Tuesday, April 27, 2010

Volkswagen, Evolusi Kereta & Perlumbaan

History Evolusi, Perlumbaan & Volkswagen...
Umumnya, Henry Ford dianggap sebagai orang pertama di dunia yang membuat kereta secara komersil iaitu sejak 1903, namun anggapan sebenarnya salah. Pada tahun 1902, Ransom Eli Olds sudah mengeluarkan model Curved Dash Runabout sebanyak 2,500 unit setahun! Malah seawal tahun 1886, Carl Benz mula mengeluarkan kereta yang dipanggil Motorwagen untuk kegunaan orang awam. Model Ford T Runabout dikilang secara besar-besaran hanya pada tahun 1909.
Evolusi Pembuatan kereta
Perlumbaan kereta Pertama
Acara lumba kereta Paris-Rouen anjuran akhbar Petit Journal pada 22 Julai 1894 itu umumnya dianggap sebagai kali pertama berlangsungnya sukan lumba kereta, Acara lumba kereta yang asalnya permainan golongan bangsawan yang bosan itu bertukar pula menjadi perlumbaan serius di kalangan pereka-cipta kereta seperti Carl Benz, Gottlieb Daimler, Wilhelm Maybach, Peugot, Panhard, Emile Levassor, Henry Royce (RR), Renault, Hotchkiss dan Mors. Kemudian muncul pula pereka-cipta seperti Ettore Bugatti, Francis dan Freeland Stanley (Stanley Steamers), Herbert Dawley, Dante Giacosa (Fiat), John Carden, Ferdinand Porsche (Mercedes & Porsche), Andre Citroen, Carl Breer (Chrysler), Walter Owen Bentley (Bentley) dan lain-lain.
Kalau korang nak tau, semua jenis kenderaan berjentera yang dicipta orang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu, misalnya kenderaan berkuasa petrol, wap, pendulum, levers dan compressed air. peserta dikehendaki menuang petrol atau memasukan arang sendiri dalam boiler enjinnya.
Dalam acara berkenaan, kereta Peugot yang dipandu oleh Lemaitre dan kereta Panhard-Levassor yang dipandu oleh Levassor berkongsi hadiah pertama bernilai 5,000 francs. De Dion pula diberi tempat kedua dengan hadiah 2,000 francsSebenarnya dalam perlubaan itu yang merangkumi 126km. Orang pertama sampai di garisan tamat itu ialah pelumba adalah Count de Dion. Kenderaan yang dinaikinya ialah traktor berstim. Malangnya para hakim berpendapat kenderaanyang dinaiki oleh peserta itu tidaklah begitu praktikal untuk digunakan di jalanraya.
Tahun depannya plak 1895
2nd perlumbaan diadakan sekali lagi Perlumbaan itu bermula di bandar Paris dan berakhir di bandar Bordeaux. Ia dimenangi oleh pelumba bernama Emile Levassor. Beliau menaiki kereta jenama Panhard - Levassor 2 silinder yang mempunyai brek kuasa kuda 4 bhp. . Kalau korang nak tau tayar ciptaan andre Michelin (jenama Michelin yg ade skrg ni) digunakan. Keretanya telah dipasang dengan tayar pneumatik. Kereta-kereta lain pada ketika itu dipasang tayar besi atau tayar getah pepejal sahaja. Ini ialah satu inovasi yang memeranjatkan semua.
Grand Prix Pertama 1906
Pada tahun 1906, Perancis telah menganjurkan Grand Prix yang pertama di dunia berdekatan dengan
Le Mans. Acara Grand Prix ini telah menyaksikan 32 buah kereta lumba mengambil bahagian di laluan
sepanjang 64 batu. Lumba kereta 12 pusingan ini telah diadakan selama 2 hari. Pemenangnya ialah
seorang rakyat Hungary bernama Ferenc Szisz yang memandu kereta Renault 90 kuasa kuda.


Seterusnya hingga sekarang Perlumbaan Fomular 1 dikaitkan sebagai satu evolusi pembuatan dan penciptaan kereta terkini.. Hebatkan....Era antara dua perang dunia tidak memberi banyak peluang kepada pembuat kereta untuk mencipta kereta model baru, kerana perusahan mereka kebanyakannya diubah-suai untuk dijadikan kilang mengeluarkan kenderaan perang seperti kereta kebal, kereta perisai, lori pengangkut meriam, motorsikal tentera, kapalterbang dan sebagainya. Malah diktator seperti Adolf Hitler dan Benito Mussolini mengambil kesempatan ke atas sukan lumba kereta sebagai alat propaganda mereka sahaja.
Rekaan Kereta oleh Adolf Hitler
Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.
Sejarah VW
PEMILIK kenderaan Volkswagen 'Beetle' mungkin boleh berbangga kenderaan mereka asalnya dicipta Ferdinand Porsche, orang sama yang menghasilkan kereta mewah berprestasi tinggi terhebat di dunia, Porsche.Kewujudan Beetle atau nama sebenarnya, Volkswagen Type 1 adalah kereta ekonomi yang dihasilkan pengeluar kereta Jerman, Volkswagen dari tahun 1938 sehingga 2003.Selain Type 1, ia turut dikenali dengan nama 1200, 1300 atau 1500 di Eropah, merujuk kepada saiz enjinnya dalam sentimeter padu..
Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand bagi cadangan model 'Kereta Rakyat', sebuah kereta asas yang mampu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j).
Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin
Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.
Tahukah Korang? Misteri Logo Volkswagen..
Yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W. Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetap ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas Kelihatan...
( Klik Video dibawah ni, Sorry jangan jadikan kontraversi plak )
video
Ketika Perang Dunia Kedua melanda, tiga model kenderaan prototaip terbabit hilang manakala yang terakhir ditemui pada tahun 1945 sebelum serangan bom di Stuttgart, Jerman yang melenyapkan sama sekali model asal 'kereta rakyat' berkenaan.Kejatuhan Hitler dan empayar Nazi menyebabkan Volkswagen terus tenggelam bersama pengasasnya sehinggalah pada tahun 1967 apabila kereta itu dilahirkan semula.Selepas 1967, barulah Volkswagen menggunakan nama 'Beetle' and 'Bug' secara rasmi dan diterima ramai dalam masa yang singkat di Amerika Syarikat dan dunia.Volkswagen Beetle melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967 walaupun kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal tetapi sistem aliran kuasanya dipertingkatkan.
DAHULU kereta Volkswagen Beetle atau kereta kodok menjadi satu kelegaan masyarakat dunia yang mahukan kenderaan murah dan berkonsep rakyat.Terkenal dengan keunikan reka bentuknya yang memukau setiap mata memandang, Volkswagen mendapat perhatian masyarakat tempatan sehingga ada sanggup 'membelanya' walaupun menjangkau usia lebih setengah abad. Selain sistem penyejukan tidak dijana dengan bantuan air, enjin Volkswagen Beetle unik sehingga diberi jolokan kereta katak, kura-kura, kumbang atau Herbie.
Begitulah permulaan kereta yang kita lihat di jalan-jalan raya sekarang. Ia bermula sebagai inovasi mekanikal yang dianggap 'kejayaan manusia paling penting sejak selepas mereka menjinakkan kuda.' Sekarang ia tidak hanya menjadi kenderaan penting bagi manusia, tetapi juga sebagai simbol dan status kejayaan pemandunya

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Friday, April 23, 2010

Jamming vol. 8



Jamming Vol. 8
Dah lama tak citer pasal jamming ni .. Masuk Volume ke 8 ni.. Tapi yang ni, sambungan citer jamming yang lepas .. Kita orang muda bersama orang lama bergandingan jamming... Berkumpul bersama bukan sekadar berhibur... Tapi mengiratkan antara yang baru dan yang lama...



Jom sama-sama layan beb....

video

Tak susah pun... Pasal semua lagu evergreen ...


video

yang pastinya zaman-zaman rock kapak punya...


video

Rock Sepanjang Zaman... Malar Segar beb...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Wednesday, April 21, 2010

Bengkel cat kereta - Al kisah di sebuah bengkel usang...

"Kembali menjelma ... Tunjukkan Aku Jalan Pulang.."
Ceritanya sejak dua menjak ni .... kami memang selalu pulang larut malam.... Oleh kerana banyak kerja -kerja kami mendesak kami pulang lambat sikit.... Tapi selewat-lewarnya pun dalam pukul 11.00 malam dah balik dah.. Esok nak pakai tenaga lagi kan.... Insya Allah ni mungkin projek last lah bulan ni perlu disiapkan mengikut perancangan .... Mungkin bulan depan punya kena plan semula cari custumer balik... ye lah adakalanya kat bengkel ni banyak kereta yang masuk dan adekalanya kurang.... Ape pun Alhamdulillah rezeki kita tak leh merungutkan... kena bersyukur ape yang dikurniakan...

Mari terjah ape yang berlaku kat bengkel aku ni ye...

