Tuesday, December 29, 2009

Bodykit Waja, Bodykit Saga BLM, Repair Bumbung & Spoiler

Salam kembali lagi... Kami mendapat beberapa pertanyaan dari pada pembaca blog... Terima kasih dan harap maaf kerana agak terlewat menjawabnya dalam bentuk entry kerana kesibukkan kerja dibengkel membataskan menjawabnya di sini... Ape pun kami cuba sedaya upaya menjawabnya sekarang secara ringkasnya...
Soalan Jamal
toyol85@gmail.com
Assalam, sy baru dlm dunia kereta nie. nak tya, kalau spoiler tggi leh pakai ker? Agak2 kena saman x?
Jawapan Kami :
Mengenai Spoiler tinggi tersebut sila baca artikel seperti dibawah :

Artikel Pertama

KUALA LUMPUR: Jika berhasrat menambah aksesori kereta atau menghias kereta dinasihatkan merujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum membuat sebarang perubahan pada kenderaan.Ini kerana tindakan membuat perubahan pada kenderaan tanpa merujuk kepada JPJ terlebih dahulu melanggar Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan, berkata tidak salah sekiranya pemilik kereta mahu mencantikkan kenderaan mereka dengan syarat ia tidak dilakukan secara berlebihan.“Pemilik kenderaan tidak dilarang menambah aksesori pada kenderaan mereka, seelok-eloknya membuat rujukan kepada JPJ terlebih dahulu supaya penambahan tidak menyalahi akta,” katanya.Salim berkata, penambahan aksesori atau pengubahsuaian dilakukan tidak boleh mengubah identiti kenderaan berkenaan secara fizikal dan teknikal.“Kebanyakan pemilik kenderaan gemar mencantikkan kenderaan mereka dengan mengubah keseluruhan rupa kenderaan sehingga identitinya hilang.“Cara ini tidak dibenarkan kerana kenderaan berkenaan sudah hilang identiti asal dan hanya kekal nombor casis saja,” katanya.Baru-baru ini, laporan Harian Metro memetik kenyataan Ketua Jabatan Ketenteraman yang juga Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Che Omar, sebagai berkata pemilik kenderaan menggunakan ‘ekzos raksasa’, ‘spoiler ampai pakaian’ ' Spoiler tiang gol'dan pelbagai aksesori yang menjadikan kereta terbabit seperti kapal angkasa, bakal berjalan kaki kerana kenderaan itu akan disita.
Artikel Kedua

SHAH ALAM: Pemilik kereta yang menggunakan ‘spoiler belakang ampai pakaian’ 'Spoiler belakang tiang gol'dan pelbagai aksesori yang boleh menunjukkan kereta terbabit seperti kapal angkasa bakal berjalan kaki kerana kenderaan itu akan disita sebelum dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Pada masa sama, kereta itu juga akan dirujuk kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selain pemiliknya disaman maksimum RM300. Ia berkuat kuasa serta-merta pada Ops Sikap ke-17 bermula pada 24 September lalu.Ketua Jabatan Ketenteraman yang juga Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Che Omar, berkata peraturan itu membabitkan semua kenderaan yang ada di Selangor atau keluar dan masuk Selangor.

Pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.Contohnya:-
Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.


Soalan Naimhusni
http://www.naimhusni.blogspot.com/
bodykit saga blm ada?
Jawapan dari kami:
Antara Entry kami mengenai model BLM bodykit fiberglass . sila klik
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/06/proton-blm-body-kitt-sudah-ada.html (26 june 2009)
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/06/blog-post_5785.html (29 june 2009)

Anggaran Harga di bawah kami anggarkan mengikut harga pasaran semasa ....
A)FRONT SKiRTB)LEFT SIDE SKIRT
C)RIGHT SIDE SKIRT
D) REAR SKIRT(PU)
Dalam lingkungan RM570.00(Fiberglass) Dalam lingkungan RM300 Hingga RM 380
E)CENTER REAR SPOILER ( Fiber glass) RM 160.00

Aeropista
i) front skirt+side skirt+rear skirt+spoiler R3 =Anggran dalam RM880.00
ii)front skirt+side skirt+rear skirt = Anggran dalam RM700.00

front skirt MODULO + rear skirt Aero + side Skirt Aero + lining rubber = Anggaran Dalam RM700.00

AERO+MODULO+MUGEN

front skirt+rear skirt+side skirt+lining rubber+spoiler +bonet spray+line spoiler+plate number=Anggran dalam RM1,080.00
i) front skirt +side skirt+rear skirt EVO 9+spoiler SKYLINE+lining rubber = Anggaran dalam RM930
ii) front skirt +side skirt+rear skirt EVO 9+lining rubber = anggaran dalam RM700
CHARGESPEED
i) front skirt+side skirt+spoiler LANCER Ver.2=Anggaran Dalam RM860

ii) front skirt+side skirt= Anggaran dalam RM700
MODULO+TRD Rear+LANCER Ver.2

front skirt+rear skirt+side skirt+lining rubber+spoiler =Anggaran Dalam RM1,050.00Soalan Eazy Izzuddin
http://eazy-izzuddin.blogspot.com/
salam bro..salam maal hijrah btw bro nak tanyeklu cat kancil berape ea?
thanks comment..btw bro klu cat semula kancil berape ea? n bumbung kancil de bocor skit..kene welding eh.. thanks
Jawapan Kami:

