Saturday, July 10, 2010

konvoi EX5 OWNER's Club

Jom Konvoi EX5..
Aku nak tunjukkan korang 2 biji Motor kapcai EX-5 milik aku.. Kapcai EX-5 ni nak bawak pergi konvoi Kembara Ex-5 ... tak ade ape ape yang aku buat pada motosikal ni.. Tak ade modifikasi yang terlampau...standart bodoh je.. Jadi kenalah periksa motor tersebut tukar minyak hitam ape yang patut kena servis dulu.. Pastu basuh lah beb..Biar nampak gempak dan semangat sikit nak bawak...Mari lihat Motosikal Ex-5 ni....
Aktiviti sebegini adalah lebih baik dan ade manfaatnya... perghh....konvoi memang best bro. dapat jumpa ramai orang yang satu kepala..haha.Mari tengok motor2 ni tersusun..macam pameran jualan langsung ni semua.. Hah ni lah peluang ko buat aktiviti yang sihat.... ada beza ye mat rempit ngan mat motor..

Mejoriti EX-5 warna Merah , EX hitam dan EX-5 putih dan biru

Naik Motor beramai-ramai memang layan beb... kaki motor tahniah pada korang ye....

Hah yang ni post gambar curi-curi dari belakang Motor dia orang ngan Helmet yang dia orang pakai .. Sebabnya Bawak motosikal Kenalah pakai Helmet...Pakailah dan sayangilah nyawa anda?

Pakai Topi Keledar.....
Topi keledar berfungsi melindungi kepala anda serta mengurangkan kecederaan kepada si pemakainya jika terlibat dengan kemalangan..Cuma nak cerita skit sedikit sebanyak berkenaan pasal helmet ye.... walaupun tak banyak...Itu pun dapat maklumat dari kang kawan masa konvoi tu tempoh hari...

Kadang- kala menyedihkan bila diperhatikan, Kat motor habis beribu- ribu, tapi untuk kepala sendiri, keluar RM30 aje.. yang paling teruk langsung tak ada kesedaran pentingnya pakai topi keledar untuk keselamatan diri sendiri....Beli mahal-mahal tak ade cop Sirim tak guna gak...tak bleh nak pakai kat jalan raya Malaysia, nampak dek JPJ meraung lah jawabnye...Kena lah saman korang..


Logo MS pada topi keledar adalah tanda persijilan Produk oleh SIRIM ialah MS1:1996 dan standart antarabangsa iaitu ANSI Z90-1971,As 1698-1980,ECE R-22 dan BS 6489-1984

Akta Pengangkutan Jalan 1987, Motosikal ( topi keledar keselamatan ) Peraturan 1973... Akta tersebut menyatakan " adalah menjadi kesalahan kesalahan jika anda membekal, menjual dan memakai topi keledar yang tidak menepayi Standart Malaysia".

Selamatkan Kepala Anda selamatkan nyawa anda.. Gunakanlah topi keledar yang disahkan oleh SIRIM dan tunggang Motosikal dengan berhemah....

Stylish and safety..Make it your choice...
Balik Konvoi.. Sempat sekejap singgah kedai Jual Helmet ni... Tengok-tengok helmet yang elok sikit... Ingat kalau ada duit nak sambar Shoei Nego ... Tapi lain kali aje lah... cuma sampai sana rambang mata plak.. semua cantik-cantik dan mahal-mahal belaka...
