Projek yang ni ade Cutemer mintak tolong cat coverset Motorsikal dia... Tu lah satu-satunya motor yang dia ade... Susah gak owner tu nak bergerak kalau lambat siap...
Gosok Cover set motor sorang-sorang ... Dah siap tu basuh bia kering .. pastu baru boleh cat..
Dah togel dah motosikal tu dikerjakan....Projek yang ni plak kena siapkan kereta custemer nak cat balik.... Kerja -kerja tersebut pun dalam proses gosok.. yang ni buat perlahan-lahan aje...
Projek Taukey Azlie ni cat kereta ni..... esok dah nak keluar .... tu yang taukey sibuk nampaknya... Dah siap cat tinggal nak tunggu kering aje.... Projek ni banyak sikit kerenahnya.... nak buat enjin dan ade yang nak touch up bahagian depan kereta tu....
Kena ade kerja sama nak pasang barang .... Yang ni masa dah siap repair .... Tak sempat siap malam ni kena sambung esok aje lah...
Alkisah ceriternya masih lagi belum habis.... Kali ni kami nak kenalkan pekerja yang berdedikasi bulan ini... meh interframe skit.... terjah lebih dekat lagi... Sesekali nampak dia gosok kereta.... nampak kusyuk sekali
Pastu ade plak hajat nak repair enjin kereta ni... ade hati kunon..
Pastu dia beralih kerja repair motor plak...
Hah ni lah jadinya kalau tak pandai buat- tapi buat-buat pandai... nasib ko lah labu

Last sekali pindah balik nak cat pulak.... issssshhhh serba tak kenalah mamat ni...

Yang tak sedap di pandang dan didengar....

ade plak yang merungut....

Sudah sudah lah tu nak buat onar kat bengkel kami..... kami ni datang nak kerja.... kalau nak tolong selesaikan masalah tu tak pe.... tapi jangan ko datang pulak banyak masalah nya nanti...

Begini lah kehidupan kami hari ni.. Esok masih ade... jom bersiap-siap kami mahu pulang ke rumah... Esok nak datang lagi sambung kerja... Yang rasanya tak ade kesudahan...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Tuesday, April 20, 2010

Bengkel cat kereta - Persoalan Karat Pada Lantai Kenderaan



Pertanyaan dari Saudara Ramdan Halid
Dihantar kepada kami melalui e-mail

"Salam brader, tersinggah kat brader nyer site, jadi nak tanya sikit. kereta saya mitsu grandis (import uk) ada masalah karat kat bahagian bawah.... workshop brader ada cara penyelesaian tak utk masalah ni....TQ "

Jawapan Kami

Terima kasih kerana bertanya Sorry agak lambat kami jawab soalan sedikit coz kami tak perasan dengan e-mail yang dihantarkan tersebut.......Berkenaan karat pada kereta.. serba sedikit kami selitkan kat sini...

Jika karat Tersebut kecil.....
Boleh tampal lubang karat dengan campuran simen .. Tapi kena kikis dulu karat tersebut baru boleh tampal dengan simen... Cara ini juga boleh digunakan pada lantai kereta melibatkan karat yang kecil...

Jika tampalan Fiber Glass .... Tampalan menggunakan fiber glass pada bahagian karat berlubang.. Jika bocor karat tidak terlalu kritikal jalan yang lebih mudah dan safe kos adalah dengan cara tampal fiber glass ..Bahan bahan pembuatan fiberglass seperti Katalis (MEKP Liquid Catalyst), Wax ( mold Release) dan Resin boleh menghalang resapan air pada permukaan lantai tersebut....
Jika masalah lubang karat itu serius....
Penggantian bahagian yang reput berlubang. Potong dan tampal plate kemudian welding bagi menutup kebocoran tersebut... Cuma kena pastikan Welding balik plate dengan sambungan yang sempurna..sebarang kesilapan menyebabkan banyak masalah yang berbangkit kelak.... karat dah berlubang perlu rawatan segera Bahagian sambungan pada lantai....
Plate lantai yang sudah siap proses sambungan welding
Anti rust / underseal.....
Selepas itu perlulah melakukan anti rust & under seal dilakukan . Anti rust atas dan bawah lantai ...Sapu dengan Dunlop S910/S undersealant . Jangan cairkan - sapu tebal-tebal. Hasilnya - sangat baik menghalang berulangnya karat pada bawah lantai kereta...Anti rust yang di tembak dibawah kereta...
Yang ni anti rust yang di sapu di bahagian atas lantai..
Jadi anda sebagai Pengguna yang bijak fikirkanlah mana kaedah yang sesuai dan praktikal...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..