Monday, June 29, 2009

Van pun bolehlah...


Dah hujung bulan ni.. Kami tinggal projek van ni je untuk disiapkan sebagai target penutup bulan Jun. Pemilik van ni seorang peniaga.. Biasalah van untuk pergi niagakan tau-tau ajelah... Van angkut barang... Banyak kerja repair perlu di buat terutama menutup lubang lantai dan menampal fiber glass pada dinding.. Dah berlubang-lubang kalau kat lantai boleh nampak jalan rayalah...
Keseluruhan dinding berlubang kami tampal ngan fiber glass...
Ni bahagian yang paling teruk... tapi dah tak nampak lagikan...

Pintu belakang pun perlu repair tak leh nak tutup plak... Pastu kena simen pada bahagian fiber glass tu... Ok kami nak terangkan kenapa kami tak potong dan welding tampal balik kat lubang tu.. Kebanyakkan body yang reput kalau kita potong dan tampal kepingan zink mungkin akan melarat lebih teruk lagi pada bahagian kesan sambungan teg welding tersebut. kami mengambil ikhtiar buang dan bersihkan kawasan karat tersebut dulu dan seterusnya membuat treatment antirush sebelum menutup dengan fiber glass supaya air terhalang menyerap masuk lagi... mudah-mudahan cara ini berkesan.. Simen jangan terlampau tebal.... sebab lama-kelamaan kawasan tersebut menyebabkan retak merekah pada bekas simen tersebut...

Gunakan disk sender memudahkan kerja memelas body kat kawasan tampalan fiber glass

Tampalan fiber glass ni memang cukup keras kalau gosok pakai tangan tak jalan lah...

1 comment:

Sound Deadening Store said...

Very nice and unique content. I appreciate this content. I hope you like this my compliment. If you want to buy automobile parts please visit my website. soundproofing barriers