Monday, November 30, 2009

Bodykit Proton Wira Evolution, Mivec, GSR

Soalan Yang Diajukan..
Seliparjopun : salam ziarah...huhu...slamat ari raye aidil adha...hihi...
Seliparjopun : hihi..alang2 mlawat mau tnye neyh...lau wiraSE..mau tacap front bumper numb 0140,side skirt 0142,blakang ikot gamba nismo rear up 191A (post july 17)
Seliparjopun : ok dop???bape ea hargenye???
Jawapan Daripada Kami.....
Thanks kerana ziarah blog kami ... Sorry lambat skit lah pasal Raya lah... Ape pun kami jawab.... berkenaan front bumper 0140 anggaran dalam harga RM 350.00 (fiber) Bumper belakang Nismo 191A angaran RM 250.00 (fiber) dan Side skerting 0142 tu dalam anggaran RM 150.00 (fiber).... itu anggaran harganya....

Hah ni lah rupanya front bumper 0140.....Yang ni plak bumper belakang ala-ala nismo 191A...Berkenaan harga cat touch up balik bumper, klu cat front bumper, side skirting dan bumper belakang tu kami ambil dalam anggaran RM 350.00 keatas tapi colour basic proton macam kat katalog colour proton cam kat atas saje... klu warna 2K atau selain dari tu lain skit harganya... ape pun boleh bincang balik harga tersebut....

Projek Wira Bodykit EVO....
Ok kebetulan sebelum Raya Aidil Adha lepas kami ade buat satu projek wira.... disini kami kongsikan sedikit gambarnya tu.... owner pasang bodykit tersebut tukar bumper depan,buat bonet depan dan side skirting ... Wira tersebut masuk colour merah.... sampai malam raya lah nak siapkannya.....

Rupa depan Wira tersebut.... serabut sikit pasal belum polish lagi....

Bonet depan wira tersebut..... zooom......Side skirting .... sorry tak berapaa nampak lahBahagian fender tepi tayar....

Convert Wira Bodykit Evolution.....
Melalui kesempatan ini gak aku nak ceritakan sikit convert wira bodykit ape yang sesuai..... mengupgradekan kereta sudah mejadi kegilaan dan trend kepada pemilik kereta dan kebanyakannya menjadikan mitsubishi evo sebagai matlamat..... Rupa bentuk Wira yang mirip-mirip model evo menjadi sasaran proses penukaran body kit... ..... mari lihat rupa asal Mitsubishi Evolution 1,2,3,4,5,6,7,8,9 sampai 10.... dan kenali latar belakang Mitsubishi evolution ni..... Mitsubishi Lancer Evolution, lebih popular dengan gelaran Lancer Evo, LanEvo, atau Evo, .
Evolution 1……..
Ia menggunakan enjin DOCH turbo 2.0 L serta sistem aliran kuasa 4WD daripada kereta Galant VR-4 asal pada kerangka Lancer,Ia didatangkan dengan enjin Mitsubishi 4G63 yang menghasilkan 250 Ps (244 Hp/182 kw) pada 6000 rpm

Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….

Evolution 2……..
Ia menampilkan penambahbaikan pada pengendalian, termasuklah perubahan kecil pada jarak roda, swaybar lebih besar, penalaan pada bahagian badan termasuk spoiler yang lebih besar, serta tayar Sabalabaier yang 10 mm lebih lebar. Keluaran kuasa meningkat kepada 256 PS (252 hp/188 kW) daripada enjin yang sama manakala kilasan pula tidak berubah pada kedua-dua model GSR dan RS.

Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….

Evolution 3……..
Skirt tepi dan penjuru belakang adalah dari jenis baru, manakala sayap belakang diperbesarkan untuk mengurangkan daya angkat. Di bawah bonet aluminium ialah set pengecas turbo TDO5-16G6-7 baru, sistem ekzos baru serta peningkatan nisbah mampatan yang menghasilkan peningkatan kuasa sebanyak 10 PS (10 hp/7 kW), sementara kilasan kekal tidak berubah, selain nisbah pacuan akhir yang lebih besar. Kedua-dua model masih menggunakan kotak gear 5 kelajuan. Perubahan dalaman hanya terhad kepada stereng Momo baru (GSR sahaja) serta fabrik baru jenis Recaro. Spesifikasi asas model ini ialah enjin 4G63T bersesaran 1997 cc, menghasilkan 270 bhp (201 kW) pada 6250 rpm, manakala kilasan pula ialah 309 N-m pada 3000 rpm, dengan berat 1260 kg (RS 1190 kg).


Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….

Evolution 4……..
Terdapat Dua versi boleh didapati iaitu RS dan GSR. Kedua-dua GSR dan RS menggunakan pengecas turbo jenis berkembar baru yang membantu meningkatkan kuasa kepada 280 PS (276 hp/206 kW) pada 6,500 rpm dan kilasan 352 N·m pada 3,000 rpm.Evolution IV boleh dikenali dengan dua lampu kabusnya yang besar di bampar hadapan (pilihan bagi versi RS), serta lampu belakang rekaan baru, yang menjadi rekaan piawai bagi Evolution VI, yang seterusnya menjadi satu lagi trademark bagi siri-siri Evolution yang seterusnya.


Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….

Evolution 5 ……..
pengecas turbo sekali lagi ditambah baik. Kilasan meningkat kepada 373 N·m pada 3000 rpm. Kuasa kuda kekal sama pada 280 PS (276 hp/206 kW seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian sesama pengeluar-pengeluar kereta Jepun agar semua kereta mempunyai kadaran kuasa tidak melebihi 276 hp (280 ps), tetapi ada yang mendakwa kuasa kuda sebenar bagi model ini lebih tinggi.

Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….

Evolution 6.....

Perubahan pada Evolution VI lebih tertumpu kepada sistem penyejukan serta ketahanan enjin. Ia memperoleh penyejuk perantara yang lebih besar, penyejuk minyak yang lebih besar, serta omboh baru, bersama-sama dengan roda turbin jenis titanium-aluminida bagi model RS, pertama kali digunakan pada kereta pengeluaran biasa. Juga, Evolution VI menerima badan baru lagi, dengan perubahan ketara pada bampar hadapan di mana lampu kabus dikecilkan dan diketepikan untuk aliran udara yang lebih baik. Satu model baru ditambah bersama-sama barisan GSR dan RS; dikenali sebagai RS2, ia merupakan model RS dengan beberapa pilihan daripada model GSR

Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….
Evolution 7....
Pengenalan model Evolution VII juga menandakan penggunaan transmisi automatik buat pertama kalinya pada model-model Evo melalui varian GT-A. Mitsubishi mendakwa kotak gear automatik 5 kelajuan.manakala kuasa kuda kekal pada 280 PS (276 hp/206 kW).

Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….
Evolution 8....
Ia boleh didapati dengan kuasa enjin 280 PS (276 hp/206 kW) Terdapat empat varian: model GSR piawai di Jepun, model RS dengan bumbung keluli, kotak gear 5 kelajuan, serta roda-roda piawai (tanpa komponen tambahan, seperti lampu peta dalaman, tetingkap kuasa dan radio), model SSL (dengan bumbung suria, subwoofer yang dipasang pada bahagian but, dan kerusi kemasan kulit), serta model MR, yang didatangkan dengan gear pembeza gelinciran terhad hadapan yang diubah semula, tombol gear aluminium MR, brek tangan dengan dendal jenis gentian karbon, rim 17 inci BBS, bumbung aluminium, serta transmisi manual 6 kelajuan. Evolution baru ini juga turut menggunakan lampu Altezza.

Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….
Evolution 9....
Evolution IX adalah model terakhir dalam keluarga Lancer Evolution yang menggunakan enjin 4G63 sebelum digantikan dengan enjin 4B11 pada Evolution X.menghasilkan keluaran kuasa kuda sebanyak 68 hp (51 kW), menghasilkan kuasa kuda gabungan 272 hp (203 kW)

Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….
Evolution 10.....
Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4b11T 2.0 L turbo dengan kuasa 235 kuasa kudaMivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Part Klon convert Bodykit Wira Evo 1 yang boleh kita dapati….
Part Klon convert Bodykit Wira yang lain-lain boleh kita dapati….

Modifikasi kereta berhubung kait dengan kreativiti dan imaginasi yang tinggi... kat sini aku sertakan yang lain-lain jenis klon convert bodykit .... macam-macam ade....

Proton dan Mitsubishi bergabung kembali...Ape pun setiap pengubahsuain yang di lakukan di harapkan tidak menyalahi undang-undang yang termaktub.... Modifikasi hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks