok tu yg putih ngan putih/hitam... Satu lagi kabel hitam/merah/putih tu, die main2 3 kabel tu dan keta pun bleh hidup... wah, so simple...

7) Pakai Starter Lock
starter lock ini di 'ON'kan, enjin kereta tidak boleh dihidupkan seperti biasa. dan terdapat wayer yang mengelirukan pencuri kalo pencuri bukak dalam tu kononnya... tu kekuatan produk ni menurut ape yang salesman tu kata ... tapi pencuri lagi bijak, pintu depan memang kebal, masuk la ikut pintu belakang... pencuri tu cabut buang jer kabel yg kononnya mengelirukan tu, last tinggal la wayar asal yang berwarna, tergantung tanpa sambungan.. tau ler pencuri tu ape nak buat yang penting tarik sampai jumpa wayer asal... atau pencuri boleh hidupkan kereta dengan menggunakan wayer dari hood depan kereta...hanya perlu bukak hood depan keta (tak yah pakai sebarang tool, just tarik kabel dari celah tayar keta dengan tangan kosong)....matikan alarm dan cari kabel DC dan Starter ....just 3 kabel nie, jump 3 wayar nie.

8) Pakai GPS Tracker
Jaga la keta tu bebaik... walopun canggih mane pun system keselamatan tu, jangan la mengharap sangat... GPS tracker ni memang mahal nak pasang, keta die pakai GPS Tracker... hilang.. tapi sebab ade gps, dapat trace balik kete tu... cuma banyak dah eksesori yg hilang...

Tak curi Kereta... Tapi Curi Sport Rem...Emmm kalau dah namanya pencuri... Kereta Tak di kebas tapi sport rem yang di kebas... Ambik Sport rem dan tayar ganti dengan batu bata....
Jadi Nasihat kami pakailah Lock nut tire yang mempunyai bunga pembuka yang tak sama ngan pembuka tayar yang ade sekarang ni... yang pastinya kalau dia tak boleh buka pun sukar buka nut tayar tu...

Camner Nak elak kecurian kereta
Faktor Kecurian berlaku
emmm kita kena kaji faktor berlaku kecurian kereta ni mungkin sebab Cuai ,Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam,Tiada kunci tambahan, Tidak dikunci dan Meninggalkan barang berharga di kenderaan.

Tempat di mana kecurian sering berlaku
Sila berhati-hati jika parking kereta di Tempat letak kereta di hotel-hotel, Tempat letak kereta awam, Di hadapan rumah, tepi jalan raya atau Kompleks membeli-belah

Bagi mereka yg blum ade ape2 alat keselamatan keta tu, beli la satu stering lock tu besar2... kalo tak pakai ape2 sistem, lagi la meleleh air liur pencuri tu... harga pun tak sampai RM100 (ade jugak yg lagi mahal)... elok la beli yg tu dari dok pakai sistem yg harga beribu ringgit, tapi sangat senang untuk di hijack.

Sila Cabut Stearing kereta...
Eeeemm mungkin ade yang menganggap bodoh perkara ni... dan Mr bean pun bodoh... tapi setelah kami dikaji, di teliti secara terperinci... Inilah satu-satu cara yang paling berkesan untuk elak kereta kena curi... Cuba korang pikir kalau pencuri tu dah dapat masuk dan hijack sistem alram scurity yang secanggih mana pun tapi kalau tak ade stearing kereta pun macam mana pencuri tu nak bawak kereta... bagus kan kalau cam tu

Sila pastikan kereta anda
dilidungi insurans dan road tax
Jika pencuri memecah masuk kereta anda mengambil aksesori dalam kenderaan .. aksesori dalam kenderaan anda masih boleh dilindungi dengan insuran ganti rugi yang boleh dituntut pada bila-bila masa... dan road tax kena hidup kalau tak camner nak claim insuranskan..

Fikir dulu ini lah yang paling penting sekali ...
AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Berhati- hati kawanku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai cara untuk mencuri kereta kita..

Jadi, disini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat yang mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya penting sebagai peringatan. Anda sebagai pembaca juga boleh memberikan pendapat mengenai langkah-langkah mencegah kehilangan kenderaan di ruangan komen kami.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

38 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

kete buruk mcm aku, harap2la takde org nak... huhu

iwan_dextrous said...

pergh..sng2 je seyh dorg nie...

Adii NakHeran said...

pehhh details juga,,,
bestnya bace,,, menarik~

Lya Colours said...

pencuri zaman skrg sooo kreatif

Rozali said...

Assalamualaikum Afzainizam

mukin boleh saya tambah satu cara lagi...iaitu guna kereta tunda

Wassalam

Alan said...

kalau xnak keta hilang, pakai ler lori 16 tayar ataupun bas. sebab 2 benda ni memang jarang sangat orang nak curi.

xpun cabut stering, cabut bateri keta dan tayar. tapi leceh ler kalau nak pasang balik.

Alid said...

skang ni musim ke ape ?
sasaran paling byk ialah kancil yg dah mod kat shah alam
risau aku yg pakai kancil ni. .

De Mois said...

Terbaik bos..nice info 4 sharing. Pening kepala gak dok pikir camne cara nak elak kena curi. Last2 baru bagitau. Salam perkenalan..

Jom singgah ke : SuaraSendiri

Mata Hati said...

5 bintang...entry ni sungguh berguna utk pemandu kereta dan seangkatan dengannya. thanks bro, byk yg ku tak tahu pasal kaedah mencuri ni.

esok kena beli stering lock utk langkah berjaga-jaga

ijatnuar87 said...

tq bro...walaupom xder kete lagi,tp entri ni amat berguna...mekacih

IMANSHAH said...

salam, kecut juga tengok Perak no 3..hehe.Apapun Tq 4 the info, memang lah cuai..kaang2 tidor malam lupa nak kunci kereta

KEN said...

salam, mintak izin untuk kongsi maklumat ni di blog saya..

http://kenevoputih.blogspot.com/

thanx

E.d.Y said...

pencuri skrg ni mahir ek..sekejap je leh curi

hysman said...

johor no2..
perghhh... bahaya gak..
tp knapa lps toyota proton tertinggi jumlah kete yg dicuri bro?
honda kurang ker?

teknologi min canggih,makin mudah org nk mncuri...baik guna cam mr.bean wlupn dianggap bodoh tp itu yg paling selamat...

tq fe d info bro..
gewd job...sgt bguna..:)

mie said...

bijak juga pencuri zaman skrg,...
hehehheeee

mr.syazwan said...

kalau mcm ni pakai moto je laa

hahaha

tpi seiyes kete myvi dorang senang je nak bukak pintu

pergi dekat enjin godek2 da leh terbukak pintu

giler laa

huhu

Ct Arina said...

kene pecah cermin mcm no.3 tu dah 2x saye kene. sob sob ='(

nabilah_2908 said...

mcm2 taktik pencuri ni..risau lak...ish.. :(

jom ke APA KATA HATI pulak ;
OH LELAKI IDAMAN !!

Alid said...

no probs ar bro.
tolong sesama sendiri =)

tehr said...

nampak gaya aku kena la beli kunci setering tu
hehehe
thanks

NICK IRFAN said...

nasib baik keta ayah aku buruk klu x snang org nk curi...

Rush IswaraKu said...

Panduan yang baik,cumanya para pemilik kenderaan itu kena usahakan yang terbaik dan yang pasti kena tawakkallah dan jangan buat dosa..

Betta sp said...

thanks, info nie sgt2 berguna. apa2 pun kena pakai lock kat stereng, tapi kalo ikut idea mr bean mcm bagus jugak.....cuma stakat nie xpenah nmpak ada org len buat:)

luddin said...

tq bro datang rumah...

black cat said...

agrhh....x guna tol la pencuri nih...
keta burok bapak ak pon bru jew kner 2 ari lpas...
boleh dia curi besi kt bhgn dpn keta burok bpak ak tuh ak xtw la aper nmer benda tuh...
bgus r information ko thnx dude...

Miecyber said...

Entri yang sangat berguna..thanks...

UMP : Perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos

ayunda maajis said...

owh..pasal curik keter lak ko ajar yer...huhu

lalink7 said...

kitenye road tax motor 11bulan telupa nk renew...semalam baru ingat..nasib xjadi apa2..haihh

ParkAir said...

stering lock tak beli2 lagi adei. makin canggih pencurik zaman sekarang. kalu ilang kira nasib malan je la...

AngahSayang2314 said...

perhhh sampai macam tue sekali yeee.. diorang nie... bahaya nie

Mr.Paktam said...

tip berguna nihhh,tengkiu..senang2 mai le sini pro-niaga.blogspot

Heppi Yippie said...

huhu kete yg hubby sy bgi arini tayar spare hilanggg sb parking jauhh drr umahhh sb ingt sng nk g kerja jiran sbelah asik blok jln huhuhu so tpaksalh parking jauh skittt rrr pahtu india dkt situ ckp pencuri tu smpt gak curi buaah klapa huhuh mg malaunn btulll la bru jer wat balancing n allingmentt smlmm huhuhu

DR NORAINI TALIP said...

Salam. semoga info yang berguna akan membawa barakah dan manfaat kepada kita semua. Terima kasih saudara. Saya memang tengah cari info sebab baru beli RUSH yang terkenal dgn selalu dicuri. Jazakaulloh..

Firdaus Jaffar said...

tapi sekarang ni ramai kawan saya kena curi bateri kereta. senang betul pencuri tu kopak bonet enjin lebih2 lagi kereta saga lama.

Cute Baby & Kids Shoppe said...

Info yg sgt brguna..mmg kne brhati2 sblum tgglkn kete..pencuri berleluasa..sy bru hilang laptop..pengajaran buat sy supaya tdk letak brg brharga dlm kete..utk jaga kete sy nk psg steering lock..

Hatta KBS said...

Kalau namanye pencuri, tetap akan mencuri walaupon dcabut stereng.diorg bwk la stereng mana2 kereta yg diorg nk curi.kite berdoa aje la kita xjadi sasaran pencuri.apa2hal pon langkah keselamatan yg macam dsarankn mmg perlu walaupon keselamatannye cume bgantung nasib..sekian...

Shahrul Iqmar said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

PENTING SILA BACA KALAU ANDA ADA KERETA, SYARIKAT YANG MEMPUNYAI BANYAK KENDERAAN, SUPERBIKE, MOTORSIKAL DAN APA JUA JENIS KENDERAAN BERMOTOR.

TAJUK UTAMA - kes kereta hilang makin banyak tak percaya nie ha link berita kehilangan kereta 2015

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

jadi untuk elakkan perkara ini terjadi pada anda semua tolong la buat seperti arahan berikut kerana maklumat penting dalam gambar dan link yang diberikan jadi nasihat saya ikutlah arahan yang diberikan untuk memudahkan anda yer.

1. klik / lihat gambar. Jika tidak jelas sila save/download dahulu
2. klik pada link yang diberikan

* https://www.katsana.com/
* PART 1 - https://www.youtube.com/watch?v=a2ylQNgA60Y
* PART 2 - https://www.youtube.com/watch?v=3Imi2kXUVzo

ok dah selesaikan jadi cepat la hubungi saya 017 - 484 7241 En Shahrul untuk elakkan anda dan keluarga dari ancaman dan kerugian dimasa akan datang. Bagi syarikat pun sama call cepat jangan tangguh bukan apa mungkin dapat kurangkan kos Operating Expense anda. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati dan setiap saat bermakna.

sekian terima kasih

admin1 said...

kete proton wira adek aku pn baru ja hilang 11/8/2015 depan rumah nibong tebal awal pagi haritu..klu sesape tinggal area brdekatan trnampk wira putih bonet hitam depan skali bumper hitam ada spoiler plate ACH9832 tlong info no owner ni ye 017-5605581 nasa- smpai sekarang takda ap2 info lg...