Friday, January 14, 2011

Cegah kecurian Motorsikal


AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Salam buat pembaca blog kami... Tiap-tiap tahun blog aku ade menasihatkan "tolong jaga Motor korang semua yerr"....Berhati- hati kawan-kawan ku manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk mencurik Motorsikal kita..Kes kecurian motosikal mencatatkan indeks jenayah tertinggi di negeri ini dengan purata sebanyak empat hingga lima kes kecurian berlaku pada setiap hari.

Mari lihat Teknik yang biasa Pencuri Motor ni lakukan
Tujuan kami bukan nak mengajar Mencuri tapi cuma berkongsi antara sesama kita supaya dapat kenal pasti antara punca berlaku kecurian...Ni la kelemahan kita sebagai pengguna biasa, kita tak tahu apa yg pencuri tahu.... dengan maklumat ni, kita boleh la buat sesuatu untuk mempertingkatkan ciri keselamatan Motosikal
______________________________

Lock Tengkok Motor
Yang ni cara yang biasa selalu dilakukan.. harap korang ambil perhatian... Bahagian utama yang paling senang di hijack ...
Kasi Tendang Handle

Kasi Tendang kuat-kuat... Patah lock Tengkok motor ni.... handle bagi lock patah (Ni pun penah kena kat 125z aku dulu.. tapi pencuri tu bodo sepak tak kuat last2 trus sangkut.. selamat)

Guna master key

Cucuk ngan alat master key ni kat lock suis motor..master key.. bagi jem spring2 dalam kunci tu.. (pernah kena kat rumah)

Mangga Lock Security Steel
Biasanya kita percaya dengan mangga yang top security steel tu. Harganya boleh tahan mahal kononnya untuk sekuriti. Bukannya nak mengajar tetapi untuk mengingati kita , mangga kita tu pun bukannya power sangat, boleh dibuka dengan mudah sahaja oleh golongan pro.

Tolonglahh jangan pakai solex RM10.. solex beli kat Giant, ke Tesco ke jenis Cap Ayam ke... yang dapat 3 ketul dalam 1 bungkus RM 15 dan ade gak 10 ketul RM 25 pun ade. anak kunci suma sama.
Guna cutter pemotong besi
Gunakan Cutter Potong Tangkai Solex... Ni cara paling senang paling cepat... Tolong cari solox yang anti cutter punya yerr...

Guna Spanar 10 pecah solex
Membuka Solex pakai spanar 10.... Macam senang aje kopak lock ni kan.. kan kunci kita ada lekuk2.. lekuk2 tu la combination spring kat dalam tuk bagi moto kita on.. diorang cucuk dalam lubang kunci bagi jem.. pakai Spanar 10 atau skrudriver mata rata pun boleh.. pakai batang tajam pun boleh....

Guna Allenkey
Pencuri bukak tayar Pastu Pencuri gunakan allenkey untuk depan buang aje disk brake depan... pasang balik tayar ... tayar dah boleh berpusing tanpa halangan solex

Curah Asid atau liquid nitrogen
Ada orang kata...try tuang asid kat kunci solex tu.. ha..leh reput ke?huhu...ada plak guna liquid nitrogen .. Kalau solex murah.. senang je.. tuang asid.. patah la benda kat dalam tu
Duplicate kunci motorsikal
Kat sini aku nak sangat nasihatkan... Tolong jangan percaya sangat kawan yang tak berapa rapat...ada jenis kawan makan kawan.. pinjam moto.. bawak pergi kedai buat pendua... malam curi dengan mudah je.. selalu kat rumah bujang..

Angkut Pakai Van
Ni yang paling senang angkat aje masuk dalam van... Lahanat punya pencuri dia pakai van plak...
Kalau cara ni tak leh nak buat apalah kalau pencuri tu angkat masuk van.. nak cakap pun susah
________________________________
Tips mencegah kecurian motosikal.

Meh ikuti langkah-langkah pencegahan yang patut diambil elak kecurian
1) Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
2) Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
4) Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
5) Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.

_____________________________

Meh Kita Lihat Video kecurian Motor ni
Pertama

Klik aje
video

Kedua

Klik aje
video
Ketiga

klik aje
video


Keempat

Klik Aje

video

Kelima

Klik aje
video

"Kalau keutamaan masa nak beli moto carilahh moto yang dapat elak dicuri, kena la beli brand moto yang tak popular……..contohnya Suzuki. Kalau beli brand yang diminati oleh pencuri moto seperti Yamaha dan Honda kena la ambil langkah-langkah yang lebih ketat untuk elak dicuri. Langkah-langkah yang diambil seperti kunci tayar, rantai da sebagainya tapi kalau nak hilang tu, hilang la jugak……tgk nasib la (sendiri dah kena). Nak cari balik moto yang hilang tu susah la nak dapat balik melainkan Tawakal boleh jumpa balik……"
Mencegah sebelum berlaku sebarang kemungkinan.. Cegah berlakunya Jenayah curi motor

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

52 comments:

The Sharkox said...

bro, member aku cakap yang spray pakai asid tu paling banyak dorang pakai...

