Friday, November 12, 2010

DIY Tip Pasang Sticker Costum Design Sendiri

STICKERS COSTUM GRAPHIC DESIGN
Sudah menjadi trend baru pasang sticker kat body kereta ... Banyak juga kedai kedai perkidmatan membuat stiker costum dah ade sekarang ni kat mana-mana dah...tak kira lah macam mana korang nak rekabentuk design pun diorang boleh buat... Cuma korang kena pastikan Pelekat kertas yang dipasang tu berkualiti tinggi . tidak mudah tanggal dan tahan lama. Pasang sticker jangan telampau banyak nanti nampak semak..

Meh tengok gambar kat bawah ni
Mungkin tuan penya kereta ni jenis suka make up kereta sebab banyak sticker kat kereta..






Tip-tip buat Sticker Design Sendiri
Apa pun kalau korang nak buat sendiri tu boleh .. Secara basicnya koang perlu ada beberapa alatan penting macam kat bawah niMasking tape, untuk memudahkan kerja kita untuk melekatkan sticker kita .
Retractable blade knife , seeloknya pisau yang betul2 tajam, , boleh la beli pisau yang khas untuk potong sticker, aku guna pisau yg RM 2.00 ja..
Air release tool bentuk dia ala-ala pen cuma mata pen dia tu berbentuk jarum.. gunanya untuk di cucuk kat sticker yang ada gelembung udara yang terperangkap didalamnya.. Kalau tak ade korang gunakan aje jarum peniti..
Felt edge squeegee Gunanya untuk merata kan bahagian sticker yang kita tampal...
Cutting board, sebagai pelapik ketika kita memotong sticker, boleh digantikan dengan tikar getah, majalah atau plastic tebal sekiranya kita dah tak guna benda tu. Harganya tak mahal, saiz A4 tak sampai RM8.

Tape measure Untuk buat ukur sticker dan body kereta
Water bottle spray dalam botol spray tu korang isi air sabun buat spray body kereta
Heat gun digunakan untuk memudahkan sticker dapat di lentur dan di bentuk mengikut permukaan body kereta yang berlekuk atau tidak rata.. kalau tak ada tak ada korang boleh hair drayer rambut tu... ada sesetengah pakar pemasangan stiker diorang guna quick trigger torch gas tapi kena hati hati sikit bila mengunakannya
Dapatkan design/corak yang ingin kita jadikan sticker. Terpulang sama ada dalam bentuk printable, potostet atau pun lukisan pada kertas putih yang besar.Lekatkan design tersebut di atas sticker kita Lepas tu, potong stiker tersebut.. pastikan pisau berada dalam keadaan betul2 tajam.Mulakan potongan di bahagian bucu terlebih dahulu. Pastikan potongan yang dibuat betul2 mengenai hujung setiap bucu, sekiranya ada bucu yang tidak dipotong dengan betul, hasilnya nanti pasti mengecewakan. Pastikan juga pressure/tekanan ketika memotong tidak terlalu kuat sehingga mata pisau mencecah ke cutting board, cukup la sekadar sticker tu terpotong. Sila berhati-hati ketika memotong.
Tip-tip tampal lekap sticker sendiri
Sebenarnya tak la susah sangat nak tampal lekatkan sticker sendiri ni, asal kena cara dia, Insya-Allah senang..
kat sini secara ringkasnya saya terangkan macam kat bawah ni
Ukur body kereta dulu... pastu dapatkan ukuran pada sticker pula... Potong stiker ikut kesesuaian... Pastu bersihkan permukaan body kereta yang nak ditampal sticker dari kekotoran minyak , pasir halus atau debu.. Spray dengan air sabun biarkan.. Tampal sticker line atas dulu...
Selepas line atas tu siap... Spray air sabun sekali lagi dengan air sabun pada permukaan body.. biarkan tampal pula Sticker tulisan pada bahagian bawah pula...Ratakan Sticker dengan felt edge squeegee untuk buang gelembung udara... hati hati ketika meratakan sticker tu... kalau boleh felt edge squeegee dilapikkan dengan kain untuk elakkan sticker kocak atau calar... siap dahhhh....
Tip-tip Tampal Sticker Costum Kereta
Ukur Sticker dengan body kereta untuk menentukan kedudukan yang sesuai semasa membuat tampalan sticker pada body kereta tersebut. Betulkan kedudukan sesuai pastu Tampal sticker guna masking tape .
Pastikan tanda kedudukan pada sticker dan Buat tanda pada body kereta..

Bersihkan kawasan yang hendak d tampal ngan sticker dari habuk ,minyak dan debu pasir..Sembur air sabun pada body kereta dan sticker kereta.. Tampal sticker tersebut pada body kereta.. Gunakan felt edge squeegee untuk meratakan Sticker dari gelembung udara..
Tarik perlahan lahan lapisan kertas sticker tersebut .. Semasa Tarik perlahan lahan sebelah tangan lagi rata-rata kan sticker dengan felt edge squeegee... tarik sedikit demi sedikit... Dah siap pasang sticker hitam tu Tampal pula lapisan sticker stripe silver plak ... Caranya sama juga macam sebelum nya ( tampal sticker hitam)
Dah siap dah tulisan sticker tepi pintu tu tampal sticker bahagian belakang plak.. buat lah berhati hati dan penuh kesabaran hinggalah selesai....
Beberapa benda yang saya nak cakap masa tampalan sticker ni ade masalah akan berlaku seperti gelembung udara terperangkap didalam sticker ini kerana semasa tampalan dan mengosok dan meratakan sticker tidak di lakukan dengan betul...
Jika mengunakan felt edge squeegee perlulah mengerakkan ke kiri dan ke kanan bagi memudahkan mengeluarkan air buble yang terperangkap... Cuma masalah ini apa bila permukaan sticker itu terlampau lebar dan besar .. ianya menyukarkan udara terperangkap keluar...

Masalah air buble ni boleh diatasi dengan cucuk Air buble dengan hujung pisau utk keluarkan gelembung udara di dalamnya.. Atau gunakan air release tool cucuk pada kawasan air buble buang gelembung udara ..
Penggunaan Heat gun bagi memudahkan sticker dapat di lentur dan di bentuk mengikut permukaan body kereta yang berlekuk atau tidak rata.. Kalau korang tak ade benda ni boleh gunakan hair dryer tapi kena adjust lah suhu dia jangan terlampau panas sangat nanti sticker jadi menggerutu plak....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

21 comments:

ahmad jo said...

lepas ni sticker kat kete konpem jd trend.. hehe.. nk buat jugaklah!

::FAIZ FARISH:: said...

saya pun suka letak... tapi tak suka yang semak2.... suka simple

pawaka19 said...

kalau selalu main game need for speed ..byk design ada boleh tiru..tp mmg smart dan detail tips afzainizam..nice work

fik-autoz said...

wah nice info bro..tgk mcm senang,tp rumit gak keja mcmni..

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

salam
sori bro lama xsinggah sini.agak bz sejak masuk akademi.lg2 kt sana xde internet.huhu

entry kali ni pun menarik jugak..lagipun skg ni kl kite duk perati byk kete yg pasang stiker smada yg nmpak mengarut @ smart

mudah2an ilmu yg ada dalam blog ni blh dikongsi dan dipraktikkan.

gud job bro

NICK IRFAN said...

perghh bila aku tgk blog ko ni tetiba teringin nk ada kereta sndiri.. nnt leh aku tempah kt ko? hehe

jejaka anggun said...

baru jer tgk citer 2 fast 2 furious arituh...

best. cantek.

Alan said...

minat gak tapi rasa sayang pulak nak tampal pada cat baru hehee

nas said...

teringin nak tampal stiker kat kete bapak aku tp nanti kne sound ngan dia plak
hahhaha..
aku ske stiker yg ganas2 sket
yg lebih abstrak..
xnak la mcm doremon tu :P

Lagu 90an best lagi lahh!!

en_me said...

chantekk tewww..

Faarihin said...

wah.. lepas ni mesti ada aje pertandingan kete tercantik.. huhuhu...

E.d.Y said...

aku lebih suka kete kosong je...xsuka tampal sticker ni

Eazy Izzuddin said...

nice!
trend skang kot nak sticker2...
nak cube 1
;)

Faisal Admar said...

gambar anak ke tu bro :)

comel said...

heheh
aku pernah kerja kat kedai sticker dulu
tapi sekejap je dalam satu bulan...
leceh,tu je aku nak cakap tentang buat sticker...lagi2 orang yang wet hand..
huh!memang masalah nak buat sticker.

Mohd Azrin said...

Menarik! siap dengan turutan gambar. Dapat idea macamana pasang sticker kerana tidak ada pengalaman

Nazz@Purple said...

teringin nak letak sticker hello kitty kat keta ..huhu

Lara D'yuni said...

nice info....
nak boh gak la kat kete

ferry said...

best info ni..mahal tak harga fiber tu?

Vicky Mathy said...

Kedai area mane

melo zera said...

Kedai kt mne ye...klau nk pasang cf kt side mirror boleh?...pm price