Thursday, December 10, 2009

Helmet dan motor EX5

Part 1: Motor Kapcai Ex-5 ku
Motosikal Kapcai digerakkan enjin kecil diantara 50cc hingga 125cc merupakan motosikal yang dianggap jimat penggunaan minyak petrol .. senang kendalian kerana menggunakan transmisi manual automatik memudahkan penunggang menukarkan klac tanpa menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan Klac manual....

Mari lihat Motosikal Ex-5 ni.... Kapcai EX-5 ni nak bawak pergi konvoi Kembara Ex-5 itu nanti... tak ade ape ape yang aku buat pada motosikal ni.. tak ade modifikasi yang terlampau...standart bodoh je.. Jadi kenalah periksa motor tersebut tukar minyak hitam ape yang patut kena servis dulu.. Pastu basuh lah beb

Motor Ex-5 Merah kesayangan aku..... Dari tepi kan nampak standart je kan......Logo Fire Starting Automobil tetap ade........Ex-5 ni bersedia buat kali kedua menyertai konvoi kembara bersama Ex-5 nanti....

Aktiviti konvoi bersama Kembara EX-5 edisi kedua....
Baru-baru ni berlangsung sekali lagi aktiviti Konvoi bermotosikal Kapcai EX-5 berlangsung di Pantai Desaru...aktiviti sebegini adalah lebih baik dan ade manfaatnya... Tahniah atas kejayaan Konvoi beramai-ramai tersebut.. Insya Allah perjumpaan kembara EX-5 diharap kita semua berjumpa lagi...

First perjalanan isi minyak motor dulu....... dan sesi check keselamatan motor .....Pose gambar beramai-ramai ... kaki motor tahniah pada korang ye.... Sibuk mengambil peluang ambil gambar perhimpunan motorsikal EX-5 ...hah ni lah peluang ko buat aktiviti yang sihat.... perhimpunan EX-5 yang sangat meriah...Perjalanan pulang kehaluan masing- masingMari Konvoi beramai-ramai pulang ke rumah.....

Macam-macam Helmet ada
Topi Keledar..... Pakailah dan sayangilah nyawa anda?
Stylish and safety..Make it your choice... Topi keledar berfungsi melindungi kepala anda serta mengurangkan kecederaan kepada si pemakainya jika terlibat dengan kemalangan..
Memandangkan ia perkara ni serius .. Di bawah ini kami sertakan beberapa model ni amatlah sesuai bagi sesiapa yang mencari kelainan pada helmetnya..

Helmet Manakah Antara Menjadi Pujaan Hati Anda?

(1)(2)(3)(4)(5)(6)(7)(8)(9)(10)(11)(12)(3)(14)(15)(16)(17)(18)
(19)(20) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Motosikal ( topi keledar keselamatan ) Peraturan 1973... Akta tersebut menyatakan " adalah menjadi kesalahan kesalahan jika anda membekal, menjual dan memakai topi keledar yang tidak menepayi Standart Malaysia". Beli mahal2 tak ade cop Sirim tak guna gak...tak bleh nak pakai kat jalan raya Malaysia, nampak dek JPJ meraung lah jawabnye...
Topi Keledar haruslah melepasi ujian pre-conditioning dalam keadaan ambien, suhu panas,ujian basah dan tahan hayat dan melepasi tahap ujian Performance test iaitu ujian impak,tusukan dan ketahanan tali keledarLogo MS pada topi keledar adalah tanda persijilan Produk oleh SIRIM ialah MS1:1996 dan standart antarabangsa iaitu ANSI Z90-1971,As 1698-1980,ECE R-22 dan BS 6489-1984.. Selamatkan Kepala Anda selamatkan nyawa anda.. Gunakanlah topi keledar yang disahkan oleh SIRIM dan tunggang Motosikal dengan berhemah....Kadang- kala menyedihkan bila diperhatikan, Kat motor habis beribu- ribu, tapi untuk kepala sendiri, keluar RM30 aje.. yang paling teruk langsung tak ada kesedaran pentingnya pakai topi keledar untuk keselamatan diri sendiri....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

13 comments:

jalak lenteng said...

bro asri..adui..gua takleh nengok arr Arai2 kat atas tuh..lu leh dapat kan wa 1 bijik tak?..wa deal ngn lu..tapi kasi harga kawan2 arr..amcam?

jalak lenteng said...

ish..nama aku pn lu ada mention kat sini..segan aku..neway tq bro..

--siLEnt_ 5iLh0ueEtte-- said...

huhu.. mahal amat topi2 tuh

AzRi said...

huhu..terharu aku bace komen ko..ade gak yg mnt tulisan aku ek..haha...ak bz skit r...t aku free aku wat cerita bohong..haha

Tunjuk Bintang said...

xnak melampau plak helmet dia. dulu time pakai motor.. pakai helmet biasa jerk, yang penting melindungi kepala. x gitu?

Faarihin said...

salam..

wah.. best tul tgk motor2 ni tersusun..
cam pameran jualan langsung aje..
huhuhu..

alahai nak kena beli helmet baru jawabnye..

helmet skang ni tak de sirim..
sedey.. wawawa...

jejaka anggun said...

so ada bohsia ikut x konvoi tuh? kalo xder, aku nak jadik bohsia, oke?

hehehhe.

pakcik kordi said...

wah!punyalah meriah beb!jgn merempit lebih2 udah le waks!hehehe...

ape2pun..lu org mmg best la!


kete boleh..moto boleh!!!yeah!!

aShaBuLz said...

pergh....konvoi mmg best bro. dapat jumpa ramai orang yang satu kapla..haha.

p/s: helmet cun mmg mahal...tapi kalau untuk protection...ok la kot.

E.d.Y said...

helmet cun2...tp xsesuai lak rasanya pakai bawak ex5 buruk aku tu..huhu

contilover said...

Hidup EX5.. Hidup Arai.. JFG4322 dalam kenangan. Racing Block, Ts Carburetore..2003

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

aku pernah ada magnum111 usa masa zaman motor dulu...tapi...hilang masa parking kat supermarket..

ayisy said...

EX5 memang tahan dan jimat minyak. Aku wat lenjan dari Kuala Lipis ke Batu Pahat steady jek. Boleh cucuk Lagenda dan Wave. Huhu..

Helmet Arai dan Shoei tu memang meleleh tgok. Harga pun boleh buat dwnpmnt motor. Hahaha.