ZWAN SABRI said...

ayoooo, senang giler depa curi..
lepas ni klaw nk beli moto, kena beli yang murah2 and buruk2 jer la..
huhu

Nazz@Purple said...

ish2..memang pro pencuri2 ni..takut nye..

Rozali said...

Assalamualaikum Afzainizam

Masyaallah
mudahnya mereka mengambil hak orang lain

Wassalam

LiFe KaMi said...

bagus betul blog ko ni bro, byk info kami dpt..
pencuri mmg akan lakukan apa saja,jgn kat moto ,rumah pun kena,lebih kurang tu juga,solex kena ptong,mcm umah kami siap grail dia cabut..ayam sungguh..
mmg kita kena ambil lagi extra precaution dan berdoalah semoga dijauhi dr malapetaka..

Mohd Ridhuan said...

tips yang bgus bro..

IMANSHAH said...

beli vespa buruk org curik tak?

E.d.Y said...

aku pernah mimpi motor aku hilang...dah la motor arwah ayah aku..mmg aku cuak giler

ijatnuar87 said...

bro,memang mekasih la sensangat,memang entri ni berguna la untuk ambe,sebab ambe ader moto jek...dah pernah dengar pasal curi2 nih,tapi ni la first time baca btol2 tentang cara2 nak mencuri nih...mekacih,langkah penjagaan akan dipertingkatkan...

Hanisah Safian said...

bahayaaaaaaaaaaaa

DeCrewz said...

Motor Jai 2 bijik dah lesap sampai sekarang x jumpa.. Skrg guna keta.. Takut tu masih ada lagi...haish..

Faisal Admar said...

Parking lhdn, penang dah dua kali hilang motor!

mie said...

wow!!
banyak cara rupanya...

en_me said...

moto 125zr me pown hilangg.. sebelah pondok pak guard lagikk.. uhuhu

Rush IswaraKu said...

Bagus panduan ini,pada para pembaca kena terima ini secara positif sebab kalau tidak,ramai akan gunakan panduan ini untuk mencuba dan makin haru jadinya.Sebagai tambahan panduan kepada keselamatan harta benda anda termasuklah motorsikal ini,cuba anda elakkan diri anda daripada melakukan kesalahan (baca:dosa)dengan manusia atau sesiapa sahaja,jangan ambil harta orang dgn cara tidak sah kerana itu juga adalah punca hilangnya harta milik kita,selain itu bertawakkallah dan usaha,kunci dan sebagainya itu hanyalah ikhtiar sahaja.ingat ya..

iwan_dextrous said...

sng2 je kn dorg nk mencuri..

Mr.IX said...

masa umah bujang dulu moto kawan aku kena curik gak masa solat subuh..kat surau lak.tu...ishk2...

Alid said...

huhuh.
ur welcome =)
anyway, ur seems interesting

nas said...

entri yang terbaik dari kamu...
hehehe...
takot dowh..aku bukan je lock tengkuk..tp aku luck guna rantai dan mangga lagi kat moto aku...mmg masih xsafe..lagi2 org leh angkut gune van..

so kne hati2 la time simpan moto...
ramai orang setan nak cilok moto anda

Sham said...

student aku tahun lepas kena tangkap curi motor...aduyai aku ajar dia servis moto dia pegi rembat moto plak...

hysman said...

moto ayah kwn pon penah ilang kat surau waktu subuh...
moto kwn alhamdulillah tak penah hilang lg..
mintak2 taklah..
tp org yg curik ni mmg pro lg hebat dr engineer yg cipta itu lock..
papepun dorg igtlah balasan kat akhirat nnt..
grr.. geram giler..

Betta sp said...

dasyatnyer....mcm senang je nak curi motor nie. kes curi keta pulak camner?

Eazy Izzuddin said...

uish
takut2...
tu yg takut nk beli moto baru tu...
pakai moto lama je..
thanks 4 da tips..
;)

black cat said...

skejap jew moto leh ilang...
mmg dashat!!
jgn la scoot ak ilang da r nti per ak nk jwb kt sis ak da la dia yg byar duit scoot..mati ak!!da la slalu blek kjew mlm...
thnx bro 4 ur information...

NICK IRFAN said...

selamat aku xde moto? hehe

eddy syrol said...

tumpang lalu...
woo woo woo, mmg tips yg amat berguna..

selamat mengakhiri zaman kecurian. :-)

http://eddysyrol.blogspot.com
http://pena-pujangga.blogspot.com

Lya Colours said...

elok kene panah petir je pencuri2 ni. menyusahkan.

hikhik emo plak

Alan said...

akhir zaman ni memang salu motor kena curi..kalau dah hilang tu memang xkan jumpa baliklah..elok pki beskal je..

Naz said...

salam bro Azly... bagus ko tulis posting nie. bnyk yg aku beljar kat sini. teringat aku kat sorang member aku nie. ada 1 mlm dia layan main game kat ruang tamu. pastu dia keluar nak smoking kejap konon2nya... terkejut beruk dia bila moto rzx dia hilang... padahal moto tu dia letak dlm kawasan car porch. berani sungguh pencurik tu! semoga artikel ni buatkan kita lebih berwaspada..

Zikri Husaini said...

tuh dia...kebanyakkanya motor ex5.. senang nak rembat...

lalink7 said...

kena jual motor la..

jalan kaki je pasni..confirm xde orang nak curi..huuu...

nabilah_2908 said...

bagusnya info ni...even sy xde motor...tp bagus tuk tmbh pengetahuan.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DENDA

Ct Arina said...

ish jahat btol pencurik moto! lepas ni n3 pasal pencurik kete plak. cukup ke just gune lock biase yg dekat kunci tu?

Ahmad Hizwan Ahmad Shukran said...

wahhh..
bnyak t0l teknik2 d0rang nk curi m0tosikal .. cmne kita mangga k l0ck mne pun,even ikat m0to,dorang still b0le curi... ish3..
ap2 pun bnyak2 d0a la spy id0p kita sntiasa slamt dri perbuatan pencurian ni.. =)

fiezah91 said...

byk jgk cara ek.. haih

djemari recycles artikel free said...

hello..singgah sini. salam kenal. i follow u.. u follow me back ya.

http://onlineallarticles.blogspot.com/

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Nampaknya semua langkah keselamatan tambahan yang dilakukan tidak menjamin moto betul2 selamat.

Paling penting kalau insan diberi didikan kerohanian yang sempurna, nescaya tak akan tergamak melakukan kerja curi. Mereka akan punya kesedaran dan keyakinan tentang ujudnya Than dan pembalasanNya.

TQ

ayunda maajis said...

bro..bahaya ni..ko dh ajr step nk curi motor ni..ohoo..ko mastermind kott..hehe..

AngahSayang2314 said...

angah pernah kena hampir2 nak kena rembat moto hubby dulu 2kali nasib baik...

takut lak..angah dah la gi keje naik moto...

||| PöJìé PööH ||| said...

Aiyoo babik la orang yang main curik2 nih..
Sian org yg kne curik tuh..
Semoga Allah balas perbuatan mereka..
Apa² pun thanks for the info, Pojie dah share sama kawan2 POjie :)

PojiePooh; Hanya Satu...

Taufik Silverstar said...

kasi letak bom je biar meletup skali ngn pencurik2 tu. biar satu dunia tbeliak tgk

nazrul nazmie said...

dulu LC wa pn penah nk kne hijack...
mujur letak bnyak2 solek kt moto...
jenuh pncuri tu nk bukak satu2...
last2 kne sergah ngan org

bie love mie said...

ini klo aq tau kaki piang ... jgn harap hidup lah.. buang jer nie... mencuri mmg BANGSAT punya manusia.. org lain bersush payah.. dia senang2 jer..

farul_izraf said...

Motor adik aku 125z baru hilang semalam, baru je pakai 2 bulan..geram sungguh..

bulan baik, sebelum iftar je aku berdoa moga Allah laknat dan timpakan musibah pada pencuri motor tu..

Doa orang berpuasa berkat kan?

buta it said...

motor dh hilang baru ingat tuhan...

letak gps tracker rege dlm rm160 besar sperti kotak mancis.. fungsinye boleh monitor tgok dari internite location gps yg kite letak kt motor k keter ke tempat yg berada sekarang.. info lelong.my search gps tracker..

buta it said...

motor dh hilang baru ingat tuhan...

letak gps tracker rege dlm rm160 besar sperti kotak mancis.. fungsinye boleh monitor tgok dari internite location gps yg kite letak kt motor k keter ke tempat yg berada sekarang.. info lelong.my search gps tracker..

Sang Kambing said...

bila hudud x dilaksanakan.. macamni la jadinya.. huhu... :'(

Mc pjart said...

Saya salah satu mangsa kecurian motor tapi kes sy special sikit motor saya kena curi betul2 dpn mata sebab sy kena samun dengan parang..jadi saya nk ingatkan pada kwn2 yg ada motor ktm duke tu hati2 la..jgn berhenti di trafik light kalau xada kereta jalan terus je..sekarang ni samun xkira tmpat dh..

Mc pjart said...

Lagi satu kalau ada org follow dgn motosikal yg setanding dgn motor anda naik dua org satu motor..hati2 la kalau boleh pergi tempat yg ramai org atau cari balai polis berdekatan..

UNIT PELABURAN, SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN said...

Motor sudah diletak kan denganbwtul lock dipasang depan belakang ..alarm sudah dipasang. Tapi pencuri dapat curi sportrim depan belakang...apa perlu buat lagi?

baihaqi sanun said...

Nak seribu daya, taknak seribu dalih (pencuri),, undang-undang negara Sekarang tak menakutkan sipencuri...

Imran Hafiz said...

la ni samun motor pun byk.mmber bapak aku pnya ank kene dgn machaa.dia dduk trus kat belakang+parang kat tengkok