Tuesday, September 22, 2009

Cerita Pagi Raya Part 3 : Ketupat Vs Burasak ?

“Dataran Pontian Tugu Menjulang,
Daerah Penghujung Benua Asia,
Dari Jauh Aku Pulang,

Menyambut Aidilfiri Dihari Mulia”

Salam di pagi Syawal.. aku pulang berhari raya.. Orang lain pulang ke kampung halaman.. Tapi aku dari Bandar Kulai balik berhari raya kat Rumah ayah dan bonda kat Bandar Pontian.. Orang Bandar lah katakan..
Dah raya macam tak percaya je lah.. Di sini aku nanti akan solat sunat aidilfitri.. aku sempat gak ambil gambar suasana pagi selepas solat subuh .. Tah lah pagi tu aku rasa sangat sayu.. banyak yang aku fikirkan... tah tau kenapa

Sampai rumah tengok periuk kat belakang rumah.. Sudah 8 jam aku tunggu tak masak-masak.. berkali-kali tambah air..Sekarang pukul 7.00 pagi kira dah masak lah tu...dah boleh angkat..
Pagi syawal ni baru dapat makan makanan tradisi masyarakat Bugis.. setiap tahun menjelang hari raya ini lah hidangan wajib bagi bagi keluarga kami.. mungkin korang tak pernah jumpa kut..

Baru diangkat dari periuk panasnya... Di toskan biarkan airnya kering dulu..
kiri tu Burasak dan kanan ketupat mesti lah ade... Sebenarnya aku berdarah campuran bugis dan jawa.. sebab tulah ade Burasak dan ketupat.. payah kan kena buat dua-dua sekali.. supaya tak berperang plak antara Bugis dan Jawa
macam ni lah rupanya bila dah di buka... burasak ni diperbuat dari nasi beras wangi..di buat seperti nasi lemak dan di bungkus dengan helaian daun pisang muda kemudian di urut dan diratakan menjadi satu bungkusan kecil.. dan diambil di susun 4 atau 5 keping di bungkus sekali lagi dengan daun pisang tua plak di ikat dengan tali kemas-kemas.. kemudian di rebus...tak boleh terlalu sekejap takut cepat basi dan tak boleh terlalu lama takut nasinya hancur..
Bagi masyarakat Bugis burasak ni di makan dengan Asam pedas ikan parang.. tapi boleh lah di kenakan ngan rendang ke.. ayam masak merah ke.. serunding kelapa ke..lodeh atau kuah kacang.. tak kesah ape pun janji perut aku kenyang..
Selain Burasak.. makanan masyarakat Bugis lain seperti Lepat Lue diperbuat dari pulut sedap gak yang ni..

Kebanyakan orang pertama kali makan nya mungkin makanan ni agak pelik rasanya.. mungkin lain tempat lain makanannya.. lain suku keturunan lain plak yang merasanya.. klu orang nogori sembilan memang lah tokak dio makan lomang.. klu orang terengganu, kelantan dan utara memang lah sedap lagi makan ketupat palas.. nak buat cam mana tekak orang kan.. tepuk dada tanya selera...

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) " al-Hujurat (49) : 13].

First raya ni.. aku dapat bersama berkumpul satu keluarga.. kira bersyukur sangatlah ada Mak & abah lagi, dapat jumpa semua adik beradik aku.. Yang paling penting dapat cium tangan mak & abah mintak ampun maaf dan keredaan mereka berdua..
Dapat jugak tangkap gambar bersama.. bukan senang dapat bersama semua adik beradik..Selagi masih ada aku nak simpan kenangan indah ini
Tahun ni sederhana sahaja...Yang penting sekali dapat lagi merasa kuih muih dan juadah raya dari air tangan seorang ibu lagi.. dalam dunia ni masakan mak yang paling best sekali.. tiada tandingannya
Yang paling tak bestnya raya ni... banyak keluar duit raya lah nampak gayanya..Anak buah ramai sangat pening kepala aku ni.. tahun ni tak adenya aku nak bagi RM10 sorang.. jangan harap..aku boleh bankrap.. mampui ramai sangat.. ni je yang aku mampu..
Seterusnya dari rumah mak ayah aku kat Pontian, aku dapat jugak balik beraya kat kampung halaman asal aku kat Batu Pahat kerabat orang jawa..ni baru real balik kampung sebenar-benarnya... balik ziarah semua rumah Pakcik & Makcik aku.. Jumpa semua sepupu-sepupu aku.. Seronok lama tak jumpa mereka ni semua.. Dan paling penting Ziarah Pusara Arwah Atuk dan Nenek yang telah lama kembali ke Rahmatullah.. Ku hadiahkan al-Fatihah dan bacaan surah Yassin.. Nostalgia bersamanya, ku akan kenang selamanya..

“Siapa yang masuk ke kawasan perkuburan lalu
membaca Surah al-Ikhlash sebelas kali, kemudian menghadiahkan,
pahala bacaan itu untuk orang-orang yang mati, maka dia akan
diberi pahala sebanyak bilangan (pahala) orang-orang yang
mati.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni:

Disunatkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan duduk,
terutamanya membaca Surah Al-Ikhlash sebanyak sebelas kali atau
membaca Surah Yasin, kemudian menghadiahkan pahala bacaan
itu kepada mereka.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks & Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Hah bagi lah ucapan raya kat aku sekali kat entry bawah ni sekali ye..

13 comments:

apizz㋡ said...

haha azli.
thx melawat blog apiz.
ahah selamat hari raya jugak.
nak balas pantun? eerrr :D

Naz said...

raya yg sempoi.. baru aku tau masakan raya org Bugis. aku belum rasa lagi. hehehehe...

Sofi said...

azli: burasak tu kalo kat kelantan dorang panggil pulut dakap ... manis yang amat

YuLaN CoQKod0K said...

xtau la nak balas pantun.. yulan bukan owg seni pun.. huhuhu...
selamat harie raye.. nak duet raye? ngee~~~
bukan bro dah kawen ke? xda pic wife pun.. huhuh

Wai said...

wah! azli buat burasak! x jemput aku pun ke rumah? huhuhuhu.....

ayisy said...

Salam bro Azli, aku raya pertama makan ketupat dan burasak. Haha... Tapi aku lebih suka burasak la walaupun aku Jawa sepenuhnya.

Larr.. Parit Mahang. Dekat jek tu dengan Senggarang. Jalan Parit Betak dengan Rejo Sari pun aku selalu gak lalu. Raya hari tu aku beraya rumah kawan dekat Sri Merlong. Hehe...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

sha89 said...

ok...aku sangat jakun skrg ni...1st time tgk burasak hehe :)

best nye raya ko...kira meriah aa tu...nsib baik aku x bankrupt...bg ank sedara seringgit sorang..xyah bnyk2..nk bnyk2 aku sekeh sorang2 nnti~

slamat berbisnes balik ek...buat duit bnyk2~ hehe :)

Tunjuk Bintang said...

oooh.. orang pontian. kampong mak ayah aq kat pontian gak. Kmpg parit jawa dan kmpg parit dato onn. aq balik sana masa raya kedua. peh! dah dah hujan lebat time tu, jam plak tu kat bandar pontian. masuk pekan nenas dah start jam. jalan memang kabur dek air hujan yang mencurah2 dengan lebatnya. apa2 pon aq slmt sampai n balik kedestinasi yang dituju. balik kampung.. owh owh balik kampung.. hati girang....

Mr.Homosapiensz said...

nak duit raya pakcik.......hehhehe....

burasak tu mcm pernh mkn jer...rasa dia manis2 ker???

1st time makan kat umah kawan jo....raya ke-2

nursarah87 said...

1st time aku dapat makan buras raya kali ni..

housemate ku bawak dr sabah...best! aku suka makan buras..

.wanie. said...

azli..
pnjang ngat la ucpn ko..
hahaha...

tp aku bkn pndai nk wat pntun2 nie..
aku nie jenis direct jer..
hahaha..
tp xpe..2 bkn mslh pown yer x???
ok!! aku pown sme gak..
nk wish kt ko slamat hari rye..
even da agak lmbt tp still syawal lg kn???

lg 1..
ko npe lak nk puji2 aku???
kter bjye d usia tua ke mde ker x pnting..
lmbt ke cpt ke 2 pown x penting..
yg penting kter usaha dan target nk cpai sesuatu..

bg aku ko pown da bjye..
ade bengkel sndri..
bkn senang nk cpai sesuatu kn???
aku pegang 1 jer???
dan cra aku mudah..
aku bkerja untuk puaskn aty org bkn untuk kepuasan aku sorg..

||| PöJìé PööH ||| said...

wahhhh best kan raya!!
btw terigin gak nk makan burasak tuh!!
best x??
tgok macam lepat pisang jer..

aimila said...

salam kenal..baca entry bro ni bnyk m'ingatkan diri sy ketika beraya di kg (kat batu pahat). da lama x balik sbb atuk ngan nenek dah tak de. sedey.. w'pun sume mak sedara masih lg b'tapa di sana tp suasananya sgt b'lainan bila atuk ngan nenek dah x de..kan??kan??kan?? mmg tingin sgt nk blk ke batu pahat...huk..huk.huk..