Monday, August 24, 2009

Projek Kancil Merah Raya

Kancil merah bertukar merah oren spacial effect
Projek seperti biasa kami dapat sebuah kancil untuk ditukar colour dari merah meron kepada warna yang baru iaitu Merah spacial effect cat luar dalam.. tapi time puasa-puasa ni mmg macam malas betul nak kerjakan kereta kancil ni.. ape pun kami cari rezeki macam ni nak buat cam ner..klu tak terima kang tak ade duit plak nak buat raya kang...
Simen bahagian depan bonet tu..
Cabut lampu belakang karang tergosok pakaai kertas pasir plak banyak jugak nak kena simen ni kat tepi tu pun sama bahagian dalam yang aku dah togel kan tak ade ape yang tinggal
da siap simen dah cam ni rupa tanggal habis cat dia
ni pintu dah gosok siap bekas simen kaasi rata licin
nak naik naikkan under code.. sebelum cat
hoi tidor ke kat belakang kereta tu..ape buat tu..sudah siap cat mau gosok ape lagi pakai kertas pasir tu hah pintu kereta ni ade bermasalah betul..
dah habis cat kena polish kasi dia shining lah


ni rupanya setelah di polishkan ... hah tapi kenalah polish lagi lah skit
polish lagi naikkan seri muka warna kereta tu..
boleh lah kalu nak pakai raya ni tau..
ok lah sebenarnya terlupa nak beri tau.. ini merah spacial effect lah ade spasial skit pasal ia akan bertukar sedikit warna oren lah bila berade kat bawaah cahaya matahari..merah keorenge-orenge sikit..Pasni pakcik (tuan punya kancil ni) kenalah gi kedai Aksesori meke up skit lah pasal colour dah cantik tu.. boleh lah buat raya

Tinted Cermin Gelap.. Ade Baik Ade Buruk


Selamatkan Nyawa atau Aksesori Kenderaan? Anda Tentukannya.

Beza Tinted Cermin Lamined dan Tempered
kali ini segmen pesanan JPJ bukan cerita pasal kesalahan pasang Cermin Gelap tetapi masalah kecurian kereta dengan memecahkan cermin kereta utuk mengambil barang-barang aksesori berharga dalam kereta turut menjadi masalah pada pemilik kenderaan. untuk mengatasi masalah cermin kereta di pecahkan.. banyaklah kedai aksesori memperkenalkan tinted cermin khas berfungsi anti pecah..bukan tak pecah sukar dipecahkan..
Tinted jenis Tempered
Namun , sedarkah kita Tinted cermin yg ditampal dgn penapis haba khas boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang lain.. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yg tak terduga, kebakaran, terhumban dalam sungai.. adekah kita mampu menyelamatkan diri..dalam suasana cemas fikiran panic tak mampu berfikir dengan betul.. cara terbaik selamatkan diri dengan cara pecahkan cermin untuk keluar..tapi klu tinted digunakan pada keseluruhan kenderaan.. kebarangkalian terperangkap dalam kenderaan jika kemalangan berlaku adalah tinggi..tambahan pula sistem keselamatan tambahan mekanisma kekunci yang dikawal sistem eletronik dipasang pada pintu secara automatik lock..sekiaranya kebakaran sistem automatik lock door berfungsi mengunci pintu, jika hubungan bateri kereta terputus akibat kemalangan pintu tak boleh dibuka.. sudah pasti mangsa sukar keluar melainkan dengan memecahkan cermin kereta..juga usaha penyelamat sukar dilakukan oleh pihak terbabit seperti bomba dan pertahanan awam pasti mengambil masa untuk membuka pintu tersebut mengeluarkan mangsa..
Tinted jenis LaminedLazimnya jenis lamined selalunya dipasang pada bahagian cermin hadapan, jenis tempered pada bahagian belakang dan sisi kenderaan.. pada bahagian hadapan lamined dipasang terdiri daripada dua lapisan yang dapat melindungi pemandu terkena serpihan kaca jika cermin itu pecah terkena batu semasa memandu.. lamined sukar dipecahkan, hanya retak kecil atau pecah berbentuk satu jalur garisan retak.. berbaza pula jenis tempered pula akan pecah berderai keseluruhannya.. perkara ini perlu dipastikan agar mesti ade tinted tempered di pasang pada bahagian sisi dan belakang bertujuan memudahkan untuk di pecahkan semasa kecemasan..
Nyawa anda adalah sangat penting diselamatkan jika kemalangan berlaku berbanding jika pencuri memecah cermin anda mengambil aksesori dalam kenderaan .. aksesori dalam kenderaan anda masih boleh dilindungi dengan insuran ganti rugi yang boleh dituntut pada bila-bila masa...
Fikir dulu ... anda mampu mengubahnya..anda mampu selamatkan nyawa terus melayang..
"

Touch up... ape yang perlu difahami..

Kelisa touch up.. kena sondol tepi..
Kesian gak kat owner ni... kereta dia kena sondol agaknya... owner datang nak repair balik kereta dia tu scracing teruk kat tepi... ape kena, cam mana kena ...kami tak tanya pun..tak sampai hatilah... janji masuk duit poket bolehlah.. Macam biasa kami ketuk sikit baru simen lah kasi rata sikit... sebab kena kat kat bahagian ponggong tepi kereta tu.. Bungkus elok elok sikit supaya habuk cat tak kena pada cermin...Sembur lah taukey... nak touch up tutup balik....bekas tarik simen tuSpray sampai bawaah jugak ... pasal nak tarik colour tu biar sama...Taukey gosok sekali lagi .... Pastu spray selapis lagi... ngan clear...pastu biarkan kering ... kena tarik colour dari atas sampai bahagian bawah besar jugak kena tarik colour tuSama colour tu ngan body keseluruhan... sebenarnya untuk samakan colour adelah agak sukar.. pasal colour asal dah agak pudar nak dapat tepat tu terpaksalah buat cara cam ni... Ape yang perlu anda tahu?
Dengan kesempatan ini kami ingin terangkan sedikit... adakalanya apabila touch up sesuatu bahagian kereta warna agak tak sama ini disebabkan perubahan warna pada warna asal kereta itu sama ade telah pudar atau colour sudah mati dek terdedah pada cuaca... jadi bahagian yang baru di touch up nampak berbeza sedikit... walaupun bahagian yang nak di touch up tu cuma sedikit sahaja.. tetapi untuk keseragaman warna kami terpaksa menarik colour pada bahagian yang agak besar.. colour yang kita bancuh walaupun secara imbasan (scan computer) juga belum tentu dapat sama colour tersebut,nampak macam berbelang.. jadi jalan terbaik ialah tarik colour lebih sikit dari bahagian tersebut hingga luar kawasan lebih sikit...harap ade yang memahami keadaan dan situasi tersebut... itu saja masej yang kami nak sampaikan...

Sunday, August 23, 2009

Honda convert part Honda...

Kami dah dapatkan part honda tersebut...
Dah lama kami tak up date cerita tentang bengkel.. maklumlah kali ini tak sempat nak pose gambar lah.. kami agak sibuk sangat.. maklumlah bulan puasa kami cuba kurang kapasiti takut tak terbuat.. kali ini kami dapat projek agak lain sikit.. kami dapat projek dari seorang pemilik kereta honda convert.. jadi kami dah cuba dapatkan barang-barang nya berupa sebuah bumper depan dan belakang, bonet depan dan belakang, fender kiri kanan.. lama gak nak kumpul barang ni.. sebabnya nak cari yang betul- betul baik tiada kemek atau damage susah sekarang ni.. oh ye kami cuba dapatkan lampu hadapan dan belakang tu yang paling susah nak dapat.. Gambar asal kerata honda tu ... tuan punya kereta tu sebenarnya baru je hantar kereta kat bengkel kami beberapa minggu yang lepas.. Tapi kali ni datang lagi nak tukar set pulak.. kami ikutkan je kehendak dia...Part yang kami bukak sebab nak pasang baru...
Kerja-kerja pemasangan bumper dilakukan... pasang sekali ngan lampu tu.. nak adjust betul-betul rapat payahlah
Pemasangan bahagian fender tepi kiri kanan... berpeluh nak pasang beb
Ape macam mengancam tak... ni belum cat lagi tau...
Set hadapan yang kami baru pasang... set penuh siap lampu baru
Sayangnya kat side skerting tu je kami belum dapat nak tukarkan belum ade stock lah...
Dari tepi sisi.. nampak set baru yang terpasang...Bahagian belakang pun kami tukar gak satu set...


Hah kami tukarkan stering kereta tu sekali.. coz ade duit lebih sikit, dapat kurang dari bajet.. kami tukar ye bosss...baru lah nampak gempak sikit...
Selepas ni baru kami cadang nak cat pulak... kami sedang berbincang dengan tuan punya kereta sama ade nak layang balik atau nak tukar colour.... dapat jugak duit tambah masuk... kira dalam kepala ni untung aje.. kah...kah...kah..tak adelah..... kami bukan along .....kami cuma nak tolong ... thanks for owner kerana lebih kurang kat kami jadi kami berusaha untuk kepuasan anda.. ape macam bosss bila nak tukar cat ni...

Thursday, August 13, 2009

Jamming Vol. 2



Jamming Vol. 2
Kamu sukakan muzik? Jika ya! Apa kata kita hujung minggu ini ekspresikan minatmu itu dengan jamming time....

video

Starting... bawak lagu slow aje... Lagu ni kami tujukan Khas buat peminat blog kami semua..

video

2nd baru nak panas badan.. sesi warming up.... tapi tak sampai plak.... sorry ye... klu awek korang merajuk.. meh kita nyanyi lagu ni sesama untuk memujuk awek lu ...

video

Bolehlah.... sekadar lepas gian nak main jamming.... lagu ni untuk lepaskan tension.. berkisarkan hidup kami... eeehhh otak kusut...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Airbrush Gen-2 By Merah Graphic Design

Silalah berkunjung kat Merah Artwork ..Pakar dalam pembuataan airbrush..Hasil kerjanya sering mendapat tempat bagi peminat Graphic Airbrush. Kepakarannya terserlah .. Ia bukan kerja mudah mencurah idea dan karya seni yang memerlukan tangan-tangan seni penuh berbakat..Bukan mudah juga untuk memberikan sesuatu kelainan dan memenuhi kehendak pelanggan..Yang nyata karyanya sering kali mencuri perhatian orang ramai yang memandang..
GeN-Two Biru Hantu Hijau
Kali ini kami paparkan dua buah Gen-2 yang telah di make up air brush pada keseluruhan body kereta tersebut.
Bahagian hadapan air brush tersebut.. Nampak ganaz je hantu tu
Bahagian dalaman pun telah di beri sentuhan air brush berlatar biru
Cantikkan bila tengok bahagian dalamannya..
Hampir penuh keseluruhan di beri sentuhan tangan-tangan seni
Agak mengerunkan dengan gigi yang menyeringai.. nasib baik hantu tu dah dirantai
Bahagian tepi pun ade hantu sedang bergayut di bakar api-api biru
Sentuhan Merah Artwork mmg berseni.. Hantu hijau tu tetap tersenyum
Tolong...Tolong..Lepaskan aku.... teriak hantu tu kat belakang..
Gen Two Hijau Hantu Pun Hijau
Sebuah lagi Gen-2 yang telah di hasilkan.. Inspirasi hantu masih digunakan.. bagi imej air brush lebih menonjol warna putih digunakan sebagai latar belakang..
Ni lapisan pertama lakaran awal yang di buat..Simple je..Cam ni pun dah cantik
Sedikit demi sedikit toch up dengan memberi effect yang lebih jelas.. Imej diperkemaskan lagi..
Hantu jugak rupanya...Hantu colour hijau.. Dok terpampang jelas kat bonet depan tu
Pandangan yang lebih jelas dari hadapan
Memang agak padat air brush yang dihasilkan
Bahagian berlakang masih di kekalkan muka sebenar hantu hijau tu..
Ahhhh Monster...
Ape pun bila dah siap bolehlah masuk pertandingan Autoshow ..
Kalau masuk bertanding boleh memberikan saingan yang sengit. Sedia mencabar kereta lain-lain yang turut serta...Tak gentar mesti dapat tempat punya.. Pasti ade yang tergamam memandang tanpa berkelip-kelip mata.. Terpegun dengan asyik..
Thanks... Salam takzim dari blog ini.. Khusus pada para peminat Kereta autoshow ...Semoga paparan memberi sedikit sebanyak informasi pada mereka..Tujuan kami bukan sekadar dapat berkongsi minat tetapi dengan ade entry ini kita diharapkan dapatlah kita bertukar-tukar pandangan, berbincang mengenai gambaran proses air brush dilakukan .Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..