Saturday, June 26, 2010

Sepetang bersama Taukey ...

"lepaskan tension."
"Boss kita nak kemana ni ye...".
Hari ni nak ceriter lain-lain perkara ajerrr....ade ala-ala novel sikit....Hari ni Taukey Azlie tutup bengkel agak awal... walau pun banyak kerja lagi kerja nak dilakukan.. pastu dia tiba-tiba aje taukey suruh tutup bengkel .... Entah lah kenapalah Cepat nak tutup bengkel..
Rupanya Taukey Azlie ade rancangan nak bawak kita tenangkan fikiran dan lepaskan tension tekanan kerja.. Rupanya Taukey tension sampai tak ade mood agaknya...
Meh kita terjah... Kemana Taukey nak bawa kami
Taukey Azlie bawa gi pantai rupanya.... So ambil angin laut petang-petang, hujung minggu jalan-jalan tepi pantai... angin meniup daun telinga sepoi-sepoi penuh damai... penuh nikmat untuk dirasai.. Sambil merayau-rayau tetiba Taukey Azlie terhenti memerhatikan sesuatu... Dengan kehairanan... sambil menunjuk sesuatu...
Opppsss... ade gak sorang ni pun 2 X 5 gak... Ikut kehairanan.... sama- sama tertanya-tanya..
Rupanya seekor umang-umang berumahkan kulit siput.... binatang kecil penghuni pantai..
Ape lah badigol dia ni smua... makluk anih ini bukan asing di pinggir pantai...
Dah Zoommm gambor binatang ni... "alahai... Sapa lah diri ini menumpang dirumah orang" kata umang-umang
Pastu Taukey Azlie meneruskan perjalanannya kesuatu tempat... Mamat tu sempat plak rembat ambik umang-umang tu masuk botol nak wat balik kut...

Melihat Sunset..
Sebenarnya kita orang datang sini nak melihat matahari terbenam, dan pemandangan waktu senja.... Menikmati panorama indah ...
Hah dah nak sampai dah waktunya sunset... sikit lagi dah nampak senja nan merah mula kelihatan... dari siang bertukar malam ... Senja perantaraan keduanya..
Saat untuk kami nikmati suasana kedamaiannya... Saat yang amat hening dan memukau
Ape pun Taukey Azlie ade cakap... Kita datang sini bukan semata dok sesaja bersantai tapi belajar darinya.. hidup ade pasang surutnya macam ombak di laut.. hidup kita ni kena gak berubah setiap waktu macam siang dan malam, sekali air bah, sekali pantai akan turut berubah... Dan last yang dia cakap, kena nikmati sepenuhnya hari ini,pasal esok kita dah lakukan perkara lain tak akan sama seperti semalamnya... kenalah ikut ketentuan yang Allah bagi, jangan kita cabar takdir... Fuhhh dahsyat rupanya pemikiran Taukey Azlie ni...
Ape pun Alam Ciptaan Allah itu sungguh Indah
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Friday, June 18, 2010

Kembara Mahkota Johor 2010 Edisi Khas

Keberangkatan Kembara Mahkota Johor 2010
KMJ adalah lambang keprihatinan
istana terhadap rakyat jelata.
Kembara Mahkota Johor edisi 2010 bakal menemui kita semua, khususnya rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim yang penuh makmur dan damai ini. Tarikh 26 hingga 28 Jun 2010 telah diperkenan sebagai hari-hari bersejarah KMJ pada kali ini.Menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berkenan mencemar Duli turun ke pelusuk Negeri untuk bersama-sama mendekati hal ehwal rakyat jelata di Negeri Johor Darul Ta'zim ini.
“Selain meninjau pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini, penduduk luar bandar, golongan miskin, anak yatim, orang kurang upaya (OKU), petani, penternak dan nelayan turut diberi perhatian sewajarnya.
“Penjelajahan kali ini sarat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti bantuan perumahan, penjagaan kesihatan, program ekonomi, kebajikan, agama, pendidikan dan riadah,”
Mendekati Rakyat
Melalui Kembara Bersama Keluarga DiRaja
Kembara Mahkota Johor 2010 ini amat bersejarah sekali memandangkan Kembara ini buat kali pertamanya diketuai oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim semenjak dimasyhurkan sebagai Sultan Johor. Sudah pasti seluruh rakyat di negeri Johor amat ternanti-nanti kemunculan DYMM Tuanku dan para rombongannya di setiap lokasi yang akan dikunjunginya.Keterujaan rakyat jelata pada setiap Kembara Mahkota Johor adalah pada kenderaan yang digunakan oleh DYMM Tuanku sepanjang perjalanan kembaranya. Pada tahun ini, KMJ mencatat keunikan tersendiri apabila DYMM Tuanku telah memilih lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai pemacu utama perjalanan.
Ini adalah KMJ pertama DYMM Tuanku akan menggunakan Lokomotif setelah edisi-edisi sebelum ini menampilkan pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kenderaan 4x4 dan bot.Bermula dari Stesyen JB Sentral di Johor Bahru, rombongan KMJ akan menjelajah Negeri merentasi semua stesyen KTMB yang terdapat di Johor dan ke Stesyen Gemas Negeri Sembilan untuk membuat "turning" sebelum berpatah balik ke Selatan.Stesen Gemas ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya lokasi Kembara Mahkota Johor yang berada di luar tanah jajahan Johor Darul Ta'zim. Pemergian ke stesen ini dibuat memandangkan di stesen ini terdapat kemudahan untuk membuat "Turning" koc dan kepala keretapi.Sebagai Sultan yang terkenal dengan sifat kreatif dan sukakan cabaran, DYMM Sultan Ibrahim akan mempamerkan kebolehan dan kemampuan memandu sendiri lokomotif KTMB ini dan dijangkakan upacara penyerahan lesen memandu lokomotif kepada Tuanku akan diadakan di Stesen Segamat pada hari ketiga Kembara selepas DYMM Tuanku melakukan "Turning" di Gemas. Kepala lokomotif akan diletekkan di atas 1 Turn Table ini dan DYMM Tuanku akan menolak (memusing) kepala lokomotif ini secara bersendirian! bayangkan betapa gagahnya DYMM Tuanku .
HARI PERTAMA BANGUNAN JB SENTRAL (JOHOR BAHRU) – KAMPUNG PERTANIAN (KULAIJAYA) – DEWAN RENGGAM (KLUANG) –JALAN STATION & DATARAN PERSIARAN DATO’ ISMAIL HASSAN (KLUANG) – KEM MAHKOTA (KLUANG) - BERMALAM DI KLUANG
HARI KEDUA STESYEN KTMB KLUANG – KAMPUNG MELAYU CHAMEK (KLUANG) – KAMPUNG PAYA MERAH, LABIS (SEGAMAT) – PEKAN TENANG STESYEN (SEGAMAT) – DATARAN SEGAMAT(SEGAMAT) – KEDIAMAN RASMI PEGAWAI DAERAH SEGAMAT- DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG JAWA (SEGAMAT) - BERMALAM DI SEGAMAT
HARI KETIGA STESYEN KTMB SEGAMAT – STESYEN KTMB GEMAS – DEWAN SERBAGUNA BEKOK (SEGAMAT) – PEKAN LAYANG-LAYANG (KLUANG) – DANGA CITY MALL / BANGUNAN JB SENTRAL ( JOHOR BAHRU)

Tempat bermalam Rombongan Kembara Mahkota Johor... Semuanya akan tidur di sini

Galeri Kembara Mahkota Johor Terdahulu

Pada Tahun sebelumnya acara Kembara Mahkota Johor ini menggunakan Motosikal Berkuasa besar keserata pelusuk negeri, Menggunakan Bot untuk laluan laut dan Kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pendalaman.Pendekatan baginda yang melupakan soal protokol apabila berdampingan dengan rakyat pelbagai kaum amat disenangi penduduk negeri

Motosikal jenis Harley Devidson
Kembara Mahkota Johor
Seringkali penjelajahan KMJ ini menggunakan motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson yang dicat warna kuning berbelang hitam seperti seekor harimau. Ia memang dipanggil motor harimau..

Kemesraan Sultan Johor bersama rakyat
Seperti yang anda semua tahu... Sultan Johor adalah seorang yg amat mesra rakyat... sebagai seorang rakyat Johor, saya berbangga mempunyai raja berjiwa rakyat dan mendoakan agar Kembara kali ini dilimpahi keselamatan dan kejayaan yang terbaik. Amiin.
Daulat Tuanku!

Geleri Video..Imbas Kembali.. Klick sahaja
Videos :Majalah 3 - Kembara Mahkota Johor 2008
video

Videos :The 10th edition of the
'Kembara Mahkota Johor 2008"
video

Videos :Kembara Mahkota Johor Jelajah Pulau 2007
video

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Yamaha Ego dan Yamaha Nouvo

Kali ni nak ceritakan sikit pasal yamaha ego yang aku miliki sekarang... asal colour motor ego ni warna merah.. aku dah tukar colour dan touch sikit-sikit sehingga lah seperti yang ade sekarang... dari warna asal merah kepada biru tua hinggalah biru Johorean... Antara koleksi peribadi motor aku.... tugas dia cuma bawak aku gi pasar beli barang dapur dan bawak aku pusing-pusing santai... Standart je moto scuter ni... tak ade usik ape-ape ... pasal skuter amat sensetif klu melakukan modifikasi enjin terhadap nya... jangan ambil risiko.....Yamaha ego ni pun aku cat warna biru agak tua skit berline merah kat coverset tepi ... cat yang aku pilih adalah Biru Diamond 5 colour effect... Antara koleksi peribadi motor kesayangan ku.... kira ego ni untuk keperluan harian aje...Standert ajerr tak mau buat bukan -bukan pasal nak biarkan dalam bentuk sedia ade aje... Yang ni Line tepi coverset tu yang aku cat berbelang warna merah dan biru.... kira warna ala-ala bendera johorean lah.... Memang pada mulanya rasa nak buat air brush tapi buat simple-simple standert aje tak mau buat air brush nanti wanted plak ...
Cuba lihat ye bebetul ye... memanik bling-bling tu ade lima jenis colour.. klu di lihat dibawah sinaran matahari nampak lah perbezaan warnanya...bersinar-sinar.. mengelip-ngelip lah..... dari coverset biru diamond hinggalah warna sport rem tu semua bubuh 5 diamond colour effect...
First sekali....Scuter mempunyai enjin kecil berkuasa diantara 50cc hingga 150cc..tetapi sekarang skuter pun boleh pecut diantara 250cc hingga 900cc.. enjin skuter terletak dibahagian bawah tengah tempat duduk dengan enjin satu selinder dan kebanyakkannya menggunakan transmisi automatik CVT... senang nak bawak tinggal pulas minyak je.. terus jalan

Selalu ego/ego-S kuar kedai nieh 140 senang-senang jer kot... hahaha... Sebenarnya mmg aku akui lah meter ego ni ringan...brand yamaha smua merapu meter die..tp beza nouvo s (120km) ego s (130km) tapi aku dah test sprint motor aku kat higway ..ego standard & nouvo s standard... Ade saingan ego dengan nouvo.. Say ba-bay to nouvo s kene tinggal skit kat belakang kira cucok angin le..mane taknye engine same tapi body kecik dan besar je beza..konpem yang kecik menang coz ringan..

Antara ego lama dgn ego baru aper beza yg ketara? ego dgn nouvo?

Paling ketara petrol tank dia. Ego lama ciput jer. RM6 dah penuh. Ego baru >RM10. Head lamp beza. Baru macam Nuovo cikit, yang lama lagi kiut..motor ego dan nouvo lebih kurang jer sebab barang part boleh tukar-tukar lak tuh...
Dari segi maintenance ego dengan nouvo... (enjin keduanya sama cuma berbeza carburator : ego - keihin, nouvo - mikuni) untuk enjin sama jer ketahanan lasaknye... tapi ego kene jaga airbox (airfilter) sebab carb dia agak kurang berkualiti... majoriti problem yg ade pada ego adalah carb dia... selalu semput dan kene tukar diafrem.. kadang tu dah tukar diafrem ori pon jadik semula semput dalam masa sebulan...head plak slalu bocor valve (termasuk nouvo)... tapi bergantung pd penggunaan la.. penyelesaian kalau berlaku masalah nieh :-carb ego slalu wat hal diafrem. tukar pakai carb nouvo,setting minyak sama cuma kene ejas tapak cable throttle skit..valve bocor... guna valve original ataupon dari jenama TAA.. setakat nie aku pakai TAA jer sbb lagi keras dari original...
maintenance jaga minyak itam sama gearbox.. lagi satu kalau nak sumbat rim besar jangan godek airbox suke-suka pasal carbnyer mudah kene penyakit sempot... seeloknyer cari sesape yg dah tau penyakit nyer sebelum godek itu airbox kalau nak sumbat rim besor...minyak itam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ngan enjin ego)*enjin ego/nouvo cepat panas pada bahagian head.. so elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey...

Mari lihat Motor Yamaha Ego

Meh lihat Motor Yamaha Nouvo
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..