Kami berikan anggaran harga cat tersebut.. harga tersebut masih boleh dirunding lagi .. kami tak dapat nak tetapkan harga kerana boleh jadi lebih rendah lagi ...Harga mengikut keadaan body kereta tersebut dan kehendak pelanggan sama ada nak tukar colour, cat semula atau cat layang juga jenis cat yang dikehendaki.... seelok eloknya dapatlah menghantar ke bengkel untuk di tafsir nilai semula... sebenarnya harga cat tak mahal cuma yang agak nampak mahal adalah masalah repair body kereta tersebut... mohon memahami situsi tersebut...
HARGA TUKAR COLOUR 2K
1.) SOLID 2K(RM 1500.00 – RM 2000.00)
2.)METALLIC 2K/ PEARL(RM 1500.00 – RM 2300.00)
3.)SPECIAL EFFECT(RM 2000.00 – RM 2500.00)
4.)DIAMOND(RM 2600.00 – RM 3200.00)5.)
3D(COLOUR)(RM 3000.00 – RM 3800.00)
6.)3D + DIAMON(RM 4000.00 – RM 6000.00)
7.)SPECIAL EFFECT + DIAMOND(RM 3000.00 – RM 4000.00)

HARGA LAYANG LUAR 2k COLOUR
1)SOLID 2KRM 900.00 – RM 1400.00
2)METALLIC 2K/ PEARLRM 1000.00 – RM 1500.00
3)SPECIAL EFFECTRM 1300.00 – RM 1600.00
4)DIAMONDRM 1500.00 – RM 1800.005)
3D COLOURRM 1600.00 – RM 2000.006)
3D + DIAMONDRM 2000.00 – RM 2500.007)
SPECIAL EFFECT + DIAMONDRM 1500.00 – RM 2000.00

CAT LAMBAT
KERINGCAT LAMBAT KERINGRM 800.00 – RM 13000.00
LAYANG SATU BODY LAMBAT KERINGCAT LAMBAT KERING RM 600.
Perlu diingatkan Pilihan color haruslah bersesuaian dengan bentuk kereta....
Masalah Bumbung kereta karat Dan Bocor....
Mari kenal pasti masalah tersebut.... Karat yang menyebabkan bumbung bocor secara basic kami kelaskan seperti dibawah...
Tukar Kulit Bumbung
Jika kerosakan karat yang serius penggantian bumbung baru boleh dilakukan ... buang bumbung lama masukkan bumbung baru... biasanya karat tersebut telah merebak hingga ke bahagian tulang bumbung...
kosnya agak mahal... bumbung boleh bertahan lama dalam 7-8 tahun lagi ..
first kena buka cermin kereta tersebut... baru dapat tanggalkan bumbung tersebut... kemudian kerja-kerja pasang kulit bumbung baru boleh dilakukan...
Kulit baru yang akan di tukarkan tersebut... Tulang bumbung juga jika berkarat akan ditukar sekali...Pemasangan kulit baru perlulah dilakukan secara betul dan teliti.... Bahagian sambungan tersebut seperti dibawah... sebarang kesilapan menyebabkan banyak masalah yang berbangkit kelak...Kemudian pasang semula cermin dan pastikan tiada kebocoran pada gam cermin... Tampalan Fiberglass
Jika bocor bumbung tidak terlalu kritikal jalan yang lebih mudah dan safe kos adalah dengan cara tampal fiber glass ... ianya lebih baik dari kita potong dan tampal plate kemudian welding bagi menutup kebocoran tersebut... cara ini juga masih boleh memanjangkan usia bumbung anda...

Bahan bahan pembuatan fiberglass seperti Katalis (MEKP Liquid Catalyst), Wax ( mold Release) dan Resin boleh menghalang resapan air pada permukaan bumbung tersebut...Penggunaan Fiber glass untuk menutup kebocoran bagi menghalang air terus meresap .. Teknik ini sama seperti menutup kebocoran pada sampan, bot dan sebagainya...Caranya adalah seperti di bawah ini... Jadi anda sebagai Pengguna yang bijak fikirkanlah mana kaedah yang sesuai dan praktikal...

Soalan Azri
slm..nk tanya.Bodykit waja dan bonet waja G-Concept skli grill brape hagenya?
Jawapan Kami:

Secara ringkasnya harga yang kami seperti di bawah

Berkenaan Bonet Waja G concept harganya dalam anggaran harga RM 380.00
Dan Grill Waja G concept dalam anggaran harga RM 130.00

Sila lah lihat bodykit waja yang lain-lain seperti dibawah

Ape pun ini sahaja yang kami terdaya menjawabnya secara ringkas... harap maaf jika ade yang tersilap jawab atau jawapan tidak memuaskan hati.. kerana ini sahaja menurut pengatahuan dan pendapat kami...
Dengan kesemptan ini juga kami
warga kerja http:// firestarting.automobil.blogspot.com
mengucapkan kepada anda semua
Selamat Datang Tahun 2010
Semoga anda semua akan terus berjaya

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

5 comments:

aShaBuLz said...

pengisian blog ni semakin mantap. siap ada Q&A lagi...good work guys. keep it up!!

Eazy Izzuddin said...

thanks bro for the info....
btw arini ingat nak bawak kancil tu pi bengkel...
tq bebanyak....
=D
selamat tahu baru!

Faarihin said...

Selamat tahun baru tuan umah..

semakin banyak saya membaca.. semakin banyak yang saya tak tahu.. fuhh.. macam2 info yg berguna kat sini pasal keta.. semoga sentiasa berjaya di tahun akan datang..

Jamalkhair Bin Mohamad said...

TQVM bro...informasi terbaik... saya dah tukar spoiler dah...pakai yang sedang2 jer...takat nie xdalah kena tahan... memang info terbaik... 5 star saya bagi kat bro...

Cejam Az said...

Assalamualaikum.nak tanya ada tak pasang bumbung nissan urvan ( high roof )