MS-88,apollo LULUS SIRIM?
dipetik drpd FZ150i forum..
MS88? Apolo? Aero?maklumat dari kenalan yang berkerja di SIRIM bahagian testing lab Personal Protective Equipment, PPE. Walaupun rata-rata penunggang tidak berpuas hati namun sememangnya helmet ala-ala ayam brand ini telahpun melepasi piawaian & prosedur ujian yang ditetapkan SIRIM. antara prosedurnya seperti diuji dengan ujian suhu tinggi, suhu rendah, ujian impak & etc... dan... SEMEMANGNYA LULUS. Disebaliknya pula, percayakah anda helmet Arai antara yang pecah setelah jalani prosedur ujian di SIRIM. Percayalah
Yang pecah tu aral kot bukan arai... Semua tertanya mcm mane ujian ketahanan helmet dan mcm mane sejenis helmet tu di approve kan .... Kita pakai je la helmet yang dirasakan selamat dan sesuai dengan jentera kita.Ada di kalangan pengguna helmet yang mahu perbetulkan statement di atas .
..Saya Tak setuju..
Secara peribadinya saya menolak secara keras penggunaan ms-88 dan seumpamanya..kerana pggunaan nya tidak memberi apa-apa aspek keselamatan,contoh-si pemakai ms-88,di dapti helmet tersebot terbang dan tidak ketat walaupn tali sudah diikat.penggunaan cengkerang tidak confident, span dalam yang tidak menyerap gegaran dan tali ikatan yang mudah putus..sebab span nipis(takde ciri2 safety langsung) bayangkan impact collision yg berlaku?
Apa-apa pun, tepuk dada, tanyalah poket, nyawa, diri sendiri, orang yang anda sayang dan sebagainya
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

23 comments:

naz said...

ex5 antara motor paling tahan lama dan murah minyak nya kan:)

nas said...

ex5 ayah aku beli..
mmg best kalao nak merempit..
ehehhe..sje jerk..
topi keledar mst jangan cm kura2 tue...
bahaya! ehehehe

pawaka19 said...

wah mahal tul helmet arai tu..beribu harga dia..klau naek ex5 pakai sgv jer best..

Alan said...

walaupun helmet ms88 tu standart bodo tapi ramai gak penah hilang kena curik. member aku penah hilang helmet bodo tu.bengong sape yang rembat.

tapi helmet paling aku suka helmet kura kura. sebab dia ringan dan rasa macam fru pulak. sayang sekarang dah kena ban.

fik-autoz said...

konvoi ke mana bro?erm..bro ad join club mtor,apa lmanweb forumnya ea?leh taw..

Mr.Z said...

masyuk konvoi2 nih..
macam dah nak jual helmet lak..
arai 2 biji! hehe

Lya Colours said...

haha pakai tong cat gila style

zain_azuan said...

walaupon aq x reti bawak moto.. tp aq tingin nak ikot konvoi amcam nie.. macam syook jerk... huhuhuh

Faisal Admar said...

yep dulu masa zaman sekolah memang naik ex5. best dari brand lain... jimat dan sedap tunggang...

wah! ramai betul gang!

jejaka anggun said...

comel jer helmet tuh. ahaks!

E.d.Y said...

hidup EX5...hehe

syahira ariff said...

sbnrnya lelaki pakai helmet nampak bergaya

gmbar last yg pakai tong cat tu lawak la
hahahahha

ZulHilmi said...

wah.mengancam seh. gua nak arai ram tu.giler siut harga dia.mahalnya. tapi memang cam tulah harganyakan gua dah usha dah kat kedai tak mampu nak pakai lah beb

Marzukie said...

Bapak mahalnya arai cram tu. weh kawe pakai SGV aje. klu nok pakai ribu atas kepala payoh nak jago lah wehh. tapi betul tu helmet apollo tu memang macam tak selamat..Selamat berkonvoi pada demo

ZulHilmi said...

banyaknya motor lu ni bro. konvoi tak ajak gua beb. lain kali ajak gua nak rasa gak konvoi ni

Kuchiki Baim said...

huhuh...mahal gler helmet..tp ok la tuk safety...

farouq said...

WAH BANYAK NYA INFO PASAL HELMET NIE :0

s h e e said...

ehehe...mcm2 jenis helmet skrng ni ek...haha...tp ade gak org gune tong cat... (^_~)

comel said...

salam
da lama x update blog...
hehehehe
wah!
da mcam toke helmet da saudara kita nih!
crank satauuuu!

crew said...

mcam mane nk join kumpulan ni ..daripada yul ..pasir gudang johor ..

no tell :0177139331

cik shela said...

nk jooin club ni 0127234591

Helmi totok said...

salam..yang mane nak join crew of ex5...ley cari kami di fb2 anda..just search crew of ex5 malaysian(halaman)..tq...

admin gmbar yg amik dry blakang 2 klu x silap mse kat kulai kn...tol x,...maaf klu salah=)

che ain said...

wahh bro ni coe Johor ka?