Thursday, June 18, 2009

Si Ford Tua Colour Merah Muda (Pearl)

Eksperiment Bodykit Ford lama
Apa yang saya dapat katakan bila pertama kali kereta Fort di hantar di hadapan bengkel kami, kami rasa ingin terus menolak, bodynya sangat teruk reput di mamah hujan dan panas agaknya.Maaf saya cakap boleh buat tukun...Untuk menerima permintaannya, rasanya macam tak sampai hati. Namun kami boleh anggapkan sebagai satu projek eksperiment untuk terus menimba pengalaman dan belajar pengurusan projek kereta lama yang sudah tersadai...

Projek terpaksa mengambil masa begitu lama dalam masa dua bulan kerana kami terpaksa buatnya secara beransur-ansur dan tidak boleh tertumpu sepenuhnya nanti kereta-kereta yang lain tak boleh dikeluarkan, sesak, kereta baru tak leh masuk...

Bahagian lantai terpaksa kami hantar welding, dicantum dengan plate zink. Cermin hadapan terpaksa kami buka untuk mengatasi masalah karat di bahagian bumbung. bahagian fender, dalam pintu dan bonet belakang terpaksa kami bentuk semula... seterusnya bahagian lampu belakang pula kami terpaksa modifikasi sedikit kerana tapak asal juga telah reput.

Setelah selesai kerja-kerja tersebut. kerja pemasangan bodykit dengan mencantumkan bumper depan, side skerting, bumper belakang dan mencantumkan bahagian fender tepi supaya nampak kembung sedikit..

Begini kereta yang sarat dengan simen bagi mencantumkan bumper hadapan
modifikasi sedikit sambungan side skerting pendek tapi kami labuhkan biar lowert ke tanah..
Bumper belakang ni bukan untuk ford ni tapi kami terpaksa masukkan gak
Selesai saja terus kami gosok ler satu body, simen lagi gosok lagi berkali-kali sampai body tegak rata... pastu baru lah boleh melakukan kerja mengecat...
Ni bahagian belakang yang telah selesai di cat.. Cuma kalu boleh dimasukkan spoiler lagi gahhh..

Ni bahagian hadapan yang telah siap... bolehlah kan?... kira eksperiment ni berjayalah kut..
Tapi sebenarnya banyak yang kita boleh tambah biar nampak lagi cantik dan lebih sporty..
Oleh kerana memerlukan pertambahan kos pembikinan.. kalau duit ada bolehlah over modifikasi.. kami rasa setakat ni pun dah kira oklahh... kalau nak dibandingkan rupa masa standart dulu... jauh berubah... Sebabnya kami bukan along kami cuma nak tolong...

1 comment:

Roy Roches said...

bro pki enjin ape nih...sy punye kete sebijik cmni