Thursday, June 25, 2009

Kembara Mahkota Johor Bermula Lagi

Bermulanya Kembara Mahkota Johor 2009

Cetusan idea untuk Program Kembara Melawat Johor adalah ilham daripada D.Y.A.M. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj sendiri. Program Kembara yang dimulakan pada tahun 2001 adalah hasil daripada keinginan Tunku Mahkota untuk meninjau keadaan rakyat jelata. D.Y.A.M. Tunku Mahkota sendiri telah berusaha gigih demi memastikan program kembara ini dapat dijayakan dengan sempurnanya. Sekiranya dahulu Raja atau Putera Raja sering mengembara berjumpa dengan rakyat menaiki gajah atau kuda tetapi kini disebabkan arus perubahan masa dan dengan adanya teknologi maka rombongan Kembara Mahkota Johor menaiki motosikal berkuasa tinggi. Walaupun berbeza pendekatan atau kenderaan yang digunakan namun matlamatnya adalah sama.

Dari jendela Merenung Jauh Dan Ilham Yang Tercipta

Tanda Kasih Tunku Mahkota- 10th edition of Kembara Mahkota Johor


Hasil wawasan yang dipelopori oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dengan bermulanya program pertama pada tahun 2001, semakin terpahat dalam sejarah kemajuan negeri Johor, bahawa Kembara Mahkota Johor membuka lembaran tersendiri sebagai jambatan yang memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat. Kali ini, Program Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman, memberi makna yang lebih besar. Sempena namanya Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman,Di harapkan semoga seluruh anggota pentadbiran negeri Johor, serta segenap lapisan rakyat supaya bersama-sama memelihara kekayaan khazanah sumber alam semulajadi.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar akan memulakan program Kembara Mahkota Johor edisi ke-11 pada 4 Julai ini.Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009 akan mengambil masa kira-kira 80 jam atau empat hari tiga malam. Majlis pelepasan diadakan di Bukit Timbalan Johor Bahru pukul 8 pagi pada 4 Julai dan penutupannya pada 7 Julai ini di Kampung Nelayan, Benut, Pontian pukul 1.30 petang.Program yang bakal disertai oleh 150 peserta itu akan menaiki 40 kenderaan pacuan empat roda. Sepanjang kembara, rombongan yang terdiri daripada wakil rakyat dan pegawai kerajaan itu menjelajah ke kawasan pedalaman di seluruh 10 daerah di negeri ini.Sebanyak 11 buah perkampungan Orang Asli dengan tiga buah kampung tradisi akan dilawati, antaranya kawasan Tadahan Air, Gunung Ledang, Tangkak dan Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi.
Tunku Ibrahim Ismail berkata, penyertaan wakil rakyat dan pegawai kerajaan akan memberi ruang kepada mereka untuk melihat sendiri pembangunan yang kerajaan telah laksanakan.
"Hasil daripada lawatan itu nanti, kita akan tengok pembangunan apa yang boleh dilaksanakan. Selalunya Orang Asli ini mahukan infrastruktur, jalan raya, air dan api."Kita tengoklah yang mana boleh disempurnakan, tapi jangan mereka minta benda yang tidak munasabah sudahlah kerana negeri Johor ini besar," Kami amat mengalu-alukan ketibaan D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor..
Dipetik dari : http://www.kembaramahkotajohor.com.my/kmj2008

Geleri Foto
Kembara Mahkota Johor Terdahulu

Pendekatan baginda yang melupakan soal protokol apabila berdampingan dengan rakyat pelbagai kaum amat disenangi penduduk negeri di selatan tanah air itu. Tidak hairanlah jika Tunku Ibrahim disambut meriah setiap kali singgah di destinasi di tuju.

Tunku Ibrahim berkata, selain bermesra dengan rakyat jelata, tujuan bermotor ialah untuk mengajak golongan muda supaya menghindari gejala tidak sihat.
Saya hendak ajak rakyat supaya sentiasa menunggang motosikal dalam keadaan cermat dan selamat. Semaikan dalam diri agar kita menjadi penunggang motosikal yang sentiasa mengamalkan disiplin khususnya ketika berada di jalan raya.
Kalau jatuh motosikal pun sakit, inikan pula jika terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Hendak paksa supaya ikut cara saya menunggang motosikal memang tidak boleh tetapi itulah nasihat yang dapat saya berikan kepada mereka sempena kembara bermotosikal tahun ini,” jelas baginda.
KMJ 2002 pernah mengunakan Motosikal Jaguh buatan MODENAS. Ekspedisi itu juga berjaya menarik syarikat-syarikat korporat turut terlibat dalam menjayakan program kemasyarakatan.

Tunku Ibrahim Ismail ingin mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dengan mengadakan acara sukan rakyat, selain tarik tali dan basikal .

Kayuhan Basikal pasti mengimbau kembali nostalgia lama
Permainan Rem Basikal disertai rakyat

Acara Meniup Sumpit.. Tepat mengenai sasaran.
Beramah mesra bersama rakyat

Di R&R Machap, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan Menteri Besar menunjukkan kebolehan menebar roti canai dan membuat teh tarik. Roti canai dan teh tarik hasil tangan D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan Menteri Besar kemudian dilelong dan berjaya dijual pada harga RM5,000.00. Kutipan itu kemudian diserahkan kepada Raja Zarith Sofiah untuk disumbangkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik, Johor Bahru.
D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor berada Tanjung Buai, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor turut bersama penduduk memeriahkan acara sukan air dan melakukan khidmat masyarakat .

D.Y.A.M menunjukkan kebolehan memasak belangkas masak pedas,D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor kemudian menuju ke Felda Pasak dan meraikan 100 penduduk asal Felda itu.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor bersama tiga puteranya bermalam di rumah penduduk kampung di Kampung Permatang Duku.

Harimau Johor Mengaummm lagi...

Mari kita lihat lebih dekat Motosikal jenis Harley Devidson D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor

Tunku Ibrahim Ismail is famous for riding his trademark Harley-Davidson (sila klik)motorcycle with the "tiger stripe"-painted body
Seringkali penjelajahan KMJ ini menggunakan motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson yang dicat warna kuning berbelang hitam seperti seekor harimau. Ia memang dipanggil motor harimau Gambar kepala harimau turut terpapar di sebelah kanan tangki motor itu

Tiger striped Harley Davidson bike
Menarik minat siapa memandang. Air Brush dipaparkan segagah tunggangannya..

No comments: