Wednesday, August 25, 2010

Kibarlah Jalur Gemilang Bendera Malaysia

Salam Kemerdekaan... kibarlah Jalur Gemilang... kita anak merdeka..
Biasanya sebagai rakyat Malaysia sememangnya kita tahu setiap tahun, setiap bulan Ogos pasti Kempen Kibar Jalur Gemilang akan diadakan diseluruh Malaysia bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia.

Kita akan dapat lihat rata-rata penduduk di Malaysia ini akan mengibarkan jalur gemilang tidak kira dimana jua mereka berada. Sama ada mereka akan kibarkan jalur gemilang dirumah mahupun dikenderaan mereka. Matlamat mereka semua mengibarkan jalur gemilang adalah sama iaitu ingin menunjukkan semangat kemerdekaan dan memeriahkan sambutan kemerdekaan setiap tahun. Paling penting ‘kibarkan’ juga Jalur Gemilang di hati dan sanubari masing-masing agar kita sentiasa bersemangat untuk melakukan kebaikan dan jasa kepada negara.

Ikut kreativiti memasing. Macam biasa, setiap tahun aku letakkan bendera pade kereta aku walaupun di jalan tadi aku rase hanya aku satu - satunye orang yang letakkan Jalur Gemilang pada kereta, bukan nak riak, tapi kenyataanye bendera yang tak sampai 5 hengget tu tak mampu dibeli oleh semua orang termasuk la jutawan dan hartawan Malaysia. Nampak sangat orang Malaysia ni hadap mende free. Kalo tak sempatpun at least ada pada kita semua suatu perasaan, kesediaan dan kesanggupan kita sebagai warganegara Malaysia untuk menyayangi dan mencintai negara tempat tumpah darah kita yang tiada dua dan tiga.

Meh Kita lihat mereka-mereka yang ada semangat Patriotik ni..
Jalur Gemilang Pada Kereta

Dalam Kereta Pun ada
Pada Motosikal Pun Diorang Kibarkan
Kat Basikal Pun Mereka kibarkan juga
Jom kita mula kibarkan Jalur Gemilang..sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 yang akan tiba nanti... Lagi elok kalau korang dapat kibarkan juga di rumah-rumah dan kenderaan korang....bukti kesetiaan anda kepada negara anda...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart

27 comments:

Faisal Admar said...

selamat menyambut merdeka bro :) hehe dah cat keta sendiri dengan lukisan bendera?

Lya Colours said...

merdeka !!!!!!!!!!!!!!!

E.d.Y said...

xbeli lg bendera malaysia

Nazz@Purple said...

Salam Merdeka..hargai lah kemerdekaan negara kita..

Alan said...

semangat merdeka hehehe

DaNieL HafIz said...

heheh kat keta da kat moto da kat basikal pon da abis kat blog xde ke nak suh dieowang pembace letak hehehehe ape2 pon salam kemerdekaan bro. merdeka-merdeka jugak puase jangan tinggal hehehe

salam kunjungan
dunker-season.blogspot.com

pawaka19 said...

pergh kete waja byk tol bendera dia..takut dia acsiden lak nanti..aku nak cari bendera taruk kat motor lak..

"Kempen 1 Blog 1 Bendera - Nostalgiaku Merdeka Malaysia Ketika Itu"

comel said...

kibarkanlah jalur gemilang

bukan sekadar kibarkan sahaja
bawa bendera tu sebagai satu tanda negara kita merdeka

janagn plk bawak dgn moto bendera besar2
than wilie pacak baik punye!

zsidentity said...

Selamat hari kebangsaan..! salam Ramdahan juga... Soory lama tak ziarah blog...

SANDRA AZWAN said...

letak kat blog pun kire ok la ek..hehehe

merdeka...merdeka...merdeka

en_me said...

muger2 negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa.. aminn

Faisal Admar said...

bro sedekah bendera 1 :)
baru teringat tak tulis entry pasal merdeka lg!

e5 said...

semangat merdeka dah agak kureng kat tempat aku..premis kerajaan jer penuh ngan bendera..premis persendirian haram...kereta2 pun dah tak banyak buh bendera..boleh kata atas jalan 5% jer yang berbendera...

merdeka!!!

Mr.Z said...

memang bersemangat mereka semua tu..
btw selamat menyambut hari kemerdekaan bro!

ayunda maajis said...

mn gambar kereta ko ngn bendera? aish..mn aci tunjuk gambar kereta org lain ajer

Faisal Admar said...

haha stuju2.. :)

nas said...

wah..begitu patriotiknyer mereka..tapi kat sini langsung tak nampak bendera berkidar..
ape kes nie????
harap2 pasnie ramai yang kibarkan bendera..:)


jom bace entri terbaru nas klik:

lagu alejandro berbahaya!

apik pehe said...

uhuhu..aku suke tengok gelagat diorang..tapi x suke yang congek2..hehe..

pasal fork SRl tu xper jer..aku da try cari kedai kt kuantan ni..ader, dia cakap orinyer rm185..tapi xtau la ori cmner..

E.d.Y said...

ok sat lg nak beli bendera...hehe

hans said...

tahun nih kurang meriah dari segi mengibarkan bendera
mungkin masing2 lebih tumpukan pada nak raya agaknya

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

Mat Kriss said...

selamat hari kebangsaan dari Kriss Auto untuk warga kerja FSA dan seluruh rakyat Malaysia ;)

Che Armster said...

adeh gue merdeka kat ofis je kot.. aiyak

embun d tengah malam said...

belum beli lagi ni bendera..hehehhe

kena beli gak ni...

terima kasih mengingatkan...heheheh

Kimie Hashim said...

jom ramai-ramai kibar bendera!

Faarihin said...

Selamat menyambut hari kemerdekaan.. (^__^)

Lya Colours said...

salam merdeka !!!!!!!!!!

s h e e said...

bagus2...semangat ini yg kite mahukan... =)