Wednesday, June 17, 2009

Projek kancil Vs Projek Kelisa

Projek Kancil
Cerita tentang kancil ini plak telah menjalani perubahan dalaman dengan menukar enjin lamanya kepada enjin Dahaitsu L2000S manakala luaran juga telah diubah selaras dengan versinya. Tuan punya kancil ini telah menghantar keretanya untuk tukar colour. Sebenarnya kami nak tolak permintaannya sebab kami tak boleh janji nak siapkan dalam masa terdekat ni. Tapi berlainan plak tuan kancil tu " Tak pe abang tinggalkan kancil ni, Buat lambat sikit tak ape". Inilah kali pertama kami jumpa owner cakap camtu.. Selalu ramai orang nak cepat kereta mereka disiapkan dan dikeluarkan. Walau apapun kalau dah macam tu kehendak dia. kami buat jelah apa-apa yang patut...


Kat penjuru bonet depan tu tak gosok lagi...
Lap kain basah dulu... baru nampak... jangan main gosok je
Gosok plak kat bahagian belakang
Air kat baldi tu kena selalu tukar... jangan baldi je banyak dalam tak ade air...
Dah siap... Opppsss tapi belum siap cat lagi...Apa yang budak ni buat ye...
Masih lagi gosok...
Kan dah cakap... dah return gosok lagi.... main-main kerja...
Projek Kelisa
Ok cerita pasal kelisa ni. Tuan punya kereta ni regular custemer slalu dia datang. slalu datang touch-up kete dia. Tapi kali ni dia nak cat semua plak dah tahan nak touch up, lagi pun warna putih susah nak jaga cepat jemu. Hah...Itu aje alasan yang diberikan. Cakap je lah nak tukar colour lain... Nak buat camner ikutkan jelah....
Terbongkok-bongkok nak tanggalkan part kereta.
kereta tak teruk cuma lekok sikit je
Sembur sampai bawah.
Bahagian bawah ni kena hati-hati takut meleleh...
Keringkan pakai Hair dryer...
Habuk jatuh plak kat atas ni..
Ni pose kete tu... hitam manis...

2 comments: